"Di belakang duit kertas RM1, tertera gambar tugu negara. Itulah nilai orang yang mati kerana berjuang bagi negara ini.
"Pada wang RM5 pula, tertera gambar istana. Itulah nilai raja-raja Malaysia.
"Di belakang wang RM10, tertera gambar Stesen Kereta Api Kuala Lumpur. Itu pula harga infrastruktur di negara ini.
"Di belakang wang RM10, tertera gambar Stesen Kereta Api Kuala Lumpur. Itu pula harga infrastruktur di negara ini.
“Di belakang wang kertas RM20 ialah gambar Bank Negara Malaysia, itulah harga ekonomi Malaysia.
"Wang RM50 ada gambar Muzium Negara. Itulah harga sejarah dan warisan kita.
"Pada wang RM100 pula ada gambar Masjid Negara. Itu nilai agama Islam.
"Pada wang RM500 ada gambar Mahkamah Tinggi. Itu harga keadilan di negara ini.
“Dan pada wang kertas RM1,000 ada gambar Parlimen. Itu harga politik, harganya cukup mahal.” - Ucapan Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid mengenai politik wang di dalam Umno selepas tewas jawatan Naib Presiden Umno di Perhimpunan Agong Umno 1993.
"Pada wang RM500 ada gambar Mahkamah Tinggi. Itu harga keadilan di negara ini.
“Dan pada wang kertas RM1,000 ada gambar Parlimen. Itu harga politik, harganya cukup mahal.” - Ucapan Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid mengenai politik wang di dalam Umno selepas tewas jawatan Naib Presiden Umno di Perhimpunan Agong Umno 1993.
Di perhimpunan yang sama, Allahyarham Sanusi mengingatkan Dr Mahathir Mohamad: "Jika Kak Hasmah (Tun Siti Hasmah) lupa, saya tak lupa. Saya terjumpa Kak Hasmah di airport. Kak Hasmah tanya saya. Sanusi. Hang pun dah lupa kat Dr Mahathir ka? Dr Mahathir duduk seorang di rumah. Orang dah tinggal Dr Mahathir masa itu (untuk menyokong Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Dr Mahathir sebagai Presiden Umno). Yang ada atas pentas ini (termasuk pada masa itu memegang jawatan Menteri) telah meninggalkan Dr Mahathir. Saya tidak. Saya ziarah Dr Mahathir."
Allahyarham kembali ke rahmatullah hari ini. Jika ada pemimpin muda hari ini mengenali Sanusi seperti mana sesetengah daripada kita, mereka akan sedar bahawa nilai perjuangan mereka bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Sanusi.
Pejuang bangsa, pemikir dan seorang yang setia pada kawan tanpa mengira perbezaan politik.
Pada Allahyarham Sanusi, Umno adalah wadah dan perjuangan Melayu dan Islam. Tiada di dalam kamus beliau, parti lain selain dari Umno.
Tetapi akhirnya Sanusi meninggalkan Umno. Orang yang dilahirkan Umno dan berjuang di dalam Umno untuk Melayu dan Islam akhirnya sempat melihat akan kemusnahan Umno kesan dari kerakusan pemimpin yang ada pada hari ini.
Beliau menulis untuk kali terakhir pada 2 Mac 2018 and fokus beliau "kenapa Umno perlu dikalahkan di Sabah."
Semasa menjadi Menteri Besar Kedah, Sanusi mencadangkan kepada Istana Kedah agar kawan beliau semasa dalam Abim iaitu Presiden Pas pada ketika itu, Allahyarham Ustaz Dato' Fadzil Nor, diberi gelaran Dato' dan Sanusi pernah melantik kawan beliau seorang ahli Pas sebagai ahli lembaga pengarah sebuah syarikat kerajaan negeri Kedah pada masa itu.
Itulah nilai persahabatan kepada Sanusi TANPA mengira perbezaan pegangan politik.
Ucapan-ucapan beliau penuh jenaka dan bermakna.
Setiap ahli politik ada musuhnya dan musuh ketat beliau adalah Anwar Ibrahim.
Sanusi, ketika memegang jawatan Menteri Besar Kedah, bertungkus lumus mahu memastikan Allahyarham Tun Ghafar menang menentang Anwar Ibrahim.
Malangnya, politik Anwar lebih ganas pada masa itu.
Semalam, Sanusi menghadiri majlis pelancaran manifesto Pakatan Harapan, memakai baju Bersatu.
Itulah pengakhiran pejuang Umno dan bangsa Melayu. Perakhiran mereka di luar Umno.
Semuga roh Allahyarham Sanusi Junid dirahmati Allah swt.
ReplyDeleteSalam, Innalillahi Wainna Ilahi Rajium, Al-Fatihah. Aku sangat menghormati Allahyarham TS Sanusi Junid walaupun dia tidak setuju dengan DS Najib Razak. Tapi dia ada prinsip tidak haprak dan gadai maruah dan perinsip seperti Mahadey.
Pada masa PAS- Mat Sabu Mahposs melanyak Allahyarham ketika menjadi MB Kedah, memperkenalkan teknologi tanam padi atas bumbung, akulah orang yang mengkagumi ilmunya, kampung buku di kaki bukit Gunung Mat Chincang. Taman Pertanian Bukti Cerakah.. dialah insan yang setia dengan PM pada masa itu..
tapi sayang PM dikatator itulah yang menjatuhkannya dari persana politik dek politik rasuah dalam UMNO yang dihalalkan oleh Mahadey.
Tapi insan mulia ini terus setia hingga akhir hayatnya. Sebab itulah Allah SWT takdirkan dia meninggalkan dalam kemuliaan, ketidak berwuduk untuk menantikan Solat Subuh di Pagi Jumaat yang Mulia.. Subhanallah,
Semoga Allah SWT memberkati ruhnya. Allah SWT sayangkan hamba-NYA yang ada prinsip/ istiqamah. Bukan flip flop dan bertopeng (munafik)
Wallahualam.
-Anak Kedah
Arwah TS ahli PBBM yg setia dgn Tun....
DeleteALFATEHAH buat Tan Sri Sanusi Joned.
ReplyDeleteSemoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Dia seorang pejuang yang setia.
Hingga ke akhir hayatnya, dia masih terus berjuang untuk
agama, bangsa dan negara.
Sebab itu ALLAH permudahkan pemergiannya.
Dia pergi dengna tenang di pagi Jumaat.
ALFATHAH buat arwah.
cikminah