Thursday, February 12, 2009

MAC 31, HARI TERAKHIR PAK LAH!

Selasa, 31 Mac, 2009: Pak Lah meninggalkan Putrajaya bagi menandakan hari terakhir beliau sebagai Perdana Menteri.

Rabu, 1 April, 2009: Najib Razak mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri Pertama sebagai Perdana Menteri.

Itulah tarikh berakhirnya perjalanan roda politik Pak Lah dan permulaan era baru buat Najib kalau benar laporan Malaysian Insider hari ini.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/18203-pak-lah-era-ends-on-march-31-as-najib-steps-in-as-sixth-pm

8 comments:

  1. Kami tak tau apa akan jadi kat negara kita ni. Semenjak keputusan PRU 12 kuar, masih tak selesai lagi hal politik. Dari kaca TV sampai la ke surat khabar nyamuk, dari warung kopi pisang sesikat sampai la ke hotel mewah 5 bintang, dari pakcik nelayan sampai la ke Hang kebun. Cerita tadak lain, politik, politik, politik.

    Wahai pejuang Rakyat, Wahai Pejuang Bangsa, tolong la berhenti sejenak dan fikirkan sekejap masalah rakyat terbanyak. Kami sekarang ni berdepan dengan kesusahan akibat kos sara hidup yang meningkat di tambah pula kesan sub prima kejatuhan ekonomi global.

    Banyak kilang dah tutup, banyak premis dah lingkup, banyak kes pembuangan pekerja secara bersistematik, meningkatnya kadar pengangguran yang drastik lalu meningkatnya kadar jenayah secara automatik.

    Kini ramai rakyat bawahan yang kesusahan dan hidup penuh kesulitan. Harga getah jatuh. Harga sawit jatuh. Harga besi buruk pun jatuh. Nak berniaga, pelanggan ramai tapi ramai nak masuk akaun sebab tak berduit. Jadi kontraktor kecil, projek kerajaan turun, kroni yang pulun. Masa depan kami kabur. Masa depan anak-anak kami bercampur baur.

    Perut kami tak kan kenyang dengan politik. Anak-anak kami yang kelaparan tidak akan tido lena didendang pidato politik. Suara kami hanya akan kami terjemahkan di dalam Peti-peti Undi. Suara rakyat, suara keramat.

    Oleh itu wahai pejuang bangsa, wahai pejuang rakyat, berhentilah seketika dan ayuh duduk semeja demi kebajikan rakyat terbanyak. Makmurkan ekonomi negara,jangan biarkan rakyat hidup dalam kesusahan kerana "Kemiskinan akan membawa kepada keganasan dan kekufuran.

    samo2lah kito pikirkan.
    terutama Dato' Najib.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.

    ahli UMNO temerloh

    ReplyDelete
  3. Bang tak semudah apa yang dicakap tu... Banyak lagi kerjo nak dibuek oleh Pak Lah lagipun sekarang ni tak nampak pulok tanda-tanda Pak Lah nak berundur segera. Apapun kita pakat-pakat tengok nanti apa yang akan terjadi..Hahahaha

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan,

    Hari tu April Fool's day. Betul ke ni

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum tuan,

    Hari tu April Fool's day, betul ke ni

    ReplyDelete
  6. sama tarikh dengan expired date road tax kereta aku.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Saya tidak sabar untuk menangis kegembiraan bila saat itu tiba

    ReplyDelete
  8. Soalan: Agak2nya apa Najib ucap pada mesyuarat kabinet pertamanya???

    ?????????????????????????????

    Najib: APRIL FOOL!!!!!!!!


    Husin Lempoyang mesti setuju punya. Macam cerita dia semalam mengenai Ana yang terperangkap dalam lif.

    ReplyDelete