Thursday, June 28, 2018
PEMILIHAN UMNO UNTUK PILIH KAWAN & WANG
SABTU ini, 191 bahagian dan 150,000 perwakilan Umno akan memilih siapa yang akan menggantikan Najib Razak sebagai Presiden Umno.
Inilah pertama kali selepas 31 tahun (pembetulan), jawatan Presiden menjadi rebutan.
Suasananya amat berbeza jika dibandingkan dengan suasana ketika kali terakhir pemilihan jawatan presiden dilakukan pada 1987.
Kali ini Najib Razak meninggalkan sebuah parti yang TENAT - hilang kuasa dan maruah dan imej yang cukup KOTOR.
Ketika Zahid Hamidi, Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah sibuk berkempan, negara dikejutkan dengan betapa teruknya kepimpinan Umno apabila POLIS mendedahkan mereka merampas lebih dari RM1 bilion wang dan barang kemas dari rumah-rumah Najib. RM116 juta adalah WANG TUNAI.
Dan mereka-mereka yang memimpin Umno sekarang ini, termasuk Zahidi Hamidi dan Khairy Jamaluddin, ada antara mereka yang turut menyokong kerakusan Najib dan Rosmah manakala Tengku Razaleigh hanya membisu melihat negara dirogol oleh Najib.
Sabtu ini perwakilan akan memilih.
Apakah mereka memilih demi parti atau masih dipengaruhi oleh WANG.
Ini bukan pemilihan untuk pilih KAWAN.
Ini pemilihan untuk menghidupkan semula Umno.
Oleh itu kita tunggu keputusan nanti kerana kita tahu, ada yang bersungguh-sungguh mahu memilih KAWAN sebagai presiden dan ada yang akan memilih kerana WANG.
Wednesday, June 27, 2018
NAJIB/ROSMAH SIMPAN RM1 BILION (RM1000 JUTA) DI RUMAH
I LOVE PM (NAJIB)
Puak-puak pemimpin Umno yang selama ini memegang sepanduk I Love PM mendapat berita cukup membanggakan hari ini.
Bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno mereka, Najib Razak dan Wanita Pertama mereka, Rosmah Mansor, menyimpan kekayaan lebih RM1 bilion atau RM1,000,000,000 di rumah mereka.
RM116 juta adalah wang kertas tunai atau duit cash - cukup membanggakan.
14 tiara atau mahkota - entah bila Rosmah memakainya atau mungkin di rumah ketika tidur.
1,400 rantai leher termasuk seutas yang berHARGA RM6.4 juta - sudah tentu menjadi kebanggaan Wanita dan Puteri Umno.
272 beg tangan Hermes, bernilai RM51.3 juta, mungkin satu darinya digunakan sekali setiap 272 hari.
Jam tangan bernilai RM78 juta. Hebat Presiden kamu.
Kalau di rumah sudah ada RM1,000,000,000 atau RM1 bilion atau RM1000 juta, agak-agak berapa yang disimpan di luar negara?
Sampaikan ahli Majlis Tertinggi Umno jadi gila, sanggup angkat poster I Love PM dan walaq lah kononnya (puak politik memang gemar suka perkataan Arab supaya orang Melayu nampak warak walaupun suka mencuri) kepada Najib dan Rosmah.
Hari ini Najib pertikai penilaian harga rampasan yang dibuat oleh polis kononnya ada yang susut nilai.
Kita nak tanya Najib, berapa persen susut nilai? Berapa agaknya persen susut nilai yang dia rasa selesa?
30 persen? 50 persen? Berapa diskaun Najib hendak?
Kalau 30 persen, RM700 juta Najib simpan di rumahnya.
Kalau 50 persen, harta rampasan itu bernilai RM500 juta.
Kalau presiden Umno ada sebanyak ini, berapa agaknya pemimpin-pemimpin lain simpan di rumah?
Itu saja Jelapang nak tanya
Friday, June 22, 2018
PEMILIHAN UMNO: SENARAI CALON MEMIMPIN UMNO MENYEDIHKAN
TANPA disedari ramai, kali terakhir jawatan Presiden Umno dipertandingkan adalah 41 TAHUN yang lalu.
