Thursday, August 3, 2017

KETUA HAKIM NEGARA RAUS SHARIF: BERSARA LEBIH MULIA DARI MUSNAHKAN LEGASI SENDIRI

Image result for raus sharif

KELMARIN Tun Dr Mahathir Mohamad dan pimpinan pembangkang menyerahkan memorandum meminta Yang DiPertuan Agong menyemak semula keputusan melantik semula Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara selepas umur pencen. 
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/08/02/dr-mahathir-ke-istana-negara-minta-agong-rujuk-pelantikan-ketua-hakim/

mahathir-istana

Isu ini sudah berlarutan hampir sebulan dan bermacam-macam kritikan dan cemuhan dibuat terhadap Raus.

Orang Sabah dan Sarawak pula merasakan mereka didiskriminasikan oleh Semenanjung dan  mempersoalkan kenapa hakim dari Malaysia Barat tidak pernah menjawat jawatan tertinggi kehakiman tersebut sejak Merdeka.

Rakyat Sabah dan Sarawak merasakan yang paling layak dilantik sebagai Ketua Hakim ialah rakyat mereka sendiri, Hakim Besar Sabah Sarawak Richard Malanjum.

Tetapi rakyat Sabah kena faham. Cuba tengok sekeliling mereka. Apa jawatan paling tinggi pernah mereka pegang? 

Tanya lah bila pemimpin Sabah dan Sarawak boleh menjawat jawatan Perdana Menteri? Jawatan Timbalan Perdana Menteri?

Nak tahu jawapan, tengok pucuk pimpinan Barisan Nasional. Jawatan pengerusi BN memang patut diberi kepada Umno sebagai parti komponen tunjang dalam BN.

Bagaimana dengan jawatan-jawatan lain dalam BN? Pemimpin Sabah dan Sarawak tak layak kah?

Timbalan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamid - Umno

Setiausaha Agung, Tengku Adnan - Umno

Wanita BN Shahrizat Jalil - Umno

Pemuda BN Khairy Jamaluddin - Umno

Pemimpin parti komponen hanya memegang jawatan Naib Pengerusi di dalam BN.

Itu realiti rakyat Sabah Sarawak kena terima.

Berbalik kepada Ketua Hakim Negara Raus.

Karier Raus cukup membanggakan dan cemerlang.

Berikut karier beliau di dalam bidang perundangan:


Yang Arif dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 28 Julai 2006 
hingga sekarang. Mula berkhidmat dalam perkhidmatan Kehakiman
dan Perundangan pada 1 Julai 1976. Antara jawatan-jawatan yang
pernah Yang Arif sandang adalah seperti berikut:-
  1. Majistret Mahkamah Majistret Pontian, Johor (1976-1977)
  2. Yang Dipertua Mahkamah Sesyen Kluang, Johor (1977)
  3. Yang Dipertua Mahkamah Sesyen Muar, Johor (1978-1979)
  4. Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kelantan/Terengganu                                                                           (1980 -1982)
  5. Peguam kanan Persekutuan Kementerian Perdagangan                                                                                    dan Perindustrian
  6. Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka (1983-1986)
  7. Peguam Kanan Persekutuan Kementerian                                                                                                          ( Pertahanan (1988)
  8. Peguam Kanan Persekutuan Kementerian                                                                                                 Dalam Negeri (1988-1989)
  9. Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan (1989-1991)
  10. Peguamcara Perbendaharaan Malaysia (1991-1994)
Yang Arif dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah
Tinggi Malaya dan ditempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
(Bahagian Jenayah) pada 1 November 1994.
Pada 12 Januari 1996 Yang Arif telah dilantik sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi Malaya. Yang Arif juga pernah bertugas
di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mahkamah Tinggi Muar,
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur (Bahagian Dagang, Bahagian Sivil
dan Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) sehinggalah
dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.

HEBAT latarbelakang Raus. Satu legasi yang cukup cemerlang.
Persoalannya, kenapa Raus perlu merosakkan imej dan legasi beliau yang dibina sepanjang tempoh 46 tahun semata-mata untuk lanjutan jawatan untuk 3 tahun lagi?

Mana yang lebih penting bagi Raus? Mempertahankan legasi dan rekod cemerlang atau memusnahkannya semata-mata kerana 3 tahun dan dipandang sinis oleh rakan-rakan Hakim atau bersara dan menikmati sisa hidup yang masih ada.

Pilihan saya - ELOKLAH RAUS BERSARA dari dihina seperti sekarang ini.

6 comments:

  1. Sebab Raus cemerlanglah dia layak untuk lanjutan jawatan tersebut, tu pun hang tak tau? Kik3

    ReplyDelete
  2. Cemerlang lah harus fikir utk undur dari terus,di lantik dalam seribu keraguan....

    ReplyDelete
  3. duit...duit..masyuk...

    ReplyDelete
  4. kenapa tak suruh tun m je yg berehat...92 tahun dah....tukar tajuk kepada................ (TUN MAHATHIR : BERSARA LEBIH MULIA DARI MUSNAHKAN LEGASI SENDIRI) krik..krik...krik

    ReplyDelete
  5. Hadi awang anjing umno,
    Penyokong pas ialah najis dari nya,
    Ku nan, manusia bangsat, kau dgn najib dan rosmah akan di humban dlm jail,
    Banduan banduan sudah menunggu utk meliwat ku nan dan rosmah,

    ReplyDelete