3 Jun 2009 genaplah dua bulan Najib Abdul Razak menjawat jawatan Perdana Menteri menggantikan Abdullah Ahmad Badawi.
Tahun 2003, amnya rakyat teruja apabila Pak Lah mengambil alih pucuk pimpinan dari Tun Dr Mahathir Mohamad dan kebimbangan pemimpin pembangkang terhadap peralihan kuasa ini menjadi kenyataan apabila Barisan Nasional menang besar dalam Pilihanraya Umum 2004.
2008, Pak Lah kecundang dan Umno mahukan peralihan kuasa maka pada 3 April 2009, Pak Lah mengundur diri meninggalkan Umno dan BN dalam keadaan cukup lemah. Buktinya dalam 5 pilihanraya kecil termasuk Penanti (BN membuat keputusan untuk tidak bertanding) BN tewas kesemuanya.
Jun 2009. Adakah rakyat teruja dengan pentadbiran Najib seperti mana yang berlaku pada 2004 apabila Dr Mahathir mengundur diri?
Jawapannya boleh disimpulkan dari kajian terkini yang dilakukan oleh Merdeka Center pertengahan Mei lalu.
Jika populariti Najib pada Mac 2008 berada pada tahap 46 peratus, kini ianya hanya berada pada tahap 45 peratus, satu peratus menurun. http://www.merdeka.org/v2/download/Poll%20Report%201%20June%202009.pdf
Lagi 42 hari genaplah 100 hari pentadbiran Najib. Pelbagai analisa akan dibuat oleh pelbagai pihak terhadap pencapaian beliau. Masa tidak menyebelahi Najib. Namun masih ada masa untuk beliau mengubah persepsi rakyat terhadap BN dan Umno. Pokoknya, mampukah Najib merubah persepsi rakyat dan mengembalikan keyakinan rakyat pada Umno yang telah tercemar imejnya dek kebongkakan pemimpin-pemimpinnya?
Komen lain mengenai Najib:
1) http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/28224-survey-shows-only-45pc-of-malaysians-happy-with-najib
2) http://futurefastforward.com/malaysia-updates/1759-by-matthias-chang
3) http://in.reuters.com/article/worldNews/idINIndia-40013220090601
No comments:
Post a Comment