24 APRIL 1987 adalah kali terakhir jawatan Presiden Umno dicabar dan keputusannya Tengku Razaleigh Hamzah TEWAS 43 undi kepada Dr Mahathir Mohamad dan Musa Hitam tewas 40 undi menentang Allahyarham Ghafar Baba untuk jawatan Timbalan Presiden Umno.
Oleh itu, mana-mana ahli dan pemimpin Umno yang usia mereka 41 tahun hari ini, hanya mampu Google untuk mempelajari sejarah pertandingan dalam Umno.
Sebenarnya KESIAN tengok senarai calon-calon yang bertanding jawatan-jawatan di dalam Umno sekarang ini. Maklumlah sudah lama tidak ada pertandingan untuk jawatan No 1 dan 2 dalam Umno.
Bila tengok calon, ada yang terlibat dengan rasuah Mara dan pernah disiasat kes wang PPRT, ada yang jumpa Tok Arab yang bagi derma pada Najib, ada yang pukul boyfriend anak, ada yang cuba rasuah pegawai tinggi kerajaan, ada yang guna perkhidmatan money changer hantar RM10 juta ke London dan macam-macam lagi ada.
Bila disuruh isytihar HARTA, macam-macam alasan digunakan. Kononnya di dalam perlembagaan Umno tidak disebut.
Bila disuruh berdebat, ada anak kepada calon kata debat tak dapat pahala. Macam-macam alasan diberi untuk mengelak dari berdebat.
Bukan kah tiap-tiap tahun di perhimpunan agong Umno ada sesi perdebatan usul-usul.
Kalau begitu, elok lah Zahid Hamid HARAMKAN debat dalam Perhimpunan Agung Umno apabila beliau berkuasa sebagai Presiden Umno nanti.
Sekarang rakyat tengah teruja dengan Malaysia Baru. Malangnya Zahid sebagai pemangku Presiden Umno masih ditakuk lama.
Kalau Jelapang boleh mengundi semasa pemilihan nanti, sesiapa cuba mengelak kita berDEBAT, kita jangan undi.
Sehingga hari ini, Zahid awal-awal kecut perut untuk berdebat. Macam-macam alasan diberikan. Apa hendak takutkan? Berdebat dalam bahasa Melayu BUKAN dalam bahasa Inggeris.
Di negara maju, berdebat adalah perkara biasa. Ianya forum untuk rakyat menilai layakkah seseorang pemimpin itu menjadi peneraju negara dengan visi dan nilai kepimpinannya.
Di Amerika Syarikat, sebelum dipilih menjadi menjadi Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln berdebat dengan Senator Stephen Douglas pada tahun 1868.
Tetapi di Malaysia ini lain. Berdebat ikut selera pemimpin. Di sekolah digalakkan pelajar berdebat. Perwakilan Umno dibenarkan berdebat. Tetapi bila hendak pilih pemimpin, ada pemimpin enggan berdebat.
Apa pun Jelapang ramalkan Zahid akan menang besar di dalam pemilihan kali ini.
Maklumlah, setakat ini tiada tanda-tanda Umno telah berubah. Amalan di dalam Umno masih sama. Walaupun Umno tiada kuasa, pemimpin masih ada duit.
http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2018/06/mtbaru3.pdf
Monday, June 18, 2018
PEMILIHAN UMNO: GENG I LOVE PM (NAJIB)
KHAIRY Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahmad Zahid Hamidi. Salah seorang daripada mereka adalah bakal Presiden baru Umno menjelang 30 Jun ini.
Sekarang ahli-ahli Umno kena buat keputusan, siapa mereka mahu sebagai pemimpin mereka.
Tengku Razaleigh, yang sudah berusia 81 tahun dan dilihat sebagai sebahagian dari sistem fuedal, ATAU geng-geng "I love PM" yang menyokong kuat Najib iaitu KJ dan Zahid.
