Sunday, July 22, 2018

MENTERI PAKATAN BUAT KERJA-KERJA BODOH

Related image

TAK sampai 100 hari memerintah, beberapa Menteri Pakatan Harapan membuat kerja-kerja BODOH yang menyusahkan kerajaan Pakatan dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

1. SIVARASA RASIAH.

Perlukah Sivarasa menyibuk masuk institusi Melayu? Apa perlu Sivarasa memijak kaki di Mara? Untuk pengetahuan Menteri-Menteri bukan Melayu, tak payah lah menyibuk dan memijak kaki di institusi yang menjaga kepentingan orang Melayu.

Antaranya Risda, Felcra, Felda, Mara, Tabung Haji dan banyak lagi. Menteri KKLW Rina Harun buat apa? tAK SENSITIF ka? Tak kan biarkan Timbalan Menteri bukan Melayu pergi ke Mara tanya hal-hal orang Melayu?

Kenapa tidak Rina ke sana, kenapa Sivarasa?

2. MAZLEE MALIK

Image result for mazlee kasut hitam

DALAM banyak-banyak isu yang dibawanya isu kasut sekolah berwarna HITAM. Berkurun lamanya sejak zaman nenek moyang Mazlee, anak-anak ke sekolah pakai kasut putih.

Ia sebahagian dari latihan disiplin. Setiap hujung minggu dikerah oleh mak bapa kita basuh kasut putih dan bubuh kapur. 

Jika hari Ahad, hari pertama bersekolah, kasut kita lasam (kotor) ianya tandanya kita pemalas dan ditertawakan rakan-rakan dan guru sekolah.

Tak ada ke perkara lebih penting untuk Mazlee buat di Kementerian Pendidikan.

Isu pelajar tak boleh berbahasa Inggeris selepas 11 tahun bersekolah. Beban kerja guru dan banyak lagi.

Tak payahlah tunjuk video mengendap-gendap cikgu mengajar dan menyelinap masuk kelas. Nampak macam budak-budak lah.

Ramai juga yang bercakap akan kelakuan Mazlee, kata mereka beliau ini seorang yang angkuh tetapi Jelapang anggap ini hanya FITNAH.

Ahkir sekali. Tak payah lah Mazlee nak hina orang Melayu mengenai BRIM. Hang naik situ pun kerana Melayu.

3. SYED SADDIQ

Image result for syed saddiq

BUAT kerja. Bukan berselfie sana, berselfie sini dan bertwitter. Dah jadi macam Najib ke asyik bertwitter dan berselfie.

Zaman honeymoon dah berlalu. 


Image result for syed saddiq berselfie

Tak perlulah berlakon kutip sampah dan sebagainya. Ini zaman realiti. Dan tolong pilihlah pegawai yang ada kelakuan elok untuk pejabat beliau.


4. LIM GUAN ENG

Image result for lim guan eng gst

Buatlah kerja betul-betul.

Apabila Tun Mahathir menggantung GST, ianya berita gembira buat rakyat. Paling kurang harga barangan MURAH  enam peratus.

Tiba-tiba Guan Eng umum di bawah SST cukai jualan 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus. Dan tergantung begitu saja tanpa sesiapa pun memahami bagaimana pengenaan cukai ini dikenakan.

Inilah yang dinamakan buat kerja CINCAI. Pegawai Khas hebat-hebat - Tony Pua dan Ong Kian Min.

Buat kerja CINCAI.

Di bawah kerajaan dahulu, apa-apa perkara penting hendak dibuat, perancangan dibuat dengan teliti sebelum pengumuman dibuat bagi memastikan segala persoalan difahami dan dijawab.

Guan Eng reaktif. Orang bantai baru nak jawab.

Buat kerja betul-betul Guan Eng! Jangan menyusahkan Tun Mahathir. Jangan buat kerja untuk membalas dendam dan syok sendiri.
  

5. M. KULASEGARAN a/l V. MURUGESON

Image result for kulasegaran

Kamu Menteri kaum India ke apa? Tak habis-habis bercakap mengenai Zakir Naik dan asyik bagi temuramah dalam bahasa Tamil.

Kalau ini perangai Kulasegaran, tak salah orang menuduh beliau rasis.




3 comments:

  1. Betul ke yg no.5 menteri benggali tu seorg RASIST?

    ReplyDelete
  2. Kula ni membodobkan diri aendiri.... belum perbah asa menteei atau paling sempoi pun sami mengenakkan turban macam tulah weiiij.... nnak menunjumkan "kekelingan" sangat ker haper?... kalau kau tu kaum sikh orang boleh arfi ler..... memanv low class lah menteri pH ni...

    ReplyDelete
  3. Sokong...akhirnya ada yg bersuara... Penat tgk menteri x prioritize apa isu atau dasar utk pembangunan negara.

    ReplyDelete