"Kenapa saya dijadikan sasaran. Saya tidak melakukan sebarang kesalahan di sana (Australia). Ianya umpama melakukan kesalahan trafik di sini dan kita hanya bayar saman - dan kemudiannya bapanya disalahkan. Adakah itu adil? Ia tidak masuk akal. " - Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Ahmad Said Hamdan.
(“Why are they targeting me? I did nothing over there. It’s like committing a traffic offence here and paying the summons – and then the father gets blamed for it. Is that fair? It’s brainless.”) http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/1/nation/3370222&sec=nation
Memang benar. Tidak adil kita salahkan bapa atas kesalahan anaknya. Ahmad Said mengaku beliau diserang hebat oleh blog atas kesalahan anaknya, Ahmad Shauqi, yang didenda RM14,500 atas kesalahan membawa masuk video lucah ke Australia. Barking Magpie adalah antara blog yang menulis mengenai tangkapan anak Ahmad Said ini.
Menurut akhbar the Star, Ahmad Said menafikan sekeras-kerasnya bahan yang dibawa anaknya ialah video seks kanak-kanak.
"Tajuk klip video ("Reped (sic) Virgin'', "10-Year Old'' dan "High School Students.'' - Adelaide News) yang tersimpan di dalam komputer riba anak saya adalah "misleading". Saya sanggup bertaruh dengan sesiapa bahawa apa yang ditemui (di dalam komputer riba anak beliau) boleh didapati dalam mana-mana handphone lelaki." Kenyataan Ahmad Said di dalam The Star: http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/1/nation/3370222&sec=nation
Itulah nasib orang besar, berpengaruh dan berkuasa. Memang tidak adil mengaitkan kesalahan anak dengan bapanya. Tetapi itulah kenyataan yang perlu diterima oleh Ahmad Said. Seorang bekas Ketua Polis Negara pernah melalui kritikan seumpama ini apabila anaknya ditangkap atas kesalahan berkaitan lot pasar ramadhan Dewan Bandaraya tidak lama dulu.
Sekiranya bapa yang bersalah, anak akan mendapat tempiasnya.. tapi kenapa anak yang bersalah bapa menolak kaitannya... anak bin kan siapa?
ReplyDeleteAhmad Said ni sombong orang nya. pentingkan status. nak jumpa orang pun tengok kelas dulu. kalau comot macam kita nak tak jumpa. tak ada kelas.
ReplyDeleteni lah orng melayu hari ini.