Jadi pilihlah. Pilih yang banyak kudis atau hendak pilih yang kurang kudis. Hendak pilih yang ada sejarah gengster atau tidak ada sejarah gengster. Pilihlah sesuka hati tuan-tuan dan puan-puan.
Kalau ikut hati, kesemua Majlis Tertinggi di bawah Najib tak layak memimpin parti yang mereka khianati.
Ketika Najib berbohong dan menipu bangsa dan negara, mereka-mereka inilah yang bersekongkol melindungi Najib. Lebih teruk lagi mereka turut sama menikmati hasil mahsul dari penipuan Najib.
Kini mereka menonjolkan diri sebagai mahu menyelamatkan Umno.
1. Tengku Razaleigh Hamzah: Ketika veteran-veteran Umno berjuang untuk menyelamatkan negara dari kerakusan Najib dan isteri beliau Rosmah Mansor serta anak tiri Najib, Riza Aziz, dan partner-in-crime atau rakan jenayah mereka, Jho Low, Ku Li membisu. Tak ada sepatah pun keluar dari Ku Li menegur Najib bagi menyelamatkan negara.
Beliau hanya melihat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dipecat oleh Najib kerana menegur beliau.
Akhir-akhir ini, apabila melihat peluang untuk mendapat gelaran "Presiden Umno", Ku Li mula bercakap dan meraih publisiti.
Beliau menyelar Zahid kerana "merangkak"mengadap Tun Dr Mahathir Mohamad - maka dapatlah publisiti. Itulah cara Ku Li berpolitik.
Bagi kita Ku Li hanya sekadar boleh menyerikan pertandingan. Berkurun lamanya, tiada usaha Ku Li untuk mendekati ahli-ahli Umno. Agak berapa orang Ketua Bahagian yang beliau kenali sekarang ini.
Kawan-kawan yang beliau kenal, kebanyakan di luar Umno. Bagaimanapun, tiada banyak kudis di badan beliau. Jika ada pun hanyalah parut-parut lama.
2. Ahmad Zahid Hamidi: Tidak ada kualiti kepimpinan tetapi pandai berpolitik. Visi tiada. Idea tidak ada. Sekadar jadi Pak turut Najib dan mendapat hasil dari sokongan ini apabila diletakkan di Kementerian Lubuk Emas - KDN.
Dengar khabarnya, banyak benda berlaku semasa menerajui KDN dan dengar khabarnya sedang disiasat segala perlakuannya oleh SPRM di bawah kerajaan Pakatan.
Tetapi satu sejarah lama yang tidak akan dapat dipadamkan oleh Zahid Hamidi - PARUT DI TEMPURUNG KEPALA AMIR BAZLI.
Baca di link ini: http://anti-zahid.blogspot.com/2009/03/pendedahan-jenayah-ahmad-zahid-hamidi.html
Zahid mendapat faedah dari pemecatan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal. Zahid turut mempertahankan kerakusan Najib. Zahid adalah antara geng "I love PM (Najib)."
Apakah ahli Umno akan memilih Zahid yang pernah didakwa mencederakan anak muda yang pernah dicintai oleh anak beliau dan sedang disiasat oleh kerajaan Pakatan?
Tepuk dada, tanya selera.
3. Khairy Jamaluddin: Pernah meletakkan jawatan kerana isu 1MDB tetapi hanya meletakkan jawatan dalam senyap-senyap. Apabila dipujuk, Khairy pun turut sertai band Ï Love PM."
Apabila Mukhriz Mahathir membangkitkan mengenai perletakan jawatan beliau, budak-budak Khairy mengherdik kononnya Mukhriz berbohong. Apabila orang tertentu berjumpa beliau, Khairy menunjukkan surat perletakan jawatan tersebut.
Tak ubah macam Tengku Razaleigh. Belakang tabir, bantai Najib, di khalayak ramai membisu.
Pernahkah KJ menegur Najib sepertimana yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Shafie?
Hanya selepas Umno kalah dan hanyut, barulah KJ bersuara. Barulah KJ hendak jadi juara. Barulah KJ rasa dirinya paling sesuai menjadi Presiden Umno.
