Monday, November 18, 2019

DR MAHATHIR KENA SABOTAJ DENGAN RAKAN PAKATAN?

Image
PAKATAN Harapan KALAH teruk dalam pilihanraya kecil Tanjung Piai.

Sebenarnya kekalahan ini sudah diduga, yang tak diduga ialah kekalahan seteruk ini.

Parti-parti komponen Pakatan tidak seperti Umno. Umno mempunyai struktur organisasi yang kukuh - ada ahli, ada cawangan dan ada bahagian.

Parti-parti di dalam Pakatan lebih mengharap kepada sentimen, simpati dan citarasa pengundi.

Tetapi yang berbezanya, dulu Pakatan adalah pembangkang tetapi sekarang Pakatan adalah Kerajaan.

Kerajaan ada kuasa, ada duit. Umno ada duit tetapi sudah hilang kuasa.

Dengan duit dan kuasa, sepatutnya Pakatan lebih kuat dari Umno tetapi nampaknya tanpa kuasa pun Umno tetap dapat menumbangkan Pakatan.

Salah siapa? Salah Tun Dr Mahathir Mohamad?

Selepas kalah di Tanjung Piai, Syed Hussin, orang kuat Anwar Ibrahim, tak sabar nak hentam Tun Mahathir seolah-olah Tun Mahathir seorang sahaja yang harus disalahkan atau dengan kata lain pemimpin PKR tak salah.

Berlumba-lumba Ahli Parlimen menyokong Anwar menghentam Dr Mahathir seolah-olah kekalahan di Tanjung Piai BERITA GEMBIRA buat mereka.

Ianya seolah-olah bila kalah, Dr Mahathir kena tanggung seorang.

Bila fikir-fikir balik, nampak macam Dr Mahathir kena SABOTAJ dari dalam.

Mana Anwar, presiden PKR? Mana Guan Eng? Mana Mat Sabu?

Beberapa bulan ini ramai dalam Pakatan tembak Tun Mahathir termasuk DAP. P. Ramasamy membuat kenyataan politik yang menyusahkan Dr Mahathir tetapi DAP berdiam diri.

Kita harap pihak berkuasa menyiasat P.Ramasamy mengenai kaitan beliau dengan LTTE. Kalau Exco Kerajaan Melaka boleh ditangkap, kenapa Ramasamy tidak ditangkap?

Antara sebab Pakatan kalah teruk ialah prestasi Menteri-Menteri Kabinet.

Antaranya Menteri dari PKR. Apa Wan Azizah buat selama ini? Cuba Wan Azizah cermin diri? Bandingkan prestasi kerja beliau dengan Shahrizat Jalil yang jaga Kementerian Wanita?

Apa Saifuddin Nasution, orang kuat Anwar buat? Dah turun ke harga barang? Atau Saifuddin setakat boleh berlagak jadi Menteri? Cuba Saifuddin cermin diri dan bandingkan pretasi beliau dengan Shafie Apdal semasa Shafie menjaga kepentingan pengguna.

Apa Gobind Singh buat? Kementerian Penerangan adalah satu kementerian yang amat penting untuk menyakinkan rakyat kepada Kerajaan. Cuba Gobind tengok cermin dan bandingkan diri beliau dengan Allahyarham Mohamed Rahmat dan Kadir Sheikh Fadzir.

Salahuddin Ayob meletakkan kekalahan di Tanjung Piai antaranya kelemahan perang media dan media sosial.

Siapa jaga media Pakatan? A.Kadir Jasin?

Jika Kadir yang jaga, lebih baik Dr Mahathir pecat Kadir atau Kadir letak jawatan.

Kadir media zaman 70an. Apa yang dia tahu mengenai sosial media.

Bagaimana media arus perdana?

Teringat Jelapang kepada TV3 yang menSABOTAJ Pakatan dengan menyiarkan temuramah Timbalan Menteri dalam bahasa Mandarin.

Akhbar? Entah apa yang mereka tuliskan. Media cetak ini sokong siapa sebenarnya.

Kepada Tun Mahathir, fikirlah hal rakyat juga.

Jangan fikir kepada siapa nak jual Plus, nak bagi kepada Abu Shahid atau tak nak jual.

Fikir hal rakyat. Kalau subsidi petrol nak dihapuskan kepada M40, apa sumbangan kerajaan kepada rakyat?

Ianya bermaksud kerajaan tak perlu undi M40. Tak kan itu pun Tun Mahathir tak boleh fikir.

Kekalahan Tanjung Piai baik untuk Pakatan dan Tun Mahathir. Kalau tidak, tak akan sedar diri.

Mengenai kekalahan di Tanjung Piai, Jelapang hanya nak cakap: PADAN MUKA HAMPA.

No comments:

Post a Comment