Thursday, July 19, 2018

ZAHID HAMIDI PERLU GANTUNG KEAHLIAN NAJIB RAZAK

Image result for sila duduk jangan lari

SEMALAM Jelapang sempat menonton sidang Dewan Rakyat di TV.

Memang betul kata sesetengah akhbar, sidang Dewan tak ubah macam pasar borong.
Jika riuh dalam Dewan Rakyat akan menaikkan imej Umno, teruskan.

Tapi pada pandangan Jelapang, ianya menambah perasaan kebencian kepada Umno.

Apa-apa yang hendak dilakukan, lakukan untuk menaikkan imej Umno, wangikan semula nama Umno.

Keadaan pasar borong dalam Dewan semalam salah satu puncanya ialah kelemahan dan ketidaksediaan Rashid Hasnon menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Nasihat kita kepada Rashid, "buat homework". Baca peraturan Dewan dan belajar dari Speaker terdahulu, Pandikar Amin Mulia, bagaimana beliau menguruskan sidang dewan. 

Kepada Ahmad Zahid Hamidi, setakat ini kita tidak nampak sebarang tindakan dan perlakuan positif yang boleh membantu Umno.

Zahid ada 3 tahun untuk membetulkan Umno.

Caranya mudah.

1. Hapuskan budaya rasuah dalam Umno. Ramai pemimpin Umno dikaitkan dengan rasuah, singkirkan dan ketepikan mereka.

2. Gantung keahlian Umno Najib Razak. Najib BUNUH Umno. Umno busuk kerana Najib dan ahli keluarga beliau. Umno tak perlukan Najib lagi. Biarkan beliau mempertahankan diri beliau.

Sekurangnya-kurangnya Umno memberi mesej kepada rakyat bahawa apa yang dilalui Umno adalah berpunca dari Najib dan Umno tiada kaitan dengannya.

Tidak perlulah nak ambil gambar imamkan solat di rumah Najib dengan Najib menjadi makmumnya.

Kalau sayangkan sangat Najib, rindu sangat pada Rosmah Mansor, pergi diam-diam. Tak payah nak war-warkan pada orangramai. Wajah Najib dan Rosmah tak bawa apa-apa untung pun kepada Umno. Ini realiti yang Umno dan Zahid kena terima.

3. Mulakan hidup baru. Cukup-cukuplah membawa imej Najib. Cukup-cukuplah menjadi macai Najib. Penubuhan Tabung untuk membebaskan Najib adalah perbuatan BODOH dan diketawakan rakyat.

Anak beliau Nazifudin Razak mampu berbelanja besar ke Taiwan untuk menemui aktress Taiwan dan ke Russia untuk menonton Piala Dunia tetapi tak mampu membantu membayar jaminan mahkamah bapanya?

Apakah Umno dan Zahid masih lagi ada sikap melihat rakyat ini bodoh?

 4. Cukup lah menjadi sebuah parti yang rasis. Belum pernah Umno sebelum ini jadi parti rasis. Umno selama ini berjuang untuk orang Melayu dan di masa yang sama turut menjaga kepentingan bukan Melayu.

5. Kalau hendak bercakap mengenai ISU, fahamlah betul-betul isu itu. Jangan dituduh menjadi kaki fitnah. Lihat saja isu SST vs GST. Tak perlu mengelirukan rakyat jika Umno sendiri pun tidak faham konsep SST/GST. Tunjukkan bahawa Umno parti ada akal. Bukan parti lebih kurang. Belajar dari DAP.

Sekian

3 comments:

  1. Blogger gilababi..mahababi ko tu suci ke kepala perompak dan perosak umno!

    Usah salahkan najib. Tanpa najib ekonomi mlaysia mcam diurus kongsi gelap. Tgk skg ape jadi. Kenap rezab negara begitu besar berjaya ditinggalkan najib sedang dijamah enak mcm daging waghyu kepla mamak.kutty!!

    Woii blogger najis madeykutty taek..shut up la.. dari cerita pasal najib.. U now govt licker.. mana janji manipesto buhung tu?? Kenapa pegi jnji da tahu xblh buat? Munafik!!

    ReplyDelete
  2. Ppbm Pon rasis tuan jangan lupa tu

    ReplyDelete
  3. Wah, betul punya marah la mamat ni...

    ReplyDelete