Tuan-tuan pilihlah mereka-mereka ini sebagai Presiden Umno. Walaupun diri mereka penuh kudis, mungkin ini sajalah pemimpin yang ada di dalam Umno.
Jika Jelapang diberi peluang memilih, Jelapang akan pilih antara Ku Li dan KJ.
Jika diberi pilihan lain, Jelapang akan pastikanTIADA siapa yang pernah menjadi Menteri Kebinet Najib sebelum PRU14 dan ahli MKT sekarang dipilih menganggotai Majlis Kerja Tertinggi Umno yang baru.
Wednesday, June 13, 2018
LEGASI NAJIB RAZAK
SATU demi satu LEGASI Najib Razak tercipta.
9 Mei 2018: Barisan Nasional hilang KUASA buat pertama kali dalam sejarah Tanah Melayu dan Malaysia.
12 Jun 2018: Barisan Nasional Sarawak berkubur.
Dan Umno terlalu LEMAH untuk menyelamatkan gabungan ini dari lenyap dari arena politik tanahair.
Pemimpin-pemimpin Umno hanya mampu melihat saat-saat kematian BN ini.
Diasaskan pada 1973, pada satu ketika Barisan Nasional dianggotai oleh 14 parti politik dan semalam, tinggal hanya 4 yang masih menjadi anggota BN.
Salah satu dari 4 iaitu Gerakan KALAH semua kerusi Parlimen yang dipertandingkannya dan MCA yang mempunyai SATU kerusi sudah awal-awal menyatakan tidak lagi mahu mengikut telunjuk Umno dan pada sidang Parlimen 16 Julai nanti, MCA akan membuat keputusan sendiri dan tidak akan lagi mematuhi arahan Whip BN.
Itulah musibah yang sedang melanda BN dan Umno. Inilah juga legasi peninggalan Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Apakah Umno juga akan menerima nasib yang sama seperti BN?
Seorang rakan meramalkan Umno akan GERING.
Ini baru sebulan, belum lagi setahun.
Orang Umno, kata beliau, tidak pernah hidup dalam kesusahan kecuali mereka-mereka yang di bawah.
Mereka hidup dalam penuh kemewahan.
Kini rumah mereka (Umno) sudah terbakar. Tidak akan ada yang pernah berteduh di bawah pokok, tinggal di dalam khemah sementara menanti rumah dapat dibina semula.
Mereka tidak pernah diuji dan mereka tidak punya kekuatan dan ketabahan.
Satu malam apabila rumah kita terbakar sudah cukup untuk merasa kesengsaraan apatah lagi setahun menanti.
Mereka-mereka ini akan meninggalkan Umno dan mencari dahan baru untuk berpaut.
Dan dahan itu, kata rakan ini, ialah PKR atau Bersatu.
Inilah peninggalan Najib Razak kepada 3 juta ahli Umno. Semuga kepimpinan Umno puashati dengan peninggalan ini.
Monday, June 11, 2018
ANWAR IBRAHIM ADALAH NAJIB RAZAK?
ANWAR Ibrahim, tahun 2018, berpolitik ala 1998.
Perangainya tidak berubah. Lakonannya sama, skripnya pun tak jauh berubah. Masih lagi dengan perangai 1998.
Di dalam satu pertemuan di rumah beliau pada 1998, Anwar Ibrahim memberitahu mereka yang hadir bahawa "BJ Habibie baru telefon saya", "Amien Rais baru call saya". Selain dari itu nama Erdogan juga sentiasa di bibir beliau.
2018 pun sama. Nak jumpa Habibie, satu dunia Anwar hebohkan.
Anwar perlu sebut nama orang lain untuk memberi gambaran beliau seorang yang hebat.
Apabila keluar dari penjara, kata Anwar, beliau perlu berehat, mahu mengembara.
Rupa-rupanya apa yang dimaksudkan mungkin mengembara ke istana-istana.
Sejak keluar penjara baru-baru ini, tingkah laku Anwar seolah-olah tidak sabar untuk menaiki takhta.
Kata beliau, tidak lama lagi akan bertanding di pilihanraya kecil. Tak sabar kita menunggu.
