Thursday, August 13, 2009

ONG TEE KEAT PEMINAT JET

Inilah GULFSTREAM 450 kepunyaan Wijaya Global Baru: http://jetphotos.net/viewphoto.php?id=6419409
LEAR 60: http://www.airliners.net/photo/Learjet-60/1560334/&sid=93e6f8e8fa898b31e8220678aa4d2668

Awal tahun ini heboh bekas ketua salah satu sayap dalam pergerakan Umno ke sana ke mari menyewa jet peribadi untuk berkempen semasa pertandingan merebut jawatan dalam Umno.

Pemimpin yang dimaksudkan kalah dalam pemilihan Mac lalu dan malang menimpa beliau apabila digugurkan dari jawatan penting dalam kerajaan. Nampaknya gaya hidup kemewahan ini bukan sahaja ada dalam Umno.

Hari ini juga kita dengar Nazri Aziz, Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk mengurangkan kadar rasuah di bawah NKRA yang diperkenalkan Najib Razak membuat kenyataan bahawa
kini terserah kepada SPRM samada akan menyiasat tuduhan Tee Keat menerima RM10 juta atau tidak.

Adalah lebih baik kalau Nazri mengambil inisiatif membuat laporan kepada SPRM untuk menyiasat kes ini supaya imej Barisan Nasional terpelihara kerana isu ini melibatkan seorang Presiden parti komponen BN dan seorang lagi
Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Kita yakin sekiranya Nazri membuat laporan, SPRM akan menyiasat seperti mana SPRM menyiasat kes pembelian lembu dan salahlaku melibatkan RM2,400.

Hanya kes Khir Toyo dan mahligainya sahaja yang belum disentuh oleh SPRM.

No comments:

Post a Comment