Sunday, February 15, 2009

NAJIB vs ANWAR DALAM "PERANG DUA BUKIT"!


Husin Lempoyang menyifatkan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebagai "Perang Dua Bukit".
Bekas orang media, A.Kadir Jasin pula berkata kematian Ahli Parlimen Pas Bukit Gantang Roslan Shaharum dan perletakan jawatan V.Arumugam di Bukit Selambau disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai "sudah jatuh ditimpa tangga dan ada pula yang mengatakan pucuk dicita ulam mendatang."
Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengadakan pilihanraya kecil ini pada 7 April dipertikaikan oleh Lim Kit Siang yang menyifatkan SPR sebagai "badan yang cukup taat kepada Umno".
Ramai dapat mengagak kenapa SPR perlu menunggu lebih dari sebulan untuk mengadakan pilihanraya kecil ini, satu keputusan yang jarang lakukan.
Apa pun pilihanraya kecil ini akan hanya diadakan pada 7 April dan penamaan calun pada 29 Mac. Apa signifikannya 7 April?
* Seperti yang dinyatakan Lim Kit Siang, SPR memenuhi kehendak Umno agar tumpuan dapat diberikan kepada pemilihan pucuk pimpinan Umno di mana 2,483 perwakilan dan 49 ahli Majlis Tertinggi bakal memilih Timbalan Perdana Menteri yang baru dan bakal-bakal pemimpin negara.
Maka apabila pilihanraya kecil diadakan pada 7 April nanti, Pak Lah bukan lagi Perdana Menteri dan Najib Razak bukan lagi Timbalan Perdana Menteri. Presiden Umno, Pengerusi BN dan Perdana Menteri akan disandang oleh Najib. Mengikut amalan Umno, kempen pilihanraya diterajui oleh Timbalan Presiden. Oleh itu, Muhyiddin, Ali Rustam atau Mat Taib bakal menjadi jeneral pilihanraya di kedua-dua pilihanraya kecil ini.

** Pilihanraya ini akan dijadikan gelanggang oleh Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat yang kini diserang habis-habisan Umno dengan melabelkannya "Pakatan derhaka Sultan".
Anwar bukan calang-calang orangnya. Pendendam orangnya. Yang pasti, Anwar akan menggunakan peluang ini untuk menyerang Najib dan kali ini Najib akan diserang ketika beliau penyandang jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Mengenali Anwar, serangan-serangan ini akan berbentuk peribadi seperti mana yang dilakukannya terhadap Najib sebelum ini.
Bagaimanapun, Najib mempunyai kekuatannya sendiri. Pada 10 Mac, Najib akan membentangkan pakej rangsangan ekonomi kedua dan sudah pasti beberapa "gula-gula" akan diberikan kepada rakyat yang pasti akan mempengaruhi serba sedikit pandangan pengundi dan sudah tentu boleh dijadikan sedikit "modal" oleh Umno semasa kempen nanti.
Najib tidak mungkin akan mengumumkan senarai Kabinet yang baru sebelum 7 April. Mengenali perangai pemimpin-pemimpin Umno, maka ramailah yang akan cuba "menunjuk-nunjuk" kepada Najib bahawa dia bekerja kuat semasa pilihanraya kecil ini dengan harapan disenaraikan di dalam Kabinet baru. Maka Pakatan Rakyat akan berhadapan satu jentera BN yang cukup sasa untuk mempertahankan kedua-dua kerusi ini.
*** Pilihanraya kecil ini penentu masa depan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Jika kalah Pakatan Rakyat, maka jelaslah yang seperti digembar-gemburkan BN bahawa rakyat tidak dapat menerima tindak-tanduk pembangkang yang digambarkan sebagai penderhaka Sultan.
Tetapi jika BN tewas, maka jelaslah bahawa BN, jika tidak berhati-hati, berada diambang kemusnahan. Maka akan ada anggapan bahawa tindakan Umno merampas Perak dari Pakatan Rakyat tidak dapat diterima oleh rakyat seperti mana kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center dan perubahan pucuk pimpinan Umno yang tidak memberi sebarang kesan positif di hati pengundi.
Kalau ketika Pak Lah mengambil alih sebagai Perdana Menteri, beliau cukup popular sehingga menang besar dalam sejarah politik negara. Malahan suasana yang sama ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mula-mula menjadi Perdana Menteri. Sekiranya, BN tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, maka jelaslah trend politik ini tidak akan berulang untuk kali ini.

