“Saya akan tidur di rumah penduduk untuk memahami masalah mereka.” - Ketua Penerangan Umno Malaysia Ahmad Maslan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090528075510/Article/
Dan tambah Ahmad lagi: “Berdasarkan perbualan ketika minum dan solat berjemaah bersama penduduk (pengundi Manik Urai), maklum balas mereka sangat positif dan mudah-mudahan ia berterusan."
Selamat maju jaya kita ucapkan kepada Ketua Penerangan Umno yang baru ini. Nampak gaya Umno akan tumpaskan Pas di Manik Urai dan sepanjang kempen pilihanraya kecil nanti, rumah orang kampunglah yang akan menjadi tempat berteduh untuk Ahmad Maslan.
Nampaknya formula penyelesaian untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno mudah saja. Tidur di rumah mereka. Mungkin bekas Ketua Penerangan yang lalu, Muhammad Muhammad Taib, tak terfikir formula ini dan sebab itulah Umno kalah teruk di Kelantan.
Kehadiran Ahmad Maslan selama dua tiga minggu sepanjang kempen nanti, pada firasat beliau, akan mengubat kemarahan orang Manik Urai dan orang Kelantan terhadap Umno sejak 1990.
Selamat Maju Jaya kepada Ahmad Maslan. Siapa kata Najib Razak tersalah pilih Ketua Penerangan?
Salam..Ni kaedah lama Datuk oii..Datuk nak tidoq ka,nak makan sekali ka,nak pa2 sekali ka..hakikatnya adalah disitu Negeri Kelantan..Awang Adek dlu berapa banyak berhabis( ayaq lioq dan janji)..tak jadi apa malah KO..Ni setakat nak tidoq di rumah orang UMNO nak jadi pa..pi tidoq di rumah pemimpin PAS tempatan tu!..dengaq dia nak kata pa..pujuk dia,terang kat dia apadia UMNO..Saja caghi penyakit la lu Datuk..kita bergerak maju kedepan datuk!..bukan berundoq..ha ha datuk nak dengaq puak-puak veteran oghang Kelantan bercakap..silap banyak la..Pekat dah!!
ReplyDeleteMakcik-makcik tu akan kata, orang beri kita ambil,tapi bila time pangkah nampak anak bulan je tak nampak yang lain dah!
ReplyDelete