Friday, July 27, 2018
PERUBAHAN DALAM KHAZANAH LONG OVERDUE
Semalam satu platun pengurusan tertinggi Khazanah Nasional termasuk adik Najib Razak, NAZIR, menawarkan untuk meletakkan jawatan bagi memberi peluang kepada Dr Mahathir Mohamad menyusun semula Khazanah Nasional.
Tindakan meletakkan jawatan secara sukarela ini mendapat reaksi negatif dari pemimpin Umno.
Biasalah, sejak menjadi pembangkang sekarang ini, semua yang kerajaan baru buat semua dikritik sampaikan isu jemaah bermalam di lapangan terbang pun dijadikan modal.
Antara pengkritiknya ialah Khairy Jamaluddin yang antara lain membuat kesimpulan bahawa Dr Mahathir hendak membawa Khazanah ke belakang, era 1990an.
Ada yang mengkritik mengatakan ini cara lama, "Old School", kata mereka.
Macam ini lah. 61 tahun Umno perintah Malaysia, pada 9 Mei 2018 Umno ditolak oleh rakyat gara-gara seorang manusia bernama NAJIB RAZAK sehinggakan kerajaan BN BUNGKUS.
Apa saja yang dibangkit oleh rakyat mengenai Najib, semua diNAFIkan.
Tak ada satu pun yang Najib mengaku. Dan tak ada seorang pun pemimpin Umno yang ada hari ini berani menegur beliau walaupun Najib sekarang ini hanya manusia biasa.
Pemimpin Umno masih di tahap lama kerana diketuai oleh Presiden yang berfikir cara lama.
Adakah Khazanah mahu terus diuruskan cara Pak Lah, bapa mertua Khairy, atau diuruskan cara Najib di mana pada satu ketika duit saham Khazanah digunakan untuk membayar hutang 1MDB.
Entah apa yang berlaku dalam Khazanah, kita pun tak tahu.
Setakat pasaran saham jatuh satu dua bulan ini perkara biasa. Sekarang adalah fasa memperbetulkan segala KEROSAKAN yang dibuat oleh Najib.
Sekarang adalah fasa untuk repair kesemua sistem yang ROSAK dalam kerajaan termasuk mengenalpasti dan merehatkan mereka yang bersekongkol merosakkan sistem kerajaan.
Sudah sampai masanya Khazanah mendapat pengurusan baru - kata orang putih LONG OVERDUE.
Janganlah kerana bapa mertua yang meletakkan Azman Mokhtar di situ pada 2004, sebarang perubahan dianggap kebelakang.
Jika selepas ini orang baru yang menerajui Khazanah gagal, seranglah Dr Mahathir.
Murah rezeki Umno kembali berkuasa 5 tahun lagi dan jika ada rezeki giliran Khairy menjadi Perdana Menteri.
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2018/07/454111/kronologi-peletakan-jawatan-ahli-lembaga-pengarah-khazanah
Takut tak da apa2 yang tinggal lagi selepas lima tahun nanti. Semua harta dah difaraidkan pada anak2 dan kroni. Kalau nak kata pengurusan dahulu tak bagus, lebih banyak harta yang telah terkumpul.
ReplyDeleteBayaran dibuat untuk onemdb? Onemdb adalah syarikat milik penuh khazanah. Salah ke? Melainkan zaman kutty dulu, duit Petronas diguna untuk bayar hutang Konsortium Perkapalan. Konsortium Perkapalan bukan pun milik kerajaan masa tu. Inilah yang patut kita elakkan berulang sekali lagi.