Sunday, April 19, 2020

BATALKAN PKP ATAU MCO KALAU MUHYIDDIN TAK AMBIL TINDAKAN PADA MENTERI-MENTERI YANG LANGGAR PKP


Image

Image

Image

Image

Image



Image may contain: sky and outdoor, text that says "Muhammad Khairul Nizam is at Kg Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang, Kuala Selangor. 9 hrs menteri mai nak naik misin padi. #hangat Lit Lit #petani_"

Image may contain: one or more people, sky and outdoor

INI lah muka-muka orang KENAMAAN yang melanggar PKP atau MCO.

Antaranya Timbalan MENTERI KESIHATAN Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak Razman Zakaria dari Pas. Makan kenduri lagi.

Siapa yang buat PKP ini? Jawabnya Menteri dan Kabinet.

Kalau pembuat PKP atau MCO ini pun tak PATUH pada undang-undang yang mereka sendiri buat, elok Muhyiddin Yassin BATALkan PKP dan MCO ini.

Tak guna ada satu set undang-undang untuk rakyat marhaen, orang KENAMAAN termasuk Menteri-Menteri ke sana sini tanpa sebarang TINDAKAN.

Semalam terbaca satu laporan kononnya semasa makan kenduri tersebut Noor Azmi mengamalkan JARAK SOSIAL.

Tak payahlah menghalalkan cara. Rakyat bukan BODOH.

Nak ambil TINDAKAN atau tidak? itu saja nak tanya.

85,000 pelajar di kampus makan nasi bungkus tak boleh ke sana ke sini.

Ada ahli keluarga meninggal tak dapat menziarahi abang atau adik mereka untuk kali terakhir.

Tetapi mereka yang bernama MENTERI bebas sesuka hati makan kenduri, rai harijadi dan makan sedap-sedap bersama rakan-rakan politik.

MEMUALKAN.






No comments:

Post a Comment