**** Kalau dilihat kepada keghairahan Umno hari ini, tidak salah kalau kita simpulkan bahawa Umno terlupa kepada undi kaum Cina dan India juga penting untuk memenangi kerusi Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Kes Kugan dan cara kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dijatuhkan sudah pasti dijadikan agenda utama oleh Anwar untuk memancing undi kaum Cina dan India yang mempunyai kuasa politik yang cukup signifikan di kedua-dua kawasan.
Itulah sebabnya, pemimpin MIC, MCA dan Gerakan membisu seribu bahasa kerana mereka tahu ada tindak-tanduk Umno dan kerajaan yang tidak dapat diterima oleh pengundi Cina dan India.
Apapun, keputusan pilihanraya kedua-dua kerusi ini bakal menentukan halatuju kedua-dua perikatan.
Adakah Anwar akan bertambah kuat, atau Najib terpaksa mengharungi cabaran getir dalam sejarah Umno.

7 comments:

  1. kenapa kita perlu memikirkan ttg sokongan cina dan india sedangkan mereka tak pernah memikirkan ttg org lain.cukuplah dgn cakap berlapik.ini bukan lg caranya

    ReplyDelete
  2. Betul kata boringman.

    Umno patut lupakan saja undi Cina dan India. Begitu juga undi sabah dan sarawak. Kita tengok apa jadi pada Umno.

    SPERM MAN

    ReplyDelete
  3. Kita kena jaga undi kaum bukan melayu kerana kaum melayu dah berpecah 2, sedangkan kaum cina dan india menyokong PR kerana percaya "gula-gula" yang ditaburkan oleh bro anwar liwat tu, serta hindraf paria. itu je sebenarnya.. kalau PAS dan UMNO sanggup bergabung untuk menubuhkan atau melaksanakan hukuman dan peraturan islam,,, bersatulah demi agama dan bangsa... walaupun nik ajis kata dalam kubur tuhan tidak tanya melayu ke cina.. tapi kalau melayu tak ada kuasa, maka melayu tak boleh melakukan ibadah sesenang dan semewah sekarang, tengok kepada jiran tetangga kita macam mana.

    ReplyDelete
  4. banyak yang ditulis jelapang seperti anti-kerajaan ... kerajaan nak bagi kemudahan kepada rakyat, cakap kerajaan bagi "gula-gula".. kita orang tak peduli gula-gula ke cokelat ke, kalau ia boleh membantu mengurangkan beban kami, kami terima.
    lagi satu.. jelapang kenapa suka sangat apa yang pakatan rakyat buat.. sampaikan terang-terangan derhaka pada sultan pun jelapang macam tak endah. ingatlah, sebab kita ada raja, melayu masih boleh menguasai banyak benda.. kalau tidak, melayu yang akan ketinggalan..
    jelapang.. pikirlah balik... kita dapat belajar walaupun sehingga Tingkatan 5 pun sudah cukup baik..orang tua kita dulu mungkin tak mampu pun nak hantar kita pergi sekolah..tapi dengan adanya usaha kerajaan, dapatlah kita menjejak kaki di sana... ada negara nak minum, makan apa tah lagi belajar pun susah.. tak payah tengok negara jauh.. tengok negara-negara jiran kita..
    harap jelapang bersyukurlah..

    ReplyDelete
  5. Anon 11.55

    Kalau nak baca berita yang sedap di telinga, bacalah Utusan Malaysia, tengok RTM dan layar website Umno dan syok sendiri.

    Macam geng-geng kita di Kedah, Penang, Selangor, Kelantan, Wilayah & Perak. Menang ketua bahagian buat khenduri seluruh kampung. Pada hal negeri orang punya.

    ReplyDelete
  6. aku sekadar beri pandangan..sebab aku selalu baca blog jelapang.. tapi tak sangka jelapang melenting pulak..
    utusan aku baca, RTM aku tengok .. aku tak syok sendiri.. sebab aku tak ada kepentingan..
    aku nak bagi tau, aku bersyukur dapat makan minum dan hidup seadanya..
    buat apa nak gaduh2.. elok dapat hidup aman, jadi tak keruan.. gaduh sana sini.. nak ke mana pun susah.. cukuplah masa zaman Jepun kita susah..
    aku org lama.. dah pernah tahu susah..
    yang aku nak, pemimpin yang dipilih rakyat pimpinlah negara ini elok-elok.. ini amanat rakyat.. itu saja..

    ReplyDelete
  7. anon sekalian,

    nape perlu takut pada kebenaran?
    nape perlu nilai pada derhaka sultan tp tak pula takut derhaka pd Allah?
    kalau semua raja dah buat salah adakah kita patut biaq?
    habis kalau semua pemimpin kerajaan buat salah ada ke kita patut diam?
    tepuk dada..tanya iman..

    ReplyDelete