Kalau hendak bertanding pun, jangan lah paksa Ahli Parlimen lain kosongkan kerusi.
Kalau hendak bertanding juga, mintalah Wan Azizah atau Nurul Izzah kosongkan kerusi. Jangan aniayai Ahli Parlimen lain kerana kerakusan kamu.
Kita pun tak sabar menunggu pilihanraya kecil yang Anwar tak sabar-sabar hendak bertanding kerana PRK ini akan menjadi medan hidup mati Anwar.
Pengundi akan tentukan samada mereka mahu Anwar menjadi PM atau sebaliknya.
Anwar perlu ingat, separuh dari rakyat Malaysia percaya beliau melakukan perkara-perkara yang menyebabkan beliau dipenjarakan walaupun mendapat pengampunan diRaja.
Apa yang rakyat nantikan ialah Anwar Ibrahim yang sudah bertaubat dan bukan Anwar yang dahulu.
Jika Anwar masih Anwar yang lama, tiada guna kita jadikan beliau Perdana Menteri kerana ianya umpama mengembalikan semula era Najib Razak.
Oleh itu terpulanglah kepada Anwar.
Sunday, June 10, 2018
NAJIB KAYAKAN TUANPUNYA SYARIKAT KERETA SEWA BINTULU
HARI ini terdedah satu lagi skandal melibatkan projek solar untuk sekolah-sekolah di Sarawak melibatkan kos berjumlah RM1.25 BILION (RM1,250 JUTA).
Berikut intipati skandal tersebut.
1. Projek ini dianugerahkan oleh Najib Razak kepada syarikat SEWA KERETA dari Bintulu, Sarawak.
2. Nilai projek RM1.25 bilion.
3. Arahan dibuat melalui surat dari Najib untuk melangkau peraturan ketat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
4. Najib mengarahkan bayaran dibuat kepada syarikat sewa kereta ini walaupun ia gagal mematuhi beberapa syarat kontrak yang ditetapkan.
5. Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan yang tidak berpuashati dengan projek ini diTUKARkan.
6. 18 bulan selepas kontrak ini dipersetujui, tiada satu unit solar pun dipasang di sekolah.
7. Pemilik syarikat sewa kereta ini menjadi jutawan sekelip mata dengan pertolongan Najib.
Arahan-arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Najib.
Laporan penuh di link ini: http://www.sarawakreport.org/2018/06/najib-signed-off-hundreds-of-millions-on-scam-solar-project-for-sarawak-schools/
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/53819
http://www.sinarharian.com.my/nasional/didakwa-lulus-projek-solar-rm1-25b-tanpa-tender-terbuka-1.844643
Saturday, June 9, 2018
ZAHID DILAYAN LEBIH KURANG OLEH DR MAHATHIR?
DALAM politik, gambar boleh membawa 1001 maksud/makna.
Ketika Hadi Awang bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri menjemput rombongan Pas di pintu masuk ke pejabat beliau.
Manakala ketika Dr Mahathir bertemu Zahid Hamidi, Tun hanya menunggu beliau di meja beliau.
Terpulang kepada masing-masing membuat interpretasi mengenai dua individu ini.
P/S: Jelapang difahamkan Zahid bukanlah satu-satunya pemimpin Umno, parti yang kalah dalam PRU-14 baru-baru ini, meminta temujanji dengan Dr Mahathir.
Beberapa pemimpin lain sudah pun mendahului Zahid. Ada beberapa lagi pemimpin masih menanti (mengharap) Dr Mahathir bersetuju menemui mereka. Kebanyakan mereka-mereka ini ada isu tertentu semasa Umno dan BN berkuasa.
Wallahualam.
