Wednesday, June 13, 2018

LEGASI NAJIB RAZAK

Image result for bn sarawak

SATU demi satu LEGASI Najib Razak tercipta.

9 Mei 2018: Barisan Nasional hilang KUASA buat pertama kali dalam sejarah Tanah Melayu dan Malaysia.

12 Jun 2018: Barisan Nasional Sarawak berkubur.

Dan Umno terlalu LEMAH untuk menyelamatkan gabungan ini dari lenyap dari arena politik tanahair.

Pemimpin-pemimpin Umno hanya mampu melihat saat-saat kematian BN ini.

 

Diasaskan pada 1973, pada satu ketika Barisan Nasional dianggotai oleh 14 parti politik dan semalam, tinggal hanya 4 yang masih menjadi anggota BN.

Salah satu dari 4 iaitu Gerakan KALAH semua kerusi Parlimen yang dipertandingkannya dan MCA yang mempunyai SATU kerusi sudah awal-awal menyatakan tidak lagi mahu mengikut telunjuk Umno dan pada sidang Parlimen 16 Julai nanti, MCA akan membuat keputusan sendiri dan tidak akan lagi mematuhi arahan Whip BN.

Itulah musibah yang sedang melanda BN dan Umno. Inilah juga legasi peninggalan Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Apakah Umno juga akan menerima nasib yang sama seperti BN?

Seorang rakan meramalkan Umno akan GERING.

Ini baru sebulan, belum lagi setahun.

Orang Umno, kata beliau, tidak pernah hidup dalam kesusahan kecuali mereka-mereka yang di bawah.

Mereka hidup dalam penuh kemewahan.

Kini rumah mereka (Umno) sudah terbakar. Tidak akan ada yang pernah berteduh di bawah pokok, tinggal di dalam khemah sementara menanti rumah dapat dibina semula.

Mereka tidak pernah diuji dan mereka tidak punya kekuatan dan ketabahan.

Satu malam apabila rumah kita terbakar sudah cukup untuk merasa kesengsaraan apatah lagi setahun menanti.

Mereka-mereka ini akan meninggalkan Umno dan mencari dahan baru untuk berpaut.

Dan dahan itu, kata rakan ini, ialah PKR atau Bersatu.

Inilah peninggalan Najib Razak kepada 3 juta ahli Umno. Semuga kepimpinan Umno puashati dengan peninggalan ini.




3 comments:

  1. AKU AKAN SENANTIASA MENDOAKAN TUN MAHATHIR SUPAYA SIHAT SEJAHTERA DAN KUAT SEMANGAT UNTUK TERUS MENABUR FITNAH, MEMBERI JANJI PALSU, MELAKUKAN HELAH DAN TIPU DAYA, SEMOGA TUN MAHATHIR AKAN DITEMPATKAN DI KALANGAN IBLIS, SYAITAN, JIN KAFIR DI DALAM NERAKA JAHANAM...AMIIIN.

    ReplyDelete
  2. AKU AKAN SENANTIASA MENDOAKAN TUN MAHATHIR SUPAYA SIHAT SEJAHTERA DAN KUAT SEMANGAT UNTUK TERUS MENABUR FITNAH, MEMBERI JANJI PALSU, MELAKUKAN HELAH DAN TIPU DAYA, SEMOGA TUN MAHATHIR AKAN DITEMPATKAN DI KALANGAN IBLIS, SYAITAN, JIN KAFIR DI DALAM NERAKA JAHANAM...AMIIIN.

    ReplyDelete
  3. sy ingin bertanya kpd umno beberapa soalan mengenai cara pru diurus oleh orang tertentu

    1. apakah alies nor & khairun aseh benar2 berkemampuan mengurus war room umno.

    2. kenapa umno bergantung kepada budak2 hingusan dalam membuat kajian sikap pengundi

    3. kenapa azeez rahim & habibul rahman begitu dipercayai oleh najib dan bukannya MKT umno

    4. siapa yang memilih calon2 lapuk pru

    5. kenapa MKT bersekongkol dengan presiden umno yang menjadi biawak hidup pada bn

    6. kenapa najib begitu angkuh dan bongkak di ambang pru.. siapa menasihati beliau

    7. kenapa isu2 melibatkan najib dan rosmah tidak diselesaikan sebelum pru

    8. kenapa blogger umno diarahkan berkempen cara maki hamun

    9. kenapa TV3 dan Utusan membantu pakatan dengan membangkit perasaan benci rakyat kepada umno menerusi laporan memaki hamun tun mahathir. siapa yang memberi kuasa kepada habibul rahman melakukan perkara ini di dalam media

    10. kenapa penyamun dalam umno dibiar hidup selesa seperti isa samad

    ReplyDelete