Friday, May 15, 2020
KITA TAK DILATIH MENJADI PENYAMUN
SEMALAM kita dihidangkan dengan satu berita yang memualkan.
Riza Aziz, anak Rosmah Mansor dan anak tiri Najib Razak, diLEPAS tanpa BEBAS atas persetujuan kedua-dua belah pihak, pendakwaan dan Riza Aziz, dengan syarat Riza membayar BALIK sebahagian wang yang beliau dituduh kepada kerajaan.
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/05/578241/riza-aziz-dilepas-tanpa-dibebaskan
Menurut kenyataan SPRM, Riza akan memulangkan RM465.3 JUTA ringgit kepada kerajaan.
Mengikut pertuduhan, Riza terlibat di dalam pengubahan wang haram melebihi RM1 BILION.
Seumur hidup kita, tak pernah kita mendengar seseorang yang dihadapkan ke mahkamah memohon untuk membayar balik sebahagian wang yang dicuri dan dibebaskan.
Dalam kes Riza, beliau hanya memulangkan tak sampai SEPARUH wang yang terlibat di dalam pendakwaan tersebut.
Kita jangan lupa semua ini berlaku di bawah PENTABIRAN Muhyiddin Yassin, anak guru agama.
Najib Razak dan Zahid Hamid serta Azeez Rahim dan Bung Mokhtar boleh lah tersenyum kerana nampaknya "HARAPAN".
Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur, mak bapa kita tidak melatih kita menjadi PENYAMUN.
Kita tidak dilatih untuk MENYAMUN untuk menjadi kaya atau bermain judi di Las Vegas dan berpoya-poya di casino.
Kita dilatih untuk tidak mencuri. Kita tak dilatih mencuri duit syarikat dan apabila dihadapkan ke mahkamah, kita mohon untuk serah kembali sebahagian dari wang yang kita curi dan dibebaskan.
Ibubapa kita tak seJIJIK seperti mana sesetengah ibubapa mereka yang MENYAMUN.
Itulah kelebihan kita rakyat biasa.
No comments:
Post a Comment