Wednesday, October 18, 2017

JIKA HENDAK SELAMATKAN KP SPRM, JANGANLAH SAMPAI MENFITNAH ORANG LAIN


SETAKAT hari ini sudah empat EPISOD video diterbitkan mengenai dakwaan skandal Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dengan isteri seorang pegawai polis.

Bermacam cara digunakan untuk menyelamatkan Dzulkifli.

Kononnya gambar-gambar beliau bercanda di EDIT. Kononnya ini fitnah pembangkang. Kononnya ini kerja kongsi gelap.
Image result for shazreen hatta sprm
Si isteri orang pula menjawab menerusi FB: "Dalam hidup saya, terlalu byk dugaan yg Allah beri dan tiada satu pun jua yg saya persoalan... Semuanya telah saya lalui dan hadapi dgn apa keadaan sekalipun... Begitu jua dengan dugaan yg dtg kali ini, In Syaa Allah akan saya hadapi sambil memohon pertolongan dari Allah kerana saya yakin setiap sesuatu perkara pasti berlaku atas izin Nya! Ramai yg menasihati saya supaya tampil kehadapan dan dedahkan perkara sebenar apakah benar saya telah diceraikan kerana skandal dengan Tan Sri Dzulkifli Ahmad? Dlm keadaan marah dan emosi tidak stabil, tentunya saya juga berniat untuk melakukan perkara tersebut.. Tetapi, Allah telah anugerahkan kewarasan.. "

Yang agak peliknya, dalam mempertahankan Dzulkfli, ada pihak, termasuk seorang tua bergelar Tunku, sanggup memfitnah orang lain. Ingatlah, kubur makin hampir.

Tak perlulah sampai hendak memfitnahkan orang lain semata-mata hendak selamatkan Dzulkifli.

Ini kes mudah.

Jika ianya FITNAH, Shazreen Hatta yang didakwa ada skandal dengan Dzulkfli buat saja AKUAN bersumpah bahawa pada tarikh dan masa yang didakwa beliau berpegangan tangan dengan Dzulkfli itu FITNAH.

Beri tahu publik pada tarikh tersebut beliau tidak ada di Bali, sebaliknya, sebagai contoh sedang mandi manda di Tanjung Rhu Langkawi atau sedang bersuka ria dengan anak-anak di Genting Highlands atau pun sedang menghadiri satu majlis kahwin anak kawan di Pahang.

Ini kes mudah. Tak perlu hendak menuduh orang yang tak bersalah.

Si Dzulkifli pula, baca lah Khutbah Jumaat se ROUND lagi. Di atas mimbar, sebutlah, Demi Allah, itu adalah fitnah semata-mata.

Kemudian buat laporan polis.

Ini hanya nasihat untuk mengelakkan orang yang tidak bersalah difitnahkan.

Sekali tengok video itu, kita boleh agak bukan calang-calang orang yang merakamnya.

Satu blog mendedahkan siapa yang bertanggungjawab mengintip Dzukifli.

Jika rajin, LAYARILAH BLOG INI:  http://kpsprm.blogspot.my/

Semuga Shazreen Hatta dan Dzulkifli TABAH dalam mengharungi dugaan ini. Kasihan juga bila video demi video dikeluarkan. Dan ramai yang tidak sabar menanti apa kesudahan di dalam video-video ini.

2 comments:

  1. Maakkiii blogger bukan nk nasihat.. batu api lagi... puiiii...@!!

    ReplyDelete
  2. Aku masih ingat lagi kes TKSU KBS, dia diturunkan pangkat dari JUSA B ke Gred 52 dan akhirnya dia pencen. Kesnya kerana tidak mengisytiharkan perkahwinan di Thailand bukan kes ada hubungan dengan isteri orang. Dia dan keluarga dimalukan oleh semua media di Malaysia. Tapi kes KP SPRM ini pula macam kebal, mungkin bekas TKSU tersebut banyak musuh dari kalangan tonto semasa menjadi KP JPJ tetapi KP SPRM pula tiada musuh dan mungkin ramai yang sayang.

    ReplyDelete