Saturday, June 27, 2020
UMNO MAHU PRU UNTUK SINGKIRKAN MUHYIDDIN?
SALAH seorang dari mereka ini akan menjadi Perdana Menteri ke-9 jika PRU dibuat sekarang dan Muhyiddin Yassin akan menjadi Perdana Menteri paling singkat tempohnya dalam sejarah Tanah Melayu.
Hari desakan demi desakan dibuat oleh pemimpin Umno supaya Muhyiddin membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya.
Desakan ini dibuat oleh pemimpin yang BELUM di"hadiah"kan jawatan di dalam GLC oleh Muhyiddin. Mungkin Muhyiddin sedang tercari-cari mana nak letak mereka ini supaya tak bising sangat. Antara mereka Mohamad Hasan @ Mat Hasan dan Puad Zakarshy.
Mereka yang dah telah dilantik Menteri seperti Annuar Musa lain pula ceritanya. Kata Annuar, kerajaan Muhyiddin STABIL, tak perlu diadakan PRU.
Kenapa desakan ini dibuat? Ramai tertanya-tanya. Ada beberapa kemungkinan.
1. Mereka yang membuat desakan ini juga teringinkan jawatan dalam GLC seperti mana rakan-rakan mereka yang lain.
2. Umno yakin SAPU bersih KERUSI Melayu dengan bantuan Pas dan Muhyiddin HANYUT dipukul BADAI politik.
3. Taktik Umno untuk memberi amaran kepada Muhyiddin untuk meLEPASkan pemimpin mereka yang sedang dibicarakan di mahkamah.
4. Umno mahukan PRU diadakan sebelum "pertumpahan darah" atau PERANG saudara besar semasa pemilihan Umno tahun hadapan.
5. MeNYAHkan Muhyiddin secepat mungkin untuk mengembalikan "KESENANGAN" kepada pemimpin-pemimpin Umno. Maklumlah Najib, Rosmah dan Zahid dah lama tak ke London, New York, Paris. Pemimpin senang, kita senang.
Bagaimanapun kita merasakan Muhyiddin TIDAK akan mengadakan PRU dalam masa terdekat ini.
PRU hanya akan mempercepatkan penyingkiran Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment