HUJUNG minggu lepas ada beberapa ungkapan menarik. Antaranya:
NASIHAT Najib Razak kepada anak-anak muda: "...Ini ialah gaya hidup. Misalnya kalau kita pergi kedai restoran Jepun di sebuah hotel terkemuka bersedia untuk membayar... RM800 hingga RM1,000 seorang, bergantung kepada apa yang kamu pesan? Dia (Nasi Vanggey di Ipoh) masih lagi kekalkan harga sepinggan Nasi Vanggey RM4.80. Jadi kalau kita beli Nasi Vanggey ia sangat lazat dan cukup dari segi nutrisi. Hanya RM4.80. Kenyang juga.
Kalau beli di restoran Jepun kamu bayar RM1,000 kenyang juga. Tetapi kenyang nasi Vanggey adalah lebih baik kenyangnya daripada restoran Jepun. Kamu ada pilihan. https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/39191/
KENYATAAN Najib mengena Quinoa: "Masalahnya saya sukakan makanan, sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia. Tapi saya perlu kawal (makan). Contohnya saya TIDAK MAKAN NASI tapi makan quinoa. Anak saya perkenalkan saya kepada quinoa. Quinoa ini berasal dari Peru. Orang Inca hidup dengan quinoa sejak tiga ribu tahun dulu..
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/39240/
UCAPAN Najib di Perhimpunan Agong Umno tahun lepas: Bahkan , lebih buruk dari itu, AKAN MEREMPAT, DICELAKAKAN SEHINA- HINANYA, SEHINGGA TERBANGSAT DI TANAH AIR SENDIRI.
SIAPA yang makan di restoran Jepun sampai RM1,000 sekali makan, Dato' Seri? Kami? Atau bapak-bapak Menteri Umno dan Ketua-Ketua Bahagian Umno?
KAMI makan nasi, Dato Seri, dan kami tak tahu pun apa itu Quinoa. Untuk makluman Dato Seri, orang miskin, Kerajaan berikan beras ST15, beras paling murah untuk mereka makan.
Dato' Seri berkata jika BN KALAH, kita akan MEREMPAT dan TERBANGSAT di negara sendiri?
Dato' Seri tahu ke tidak, ketika BN sedang memerintah ini, kami sudah pun MEREMPAT dan TERBANGSAT di negara sendiri.
Tahukan Dato' Seri rakyat bawahan ada yang beli ikan kembong dua ekor, bawang dua labu, tiga cili hidup dan telor ayam tiga biji setiap kali ke kedai untuk dihidangkan kepada ahli keluarga?
Ada rakyat yang sekarang bawa bekal ke tempat kerja kerana hendak berjimat disebabkan kenaikan kos sara hidup.
Dato Seri tahu ke tidak, rakyat makan nasi bajet - RM3 sepinggan.
Kita sudah merempat Dato' Seri.
Yang tak merempat ialah Ketua-Ketua Bahagian dan bapak-bapak Menteri. Tak payah kita nak cakap mengenai gaya hidup bapak-bapak Menteri.
Kita tengok gaya hidup bini-bini mereka sudahlah. Terbang kelas pertama. Ada yang sepanjang masa tinggal di luar negara, sampai beranak (melahirkan anak) pun di luar negara.
Dan lihat juga kehidupan anak-anak mereka.
Anak siapa yang makan makanan Jepun -sushi - di Jepun (bukan di restoran Jepun di Malaysia). Dato Seri pasti tahu.
Berjejaklah di bumi nyata. Rakyat sedang merempat sekarang.
Ada yang mengatakan orang Malaysia berebut nak pergi tengok salji. Siapa?
Rakyat Malaysia ada 30 juta orang. Siapa yang terbang pergi tengok salji? 15 juta rakyat Malaysia pergi tengok salji? Atau hanya 5 peratus saja yang ada kemewahan untuk terbang main salji. Dato' Seri pun tahu siapa mereka yang 5 peratus ini.
Yang kaya bertambah kaya, yang merempat bertambah merempat, Dato' Seri.
Terimalah hakikatnya. Kami makan beras ST15 Dato' Seri, dan tak tahu pun apa itu quinoa.
Ade jugak anak cucu tido terbongkang kenyang sambil menganjing tido sama dng hanjing....
ReplyDeleteTapi ramai jugak budak2 muda yg lebih gemar makan ramen yg 'murah gila' berbanding makan maggie yg 'cukup mahal' kalau masak sendiri. Anak2 muda tu semua merempat, tak cukup duit nak makan sampai terpaksa makan mee yg diimport.
ReplyDeleteMacai.. ko dh kebulur sangat takde makan pergi apply duit bantuan pejabat Zakat negeri Kedah Jalan Telok Wan Jah.. atau pergi ke apply BRIM dedak yang boss penyangak ko suka ejek tu.
ReplyDeleteKebulur tahap mana rakyat skrg? Apa Najib cakap ialah fakta. dia tak cakap bapak ko makan kt Restoran Jepun tu memang ada... so betul lah.. apa yg ko nak meroyan sgt??
ADe bangla atau indon atau bangsa pendatang 1.2 juta komplen diorng kebulur ke kat Malaysia?
ato ko yang dh kemaruk nak mampos dengan parti cilaka chap munge sampah.. buat cerita mcm di Uganda??? Zaman Madey Mugabe jd PM ade dia kesah ke pasal rakyat kebulur ke tak makan siput babi di kutip dalam paya???
Masing-masing sudah ada rezeki yang ditentukan Tuhan. Bersyukurlah dengan kurniaan yang diterima. Bukannya dengan berhasad dengki dengan apa yang orang lain ada dan mampu untuk memilikinya.
ReplyDeletemanusia yg tak tahu bersyukur
ReplyDeleteSiapa yg merempat?
Org kat kamoung pun tak merempat
Kau duuduk kat mana??
Tulisan yg keluar dari hati yg tak bersih!!!