Thursday, November 6, 2008

IMPIAN AZIM: UMNO UBAH SISTEM PILIH PEMIMPIN?

"Bribery has become ``blatant'' and ``scary.'' - Azim Zabidi,, Umno Treasurer. http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601080&sid=aLdONHHc8X4Y&refer=asia

"Rasuah semakin berleluasa dan menakutkan (di dalam Umno)." - Itulah kata-kata yang diucapkan oleh Azim Zabidi, Bendahari Umno yang satu ketika dulu pernah dihukum oleh Lembaga Disiplin Umno tetapi dilantik oleh Pak Lah sebagai Bendahari parti. http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_d4be686a-ca9db1d0-c0c18f00-84545162

Dalam temuramah dengan Bloomberg, Azim berkata Umno bercadang untuk memberi hak memilih pemimpin Majlis Tertinggi kepada setiap ahli Umno yang kini dikatakan berjumlah 3 juta.

Sebenarnya Azim, cadangan ini dikemukakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah semasa menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden.

Tengku Razaleigh berjanji sekiranya beliau menang, semua ahli akan diberi hak menentukan siapa yang mereka mahukan untuk memimpin mereka.

Masalahnya Azim, mereka yang memberi rasuah adalah mereka-mereka yang duduk bersebelahan Azim dalam setiap mesyuarat Majlis Tertinggi. Mereka yang mengamalkan politik wang adalah mereka-mereka yang mengadap muka Pak Lah setiap kali mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Ini bermakna ketua-ketua tertinggi parti yang mengamalkan politik wang ini. Oleh itu, kita berharap Azim dapat mengajak mereka-mereka ini turut menyokong cadangan beliau supaya hak memilih pemimpin diberikan kepada ahli-ahli.

Kita berharap dan berdoa semuga Azim berjaya merealisasikan impian ini.

No comments:

Post a Comment