Sunday, December 30, 2018

2018 TAHUN KERAMAT NAJIB RAZAK KUBURKAN UMNO

Image result for najib sprm

HARI ini adalah hari ke 364 untuk tahun 2018, sehari sebelum tirai dilabuhkan untuk tahun ini.

2018 akan terlakar di dalam sejarah di mana UMNO diJATUHkan oleh rakyat.

2018 juga menyaksikan buat pertama kalinya Presiden Umno Najib Razak dan isteri beliau memulakan langkah untuk ke penjara.

Najib dan Rosmah Mansor bernasib baik. Malaysia BUKAN Romania.

Rakyat Romania memberontak pada tahun 1989 dan pemimpin Romania Nicolae Ceaucescu dan isteri beliau Elena ditangkap oleh tentera Romania dan dihadapkan ke mahkamah ala-koboi.

Dalam masa yang singkat, Ceaucescu dan Elena didapati bersalah, diikat, diarah berdiri di sebuah dinding dan ditembak oleh sepasukan penembak mati (firing squad).

Itu sejarah Romania.

Walaupun Najib melakukan pelbagai kesalahan, Malaysia tidak bertindak ala koboi.

Najib dan Rosmah masih berpeluang mempertahankan diri di mahkamah serta berpeluang melepaskan diri melalui proses mahkamah.

Bersalah atau tidak, Najib akan tercatat di dalam sejarah sebagai "pembunuh Umno dan Barisan Nasional".

2018 juga menyaksikan bagaimana keangkuhan pemimpin boleh membawa kepada kejatuhan sebuah empayar politik yang begitu gagah dan berkuasa.

Saban hari Najib cuba berlagak umpama mailakat. 

Di mata rakyat, Najib telah mengkhianati amanah rakyat dan 2018 akan tercatit sebagai tahun keramat Najib memusnahkan parti beliau sendiri - Umno.

SELAMAT TAHUN BARU

No comments:

Post a Comment