Tuesday, February 13, 2018

CIKGU KAFA MASIH BELUM DIBAYAR GAJI BULAN JANUARI?

Image result for guru kafa kedah

KASIHAN guru-guru Quran dan Fardhu Ain Kedah.

Dah 13 hari masuk bulan Februari, GAJI bulan Januari masih belum dibayar. (Laporan media pro-kerajaan)

Lumrah setiap hujung bulan, banyak benda nak kena bayar - instalment kereta, rumah, sikit sebanyak nak bagi duit kat mak ayah.

Tanggal 13 Februari, gaji bulan Januari masih belum diterima.

Ini jawapan Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah:
"Memang ada kelewatan sedikit dalam soal pembayaran gaji guru KAFA bulan Januari yang sepatutnya dijelaskan pada awal bulan. Kita minta guru terlibat supaya bersabar kerana peruntukan tersebut baru diserahkan kepada unit pembangunan negeri. Apabila JHEAIK terima, mereka akan agihkan segera kepada kira-kira 3,000 guru KAFA di negeri ini. Kita tidak lupa pada guru-guru KAFA ini dan kalau duit dapat, tak akan kita hendak simpan."

 HARAP cikgu-cikgu Kafa Kedah turuti nasihat Bashah - BERSABAR.

Dapat saja duit, dapatlah gaji.

bayaran Imbuhan Imam, Elaun Guru Kelas Agama dan Fardhu Ain

Tengoklah gambar cek tu -- RM52.4 juta.

Jangan risau, ekonomi kita kukuh, kerajaan ada duit. 



Gaji guru KAFA dibayar dalam masa terdekat

Siti Nurazlina Jamaludin
12 Februari 2018 4:37 PM

ALOR SETAR 12 Feb. - Kira-kira 3,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini dijangka akan menerima gaji masing-masing dalam masa terdekat.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) baru menerima peruntukan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan akan mengagihkan kepada guru berkenaan segera.

"Memang ada kelewatan sedikit dalam soal pembayaran gaji guru KAFA bulan Januari yang sepatutnya dijelaskan pada awal bulan. Kita minta guru terlibat supaya bersabar kerana peruntukan tersebut baru diserahkan kepada unit pembangunan negeri.

"Apabila JHEAIK terima, mereka akan agihkan segera kepada kira-kira 3,000 guru KAFA di negeri ini. Kita tidak lupa pada guru-guru KAFA ini dan kalau duit dapat, tak akan kita hendak simpan," katanya selepas Majlis Perjumpaan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Pelancaran Program Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) Masjid, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai aduan KAFA berhubung kelewatan pembayaran gaji bulan Januari yang tular di laman sosial sejak semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Terdahulu, Asyraf menyerahkan replika cek bayaran khas 'one off' imam, bilal, siak, guru takmir dan KAFA di negeri ini berjumlah RM9.86 juta daripada Kerajaan Persekutuan. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kedah/gaji-guru-kafa-dibayar-dalam-masa-terdekat-1.607857#ixzz56xfnT600 © Utusan Melayu (M) Bhd

1 comment:

  1. Anggota JPAM pun sama...sungguhpun sukarela tapi kebanyakan anggotanya adalah tetap. Elaun hanya sekadar RM 6 sejam tidak kira syif malam atau pagi. Bekerja tanpa mengira nyawa...

    ReplyDelete