Thursday, June 7, 2018
ZAHID HAMIDI MENGADAP "ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY" HARI INI
BEBERAPA bulan selepas menghina Tun Dr Mahathir Mohamad di khalayak ramai dengan mendakwa Dr Mahathir sebenarnya keturunan yang Kad Pengenalannya tercatit A/L (anak lelaki kepada) Iskandar Kutty, Ahmad Zahid Hamidi TEBAL MUKA mengadap A/L (anak lelaki kepada) Iskandar Kutty yang kini Perdana Menteri Malaysia. (Lihat video di atas)
Tanpa malu, Zahid menyebarkan gambar beliau bersama "A/L Iskandar Kutty" di pejabat "A/L Iskandar Kutty"
Bermacam-macam tekaan dan spekulasi dibuat oleh rakan-rakan mengenai hasil perjumpaan ini. Antaranya:
1) Zahid bagi IC baru yang tak ada A/L Iskandar Kutty kepada Dr Mahathir.
2) Zahid bisik pada A/L Iskandar Kutty nama Arab yang derma RM2.6 bilion kepada Najib Razak.
3) Zahid tengok ramai dah beratur jumpa A/L Iskandar Kutty termasuk Hadi Awang yang cadangkan Dr Mahathir kerja di klinik 1Malaysia, Zahid pun berlumba nak jumpa A/L Iskandar Kutty kerana takut "terlepas bas."
4) Muka Zahid sama tebal dengan kulit buaya.
5) Zahid bisik pada A/L Iskandar Kutty bangla yang ramai di Malaysia bukan dia yang bawa masuk.
Wednesday, June 6, 2018
SELAMAT BERSARA SHAZALLI TELEKOM, PERANGKA STRATEGI NAJIB SEMASA PRU14
SALAH seorang penyanyi lagu kempen pilihanraya, Hebat Negaraku, Shazalli Ramli hari ini meletakkan jawatan sebagai CEO Telekom Malaysia.
http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/shazalli-ramly-letak-jawatan-ceo-telekom-malaysia-1.686644
Macam-macam cerita kita dengar mengenai CEO-CEO GLC terutamanya Shazalli dan mereka-mereka di dalam video di atas.
Katanya Shazalli aktif dalam mereka bahan-bahan kempen untuk Najib Razak.
Kita kena tabik pada Shazalli - gentleman.
Letak jawatan sebelum kena pecat. Macam-macam cerita kita dengar mengenai aktiviti Shazalli sebelum pilihanraya.
Maka keputusan beliau untuk bersara amat di sanjung.
Sebelum terlupa, rasanya tak terlambat untuk Jelapang mengucapkan selamat pengantin baru untuk Shazalli.
Jelapang terbaca mengenai perkahwinan Shazalli dalam blog Wee Chee Keong.
https://weechookeong.com/2018/03/29/belated-congratulations-to-the-newlywed/
P/S: Selamat bersara juga kepada Pengerusi Petronas Sidek Hassan, orang Pekan, sekampung dengan Najib. Legasi beliau ialah apabila mempengerusikan RCI menyiasat kerugian matawang ketika era Dr Mahathir Mohamad yang dulu.
Selamat bersara juga kepada Omar Ong. Jelapang masih ingat, kalau bukan tekanan Najib kepada Petronas, mana mungkin Omar Ong boleh menjejak kaki di Petronas.
Kepada yang lupa kepada latarbelakang kemasukan Omar Ong ke Petronas, baca di link ini : http://www.theedgemarkets.com/article/heads-may-roll-petronas-over-omar-affair
Jika mahu cerita lebih sensasi, baca di link ini: https://malaysia-bodoh.com/2017/07/01/shock-mega-payments-bombshell-shadowy-business-figure-omar-mustapha-ong-najibs-cyber-troopers-director-general-military-intelligence-also-received-stolen-1mdb-mone/
Tuesday, June 5, 2018
MESEJ KEPADA KHAIRY JAMALUDDIN, BERCAKAP BENARLAH. BENARKAH KAMU MELETAKKAN JAWATAN SEMASA ISU 1MDB SEDANG PANAS?
SEJAK Umno kalah PRU14, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kerap benar membuat U-TURN.
Hari ini U-TURN beliau mengenai 1MDB.
Ada satu perkara Jelapang hendak bertanyakan semula kepada Khairy. Mungkin KJ mahu menukar jawapannya hari ini.
Ingat kah KJ kepada kenyataan Mukhriz Mahathir pada 9 Disember 2016?
