Sunday, January 30, 2022

MUSLIHAT ANWAR DAN UMNO MENGGUNAKAN SIMBOL PKR BERTANDING DI JOHOR?

 


CETEK pemikiran kita kalau kita percaya cakap-cakap Anwar Ibrahim bahawa keputusan PKR menggunakan simbol sendiri dan BUKAN simbol Pakatan Harapan kononnya mengambil kira SENTIMEN orang Melayu dan orang kampung.


Dangkalnya pemikiran pemimpin DAP dan Amanah yang GAGAL menghidu MUSLIHAT ini.

Keputusan Anwar ini jelas memberi gambaran bahawa Anwar dan PKR mahu MENJAUHI diri dari DAP dan Amanah.

Menggunakan simbol PH di Johor akan bermaksud PKR bersama DAP dan seteru Pas, parti Amanah.

Ini juga petanda keinginan Anwar mahu menjauhi diri dari DAP untuk kepentingan tertentu.

Sekiranya PKR tidak TERSUNGKUR seperti mana di PRN Melaka dan Sarawak, Anwar kelihatan sudah mengambil haluan lain.

Apa muslihatnya?

Sebarang kemenangan PKR di Johor adalah kemenangan PKR, bukan Pakatan Harapan, dan TIADA kena mengena dengan Pakatan Harapan.

Ia bermaksud PKR tiada hubungan dengan DAP walaupun pembahagian kerusi atas rundingan bersama di dalam PH.

Ia juga bermaksud jika PKR memenangi beberapa kerusi di Johor, Anwar ada peluang untuk membawa PKR bekerjasama dengan Umno dengan menubuhkan kerajaan negeri kerana kemenangan tersebut atas tiket PKR, bukan Pakatan Harapan.

Ia akan memberi ruang kepada PKR berpakat dengan Umno semasa PRU nanti.

Bukan rahsia lagi bahawa Najib Razak, orang yang dihukum penjara oleh Mahkamah, dan Zahid Hamidi yang dalam proses membela diri, ada agenda tertentu demi kepentingan peribadi mereka.

No comments:

Post a Comment