HILANG BELANG: Seperti yang dispekulasikan oleh Jelapang Ahad lalu, hari ini sahlah Sanusi Junid dipecat sebagai Presiden UIA. Jasa beliau sebagai Menteri Pertanian, Menteri Besar Kedah, Setiausaha Agung Umno dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri hanya tinggal kenangan. Bagi kepimpinan Umno, jawatan dalam kerajaan adalah hak Umno.
Berikut ialah kenyataan UIA mengenai pemecatan Sanusi:
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah dilantik sebagai Presiden kelima Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkuatkuasa mulai 2 Jun. Beliau menggantikan Tan Sri Sanusi Junid yang tempoh perkhidmatannya dipendekkan dua tahun. Tempoh perkhidmatan Sanusi sepatutnya berakhir pada 2010.
Pengarah Pejabat Perhubungan Awam UIAM, Abdul Rahman Ahmad berkata pelantikan itu dibuat oleh Ketua Perlembagaan universiti itu, Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah.
"Kami menyanjungi sumbangan oleh Tan Sri Sanusi Junid kepada universiti semasa tempoh perkhidmatannya selaku presiden universiti dan masyarakat UIAM mengalu-alukan Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai presiden baru universiti," katanya dalam satu kenyataan. Bekas Menteri Besar Kedah itu menjadi Presiden UIAM sejak Februari 2000.
Komen Dr Mahathir Mohamad: "Saya berasa amat sedih dengan tindakan untuk menamatkan khidmat Tan Sri Dato Seri Sanusi bin Junid dari menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa. "
"Ternampak seolah-olah Kerajaan Dato Seri Abdullah Badawi anggap bahawa jawatan-jawatan dalam Kerajaan dimiliki oleh partinya dan boleh diguna sebagai hadiah kepada yang menyokongnya dan menarik balik atau tidak diberi jika tidak patuh kepadanya."
Selanjutnya: http://www.chedet.com/2008/06/sanusi-junid.html
Persoalannya siapakah pula akan dipecat? Dr Mahathir atau anaknya Mokhzani. Kedua-dua bukan lagi ahli Umno.
No comments:
Post a Comment