Jika tak ingat, ini kenyataan Mukhriz ketika itu:
ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan bahawa Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, peletakan jawatan itu dibuat kerana Ketua Pemuda Umno itu tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion pada tahun lalu.
“Pada tahun lepas, salah seorang kenalan kita menjemput saya untuk berjumpa dengan KJ secara sulit di rumahnya, kira-kira jam 11.30 malam. Saya pergi sendiri ke rumah dia, berjumpa tiga orang sahaja dan ada saksi.
“Perjumpaan itu kononnya untuk menyatukan kami berdua kerana kami dilihat pemimpin-pemimpin muda dalam Umno yang walaupun nampak sebelum ini bertentangan, tapi dalam hal menyelamatkan Umno ketika itu dia ingat kami berdua mungkin boleh lakukan suatu menggerakkan ahli-ahli di peringkat akar umbi khususnya orang muda untuk menolak kepimpinan Najib,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ceramah perdana sempena majlis perasmian ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Stargate, di sini, kelmarin.
Menurutnya, pengakuan daripada KJ itu dibuat dengan alasan tidak mempercayai langsung alasan yang diberikan perdana menteri mengenai isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
Dia kata kepada saya, alasan-alasan yang diberikan langsung tak masuk akal dan macam memperbodohkan rakyat. Kemudian mengenai RM2.6 bilion, dia kata pak Arab ini bukan semuanya kaya termasuklah putera-putera raja pun.
Jadi pilihlah yang mana tak kaya, bagi RM10 atau RM20 juta, suruh dia mengaku kononnya dia bagi RM2.6 bilion kepada Najib, selesailah.
“Itu kata-kata KJ kepada saya dan dia yakin perkara itu berlaku. Bukan setakat itu sahaja, dinyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk letak jawatan kerana sudah tak tahan membela seorang pemimpin yang dia tahu salah guna kuasa. Kami memang sependapat mengenai masalah yang dibawa ke dalam Umno oleh presiden sendiri,” katanya.
Mukhriz berkata, maklumat yang beliau terima akhirnya KJ memang sudah menyerahkan surat peletakan jawatan Menteri Belia dan Sukan kepada Najib dan mungkin melibatkan juga jawatan Ketua Pemuda Umno.
“Tetapi saya difahamkan Najib suruh (Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi pujuk KJ dengan apa-apa tawaran yang saya tak pasti, sehingga akhirnya KJ tarik balik surat peletakan jawatan itu.
“Ini membuktikan bahawa apa yang dia sebut dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini kononnya dia sokong tak berbelah bahagi memang ayat Umno. Kononnya orang sangka dia itu jahat, tengok Mukhriz pun dah tinggal Umno. Hanya dia yang kekal, maka dia lah orang yang baik-baik kononnya,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai PAU 2016, Mukhriz mengakui berasa janggal dan pelik apabila buat kali pertama tidak menghadirinya pada kali ini.
“Saya nak buat pengakuan memang benar dakwaan mereka bahawa ada musuh dalam selimut, dalam Umno sebab mereka sebenarnya orang-orang Bersatu. Saya nak sentuh mengenai PAU ini kerana kita nak balas balik apa yang mereka bangkitkan itu,” katanya.
Khairy pada masa itu menggunakan konco-konco beliau untuk menjawab dakwaan Mukhriz ini.
Apa kata mereka, mereka menuduh Mukhriz berBOHONG - bohong kononnya Khairy meletakkan jawatan.
KALI ini Jelapang sekali nak tanya Khairy.
Adakah Khairy hendak ubah jawapan yang mengatakan Mukhriz berbohong atau sekarang beliau mahu MENGAKU memang betul beliau telah meletakkan jawatan?
Jelapang ada dengar, bila di hadapan orangramai Khairy tak mengaku letak jawatan, tetapi apabila berjumpa orang tertentu ditunjuknya surat perletakan jawatan beliau.
Nasihat kita kepada Khairy, kalau nak jadi pemimpin, belajar lah bercakap benar dari awal.
