ISA SAMAD, Ahli Parlimen Jempol, Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Pengerusi Felda, semalam dipakaikan baju OREN SPRM dan di"ARAK" untuk tatapan awam seluruh Malaysia.
Ramai ahli politik Umno disiasat SPRM sebelum Isa. Kes LEMBU melibatkan Shahrizat Jalil dan keluarga beliau, Shahrizat tidak dipakaikan baju oren. Tajuddin Rahman disiasat kes pembayaran kepada Ahli Lembaga Pengarah Felcra, tidak dipakaikan baju oren.
Annuar Musa disiasat kes Mara, tidak juga disarung baju oren.
Bung Mokhtar Radin dan isteri glamour beliau, Zizie Izzette, disiasat kes pembelian saham amanah oleh Felcra, tidak dipakaikan baju oren. Bekas Ketua Wanita Umno Kelantan Ustazah Zaleha Hussin sehingga hari ini tiada pendakwaan dilakukan.
Ada yang tidak disiasat langsung oleh SPRM seperti anak tiri Najib Razak, Riza Aziz, kawan Najib Jho Low, Nik Faisal Nik Ariff Kamil, Suboh Mat Yassin dan ramai lagi.
Semalam Isa dipertontonkan kepada khalayak ramai - seolah-olah - inilah muka perasuah.
Itulah nasib Isa.
Orang lain seperti Riza Aziz, Annuar Musa, Shahrizat Jalil, Tajuddin Rahman, Bung Mokhtar, Ustazah Zaleha, Jho Low, Nik Faisal dan Suboh tidak dimalukan seperti Isa.
Hampir setiap hari SPRM memaklumkan kepada orang awam - hari ini kami serbu rumah Isa di Senawang, hari ini kami serbu rumah Isa di Nilai, kami jumpa RM100,000 di dalam peti besi, hari ini kami serbu pejabat Isa di SPAD.
Skrip ini tiada untuk Annuar Musa, Tajuddin Rahman, Bung Mokhtar, Shahrizat Jalil, Nik Faisal, Jho Low dan yang lain-lain.
Itulah nasib Isa. Skrip ini dicipta khas untuk beliau. Tujuannya: hanya yang menulis skrip ini tahu tujuannya.
Untuk menghina Isa? Memalukan Isa dan keluarganya?
Itulah sebabnya, setia membuta tuli tiada faedahnya.
Jika Isa perasuah, sumbatlah beliau ke dalam penjara. Tiada kompromi kepada pengamal rasuah.
Hari ini, Isa akan sedar siapa sebenarnya kawan-kawannya. Semalam semasa di "arak" masuk ke mahkamah, tercari-cari kita mana kawan-kawan Isa.
Ada kawan-kawan Isa yang anak-anak mereka diberikan pekerjaan di Felda oleh Isa.
Mana pergi Fauzi Setiawangsa yang menerima gaji percuma RM5,000 dari Felda yang diuruskan oleh Isa?
Mana Wan Amizan? Mana Ahli Parlimen Paya Besar? Mana Abdullah Hasnan Kamaruddin Ketua Bahagian Kuala Kedah? Mana Ahli Parlimen Grik? Mana Ahli Parlimen Sik?
Mana 30 orang yang Isa uruskan mendapat pendapatan RM5,000 sebulan? Di mana mereka ketika Isa dihina?
Kalau mereka lupa siapa mereka, lihat senarai 30 penerima elaun RM5,000 sebulan di bawah ini.
Dengan episod semalam, berakhir lah karier politik Isa. Di bunuh oleh kawan sendiri.
Ya Allah makbulkan bongkar penyelewengan najib razak bn umno..
ReplyDeleteCerita isa dia sendiri tahu, balasan dunia, kena sendiri tanggung, tutup buku.
ReplyDeleteInsaf dan taubat.
Jika dizalimi, doa banyak biar yang relevan ikut kejak.
Kalu kena tangkap dan reman mmg lah kena pakai baju oren tu..tak kira siapa..kalu x salah apa nak takut
ReplyDeleteYup..aku simpati dgn isa samad. Tak sepatut di perlaku begitu. Isa samad tak mungkin beli hotel di London dan kuching tanpa persetujuan boss dia..mana mungkin dia nak buat sesuka hati..
ReplyDeletesapa suruh jadi team mahathir. kena cantas la. itulah isa oi, nak pecat orang lain, diri sendiri yang kantoi rasuah. Kalau takde bukti, diorang tak tahan la isa ni, nak mampus tahan tanpa bukti? Silap2 kena saman balik SPRM tu. lol
ReplyDelete