Tuesday, September 5, 2017
HADI & NAJIB PERLU BUKTIKAN KEIKHLASAN MEREKA MENYELAMATKAN ROHINGYA
APAkah cukup setakat memberi AMARAN kepada Myanmar? Apakah cukup setakat memanggil duta Myanmar mengadap?
Itu sajakah yang mampu dilakukan oleh Malaysia dan Najib Razak?
Di mana presiden Pas Hadi Awang yang kononnya sayangkan umat Islam?
Bila isu Memali dihidupkan semula demi politik, Hadi tak sabar-sabar nak keluarkan kenyataan.
Kini ratusan Rohingya dibunuh di Myanmar dan 123,000 Rohingya yang beragama Islam menjadi pelarian ke Bangladesh, senyap sunyi pemimpin Pas.
4 Disember 2016 Hadi bawa ahli Pas berhimpun sakan di Padang Merbok kononnya mahu menyelamatkan Rohingya.
Pada masa itu ramai pengkiritik melihat perhimpunan tersebut sebagai lakonan politik untuk menyelamatkan Umno di dalam PRU 14 nanti.
Kini tiba masanya, Hadi dan Najib tampil membuktikan keikhlasan mereka mahu menyelamatkan Rohingya.
Buktikanlah bahawa perhimpunan tahun lepas bukan lakonan politik.
Tunjukkan lah kepada rakyat dan dunia, demi Islam, kita bersama Rohingya dan bertindak tegas terhadap Myanmar.
Tragedi di Myanmar tidak ubah seperti kejadian di Bosnia satu ketika dulu. Ini adalah proses penghapusan etnik Rohingya di Myanmar.
Sekadar nak nama je bajibrazak
ReplyDeletePPBM dengan PAN takde usaha nak menyelamatkan Rohingya ke? Kata nak memenangi pengundi Melayu, mesti lah dah ada sesuatu dibuat berkenaan isu Rohingya ni. Adalah lebih baik penulis mempromosikan usaha tersebut sebagai menunjukkan PPBM dan PAN mempunyai usaha yang lebih baik berbanding PAS dan UMNO
ReplyDeletedei.. najib itu hari ckp berapi mau membela rohingya. jgn bising dlm kampong jek.. tapi tersepit telo bila berdepan dgn suu kyi.
Delete