Is Anwar ever going to release Najib?
47 seconds ago
“Insya-Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang-orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita tapi kita akan dapat ‘kawan baharu’ yang kumpulannya lebih besar akan bersama-sama kita. ‘Kawan baharu’ kita ini mungkin dulu musuh politik kita tapi mereka telah faham untuk sama-sama tangani masalah bersama (berkaitan agama Islam) dengan tidak mengenepikan agama lain.” - Zahid mengenai cadangan Kerajaan membentang sendiri RUU355.
Betul kata Zahid itu. Setakat hilang MIC dan MCA serta beberapa kawan lama parti komponen BN tiada kesannya jika musuh tradisi sejak Merdeka Pas dapat membantu BN dalam PRU-14 nanti.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-akan-bentang-sendiri-ruu-355-1.458554#ixzz4cS2Xiuzm
"Misalnya hutang beli perabot dan kereta yang mereka tak jelaskan kepada pegawai atasan. Jadi selepas ini memang kita akan ambil tindakan keras kepada anggota polis yang tak dedahkan perbelanjaan mereka yang sebenar. Maknanya kita nak pantau mereka benar-benar hidup dengan gunakan gaji sebagai anggota polis. Kalau mereka tak patuhi dan transparent (telus) serta terdedah kepada risiko hutang dan rasuah, kita akan ambil tindakan drastik seperti buang kerja," kata Nor Jazlan semas menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) di sidang Dewan Rakyat.TAHNIAH Nor Jazlan. Tindakan buang kerja anggota polis harus bermula dari sekarang.
Hampir 6,000 pensyarah itu termasuk profesor diberhentikan dan tidak disambung kontrak perkhidmatan mereka sejak tahun lalu disebabkan universiti awam dihimpit masalah kekangan kewangan yang meruncing.Semalam kerajaan TIDAK menafikan laporan ini, sebaliknya mengatakan jumlah bukan 6,000 TETAPI 2,000.
Kini dianggarkan hanya tinggal 29,000 pensyarah universiti awam berbanding jumlah seramai 35,000 orang yang direkodkan sebelum ini.
Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia, (MAAC) Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin, berkata pengurangan bajet pada tahun lalu antara 30 hingga 40 peratus untuk setiap universiti awam oleh Kementerian Pendidikan Tinggi memaksa pengurusan universiti tidak menyambung kontrak pensyarah berkenaan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada pensyarah yang diberhentikan sebelum kontraknya tamat.
"Pihak universiti tiada pilihan lain selain terpaksa mengurangkan jumlah kakitangan akademik yang diambil secara kontrak dan sementara,"
"Ada universiti terpaksa membekukan pengambilan kakitangan pentadbiran untuk mengurangkan kos malah ada juga di universiti memutuskan untuk tidak memperbaharui atau mengambil staf akademik walaupun secara kontrak atau sementara,"
Jika mengambil kakitangan tambahan sekalipun ia mungkin membabitkan bidang kritikal sahaja, tetapi bukan jawatan tetap kalau sebelum ini pensyarah itu seorang profesor dengan gaji Jusa A mungkin gaji Jusa C yang jauh lebih rendah akan ditawarkan kepadanya.
Najib Razak baru-baru ini amat sukacita. Ini kata beliau:Kepada semua pensyarah-pensyarah yang telah diberhentikan, teruslah memberi sokongan kepada kerajaan.
Saya lihat ramai tanya di FB, Twitter & IG mengenai BR1M. Sukacita saya maklumkan, Insya-Allah BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. 7:51 PM - 27 Jan 2017
Kuala Lumpur |