Monday, October 19, 2020

ZAHID, JIKA SURAT KEPADA AGONG ITU TULEN, MENGAKULAH

 TULAR SURAT ZAHID KEPADA AGONG SOKONG ANWAR TAK BELAH BAGI! - YouTube  

KITA nak tanya Zahid Hamidi.

Surat kepada YPDA menyokong Anwar Ibrahim itu TULEN atau PALSU?

Kalau palsu tulis dalam Twitter Dato' Seri kata palsu. Satu perkataan saja - PALSU.

Tak payah suruh Sumali atau balaci tulis sana sini kata palsu.

Kalau palsu, tak kan HISHAMMUDDIN HUSSEIN dan KHAIRY JAMALUDDIN boleh menafikan surat sokongan PALSU?

Kalau surat tersebut TULEN, nampaknya Zahid dan Najib Razak sanggup buat apa saja dalam sembunyi-sembunyi menyokong Anwar tanpa merujuk kepada Majlis Kerja Tertinggi Umno.

Kalau tulen, tergamak Zahid dan Najib perkudakan nama Ahli-Ahli Parlimen Umno demi kepentingan diri.

Demi kepentingan diri, Zahid dan Najib sanggup menaikkan pemimpin parti lawan sebagai Perdana Menteri, jika surat tersebut TULEN.

Kenapa dakwa palsu? Takut dihentam oleh Ahli Parlimen sendiri?

Kalau surat tersebut TULEN, Zahid sudah tak LAYAK lagi memimpin Umno kerana membelakangi Majlis Tertinggi Umno dan lebih SERIUS, menipu Umno dan ahli-ahlinya.

Tak payah nak guna alasan salah ejaan atau kualiti kertas murah untuk lepaskan diri.

Nampaknya, seperti kata Tajuddin Rahman, Zahid sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan dirinya.

Kita berharap tiada yang gentar untuk menghukum penyamun duit rakyat. Siapa yang bersalah harus diPENJARAkan kerana mereka pecah amanah rakyat.

 

No comments:

Post a Comment