Thursday, March 12, 2020
BENARKAH HOSPITAL KERAJAAN BERSEDIA HARUNGI CORONAVIRUS, ADHAM BABA?
BARU sehari dua jadi Menteri Kesihatan, kenyataan Adham Baba mengenai kesediaan hospital kerajaan merawat pesakit coronavirus agak meragukan.
Kalau Adham rajin sedikit, turunlah ke hospital-hospital kerajaan dan lihat sendiri bersedia atau tidak hospital-hospital ini mengharungi cabaran virus corona ini.
Teringat Jelapang apabila menziarahi seorang rakan di HUKM. Di pintu masuk ke hospital tersebut, terpampang satu notis meminta orangramai yang mempunyai sakit-sakit biasa supaya jangan datang ke HUKM sebaliknya ke pusat kesihatan terdekat.
Rakan saya nak masuk Wad pun kena tunggu giliran.
Begitu juga di Sungai Buloh. Suatu ketika anak rakan terkena denggi dan ke Hospital Sungai Buloh dan hanya diberi ubat dan disuruh balik kerana katil tak cukup.
Kalau sakit biasa-biasa pun katil tak cukup, bila masanya hospital-hospital kerajaan cukup persediaan menharungi cabaran coronavirus?
Elok Adham buat kerja lebih sedikit dari membuat kenyataan seolah-olah rakyat tidak tahu situasi sebenar di hospital-hospital kerajaan.
No comments:
Post a Comment