Thursday, November 8, 2018

NAJIB RAZAK PEMBOHONG


NAJIB Razak tak reti duduk diam.

Hampir setiap hari ada saja yang hendak dikomen beliau. Hujung minggu baru-baru ini, Najib, dibantu pegawai yang setia bersama beliau (ramai dah cabut lari) bernama Isham Jalil, mengadakan satu sidang town hall di PWTC.

Samada Najib "gila talak", mengidam untuk menjadi Perdana Menteri semula seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, atau baru sekarang, di bawah kerajaan Pakatan, Najib dapat merasai kebebasan bersuara.

Dulu semasa berkuasa, siapa saja yang bersuara dan beliau tidak senangi Najib, ditangkap dan dihumban ke dalam lokap. Ada yang dibuang kerja.
Image result for yahya ismail ditahan jelapang
Malangnya apa saja yang ditulis Najib, atau melalui video atau di dalam sesi perjumpaan, beliau tak pernah menyentuh mengenai berlian unggu (pink diamond), tiara yang dirampas polis dan isu-isu yang menyebabkan beliau di"pecat" oleh rakyat..

Apabila wartawan luarnegara Mary Ann Jolley bertanyakan mengenai perkara ini, Najib marah dan cabut lari.





Selama ini Umno mempertahankan Najib. Tetapi Ahad lepas, Utusan Malaysia, akhbar milik Umno, akhirnya tampil melabel Najib PEMBOHONG.

Rakyat dah lama tahu, cuma baru sekarang Utusan Malaysia dibawah pentadbiran baru, baru sedar Najib PEMBOHONG.

Kata Utusan Malaysia (Awang Selamat): "Pendedahan Najib Razak yang beliau sebenarnya tidak tahu sumber wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya menyebabkan rakyat Malaysia terutamanya ahli Umno berasa tertipu kerana selama ini mereka menerima kenyataan beliau bahawa wang itu sebenarnya adalah sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.

Adalah tidak masuk akal yang Najib tidak tahu dari mana sumber sebenar jumlah wang yang besar itu...Akhirnya pembohongan Najib terbongkar dalam wawancara bersama Mary Ann Jolley dalam siaran Al Jazeera baru-baru ini.

"Najib harus memohon maaf kepada semua ahli Umno kerana pembohongan inilah sebenarnya yang telah menghilangkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan BN dan akhirnya menyebabkan parti komponen itu hilang kuasa memerintah." 

Label PEMBOHONG yang ditulis oleh Utusan Malaysia itu akan kekal dan lekat buat selama-lamanya di badan Najib dan keluarga beliau.


Najib akan kekal sebagai PENYANGAK dan PEMBOHONG di mata rakyat.




2 comments:

  1. Najib tak bohong

    Yg bohong dan buat fitnah ialah PH

    kau ajer yg masih tak sedar dan faham tentang konspirasi jahat pakatan PH yg diketuai oleh DAP dan Tun M


    Skrg kerajaan tak ada duit sbbb buat keputusan bodoh hapuskan GST dan bagi tax free selama 3 bulan...

    Lepas tu rompak petronas paksa byr dividen extra 30 billion...

    Last2 penarafan petronas jadi negative...

    Apa nak jadi dgn Malaysia skrg ni


    kerajaan Bn/UMNO yg dituduh bermacam2 rasuah, dituduh berhutang sejumlah lebih 1 trillion,
    TAPI kerajaan itulah yg diiktiraf oelh bank dunia, hutang negara terkawal 50.9 & dari KDNK,
    ada BRIM, ada banyak bantuan untuk rakyat, islam dan raja2 terbela, dan byk lagi kelebihan yg rakyat dapat...

    Hari ni apa yg ada????...hari hari keluar berita pendakwaan politik yg terpilih, bantuan rakyat banyak dihapus atau dikurangkan, menifesto tidak ditunai, harga barang terus menaik biar pun tak ada GST, sekarang harga naik lagi untuk second round bila dah ada SST...

    memang bodoh punya kerajaan sekarang ni..!!!!

    ReplyDelete