KESUDAHANNYA kita tahu Tun Salleh Abas menerima ganjaran RM5juta dari kerajaan.
Kepada Tun Salleh, tahniah. Tahniah juga kepada Abdullah Ahmad Badawi atas sumbangan tersebut kepada hakim-hakim hebat ini.
Semuga Tun Salleh dapat tidur lena. Jagalah sumbangan itu baik-baik. Bukan mudah nak dapat wang sebanyak itu.
Kerajaan bayar ex-gratia RM10.5 juta kepada bekas hakim
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kerajaan membayar ex-gratia berjumlah RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan lima lagi bekas hakim kanan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, bayaran tersebut adalah Tun Salleh berjumlah RM5 juta, Tan Sri Azmi Kamaruddin (RM2juta), Tan Sri George Edward Seah Kim Seng (RM2juta) dan yang lain iaitu Tan Sri Wan Hamzah Mohd. Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh berjumlah RM500,000 setiap seorang. - Utusan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm
No comments:
Post a Comment