Wednesday, October 4, 2017

MANIFESTO PRU-13: SUDAH TERTUNAI KAH JANJI NAJIB 5 TAHUN LALU?

Image result for manifesto bn 2013

Semalam kakitangan awam diminta oleh NAJIB RAZAK bersabar menanti "khabar gembira" dari beliau.

Apa lagi kalau bukan kenaikan gaji dan bonus yang dijangka diumumkan semasa Belanjawan 2018 pada 27 Oktober nanti. Biasalah, pada pemahaman kerajaan, hanya wang yang mampu mempengaruhi undi. Tak kisahlah jika perbelanjaan negara mencecah RM100 bilion setahun HANYA untuk menampung kos mengurus kakitangan awam.

Sekarang ini agaknya sibuk Najib merangka Belanjawan 2018 dan Manifesto PRU14.

Cuma kita nak ingatkan, dalam merangka manifesto dan belanjawan, jangan lupa tinjau janji-janji yang pernah dibuat kepada rakyat 5 tahun lalu.

Jika terlupa, lihat kembali manifesto BN semasa PRU-13 dulu.


Setiap muka surat manifesto itu tertera imej di atas. 

Antaranya: Dalam tempoh 5 tahun ini, kami berjanji.... disertakan dengan imej TAPAK TANGAN, tanda ikrar dan sumpah untuk menunaikan JANJI.

Sudah tertunai ke janji-janji ini?


1. Bertambahkah Kedai Rakyat 1Malaysia atau sudah gulung tikar?

2. Apakah bantuan persekolahan sudah dinaikkan kepada RM150?

3. Bertambah murahkah kereta di Malaysia?


Image result for manifesto bn 2013

4. Berapa kilometer Lebuhraya Pan Borneo telah disiapkan?

5. Bayaran tol antara bandar turun kah selama 5 tahun ini?


6. Berapa buah RUMAH PRIMA yang telah disiapkan?

Akan janji akan tinggal janji dan dilupakan begitu saja?

Tetapi rakyat tak akan lupa kerana janji ini adalah janji bertulis.

Seorang rakan memberi komen berikut: Berilah kenaikan gaji, tidak mudah kakitangan awam termakan dengannya.



No comments:

Post a Comment