Kalau dari awal dah bercakap tipu, ia akan jadi amalan dan tabiatnya sama seperti bekas bos Khairy yang berbohong menjadi amalan beliau sehingga beliau dinyahkan rakyat.
BUSTARI YUSOF, KRONI NAJIB?
HARI ini sebuah portal menyiarkan satu artikel menarik mengenai orang kanan Najib Razak, Bustari Yusof. Antaranya:
1) Najib menghadiahkan projek ECRL di Selangor kepada Bustari dengan nilai kontrak RM9 bilion.
2) Apartment di Pavillion di mana longgokan wang berjumlah RM114 juta ditemui polis adalah kepunyaan Bustari.
3) Syarikat kepunyaan Bustari merupakan rakan kongsi projek Lebuhraya Pan Borneo bernilai RM27 bilion dan projek ini diletak di bawah Kementerian Kerja Raya di mana adik beliau, Fadillah, merupakan Menteri yang bertanggungjawab memastikan perjalanan projek ini. (Umpama adik bantu abang laksana projek)
4) Syarikat Bustari mendapat konsesi 10 tahun untuk memberi khidmat sokongan kepada hospital di Sarawak.
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/52508
http://www.sarawakreport.org/2017/05/bustari-the-bag-man-how-najib-bought-the-sarawak-election-further-exclusive/
Begitulah kisah Najib dan Bustari. Semuga kerajaan baru menyiasat dua beradik ini, Bustari dan Fadillah, untuk memastikan tiada penyelewangan dalam pemberian projek-projek ini.
Monday, June 4, 2018
HADI AWANG MENGADAP ORANG TUA RAPAT KE DINDING
MASIH ingat kah kita CACIAN Hadi Awang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini antara kata-kata Hadi menjelang PRU14.
"Tetapi biar dia insaf sendirilah. Dia orang tua dah.
Dia macam orang terdesak yang sudah rapat ke dinding. Apabila rapat ke dinding, dia tak boleh nak pergi. Dia (terpaksa) rempuh dinding itu. Jadi tak pasal-pasal pecah kepala sendiri. Jangan pecahkan kepala sendiri."
AKHIRNYA Hadi terpaksa mengadap orang tua yang "sudah rapat ke dinding."
"Dia (Dr Mahathir) ni dia nak cakap belaka. Agama nak bercakap, politik nak bercakap. Bab agama - Quran (dia) tak boleh terima semua, hadis tak boleh pakai, macam-macam. Patutnya dia - seorang doktor - kerja di Klinik 1Malaysia bagi rawatan percuma, buat kebajikan."
Jelapang terfikir juga apa perasaan kawan karib Hadi, Najib Razak, apabila mengetahui beliau mengadap Dr Mahathir.
Sunday, June 3, 2018
KENAPA UMNO CHERAS TUDAK SANGGAH NAJIB SEBELUM PRU?
MASIH ingatkah gambar ini?
Ini majlis ulangtahun ke 20 Umno Cheras. Syed Ali Al-Habshi berpakaian seperti pendekar di berdiri di sebelah Najib Razak.
Begitulah sayangnya Syed Ali kepada Najib. Hanya banner "I love PM" saja yang tidak dipegang oleh Syed Ali pada masa itu.
Tiba-tiba dua hari lepas, Syed Ali pusing jadi pengkritik Najib.
Kata Syed Ali: "Semua di dalam Umno perlu dipersalahkan di atas kekalahan BN di dalam PRU 14 kerana menyokong Najib membuta tuli."
Kenapa sekarang? Dulu lain, sekarang lain. Dulu Syed Ali BODEK Najib, sekarang bila kalah, cakap lain.
Berikut kenyataan yang dibuat oleh Syed Ali sebelum Umno KALAH.
1) Jangan 'tekan' PM Najib berhubung calon PRU14 - Syed Ali.
http://www.astroawani.com/berita-politik/jangan-tekan-pm-najib-berhubung-calon-pru14-syed-ali-163280
2) PM berhak bercuti guna pesawat rasmi kerajaan - Syed Ali.
3. Jangan politikkan isu 1MDB, Syed Ali selar Guan Eng ‘kurang’ bijak.