Monday, August 21, 2017
F UNTUK PRIMA. PRIMA GAGAL SIAP RUMAH
Selepas KR1M, Jelapang nak sentuh mengenai Perumahan Rakyat 1Malaysia.
Bukan apa. Kasihan tengok Najib Razak. Projek idaman beliau tidak semuanya menjadi.
Macam-macam pelancaran dibuat PRIMA seluruh negara. Cabut undi pun sudah. Tetapi rumah tak siap-siap.
Yang ada dalam lembaga pengarah PRIMA pun hebat-hebat belaka - Tengku Zafrul, Alies Anor, Shazally Ramli dan orang politik pun ada.
Sebelum Najib membubarkan Parlimen, baik kita ingatkan beliau akan janji-janji PRU 13 dahulu. Tempoh mandat beliau sudah hampir 5 tahun, malangnya ada janji-janji yang belum ditepati. Antaranya rumah PRIMA.
Walaupun tinggal beberapa bulan saja lagi PRU14 akan diadakan, rasanya masih ada masa buat Najib menepati janji beliau mahu membina 500,000 buah rumah PRIMA menjelang 2018.
Bagaimana pun kita tengok pencapaian PRIMA sejak 2013 sehingga hari ini, tahun 2017.
JUMLAH YANG DIJANJIKAN SIAP PADA 2018 DI DALAM MANIFESTO PRU13: 500,000 BUAH RUMAH
JUMLAH RUMAH PRIMA YANG TELAH SIAP DIBINA: 8,475
JUMLAH YANG TELAH DISERAHKAN KEPADA PEMILIK: 934 BUAH
atau dengan kata lain:
Peratusan rumah PRIMA yang telah siap dibina: 1.69 PERATUS
Peratusan rumah PRIMA yang telah diserahkan kepada pemilik: 0.18 PERATUS
KALAU hendak diberikan markah kepada PRIMA berdasarkan skim permarkahan sekolah, maka GRED yang diperolehi PRIMA ialah:
G (GAGAL) atau F (FAIL)
Itulah pencapaian AKU JANJI BN di dalam manifesto PRU 13.
Kalu ikut menteri mongolia ke, bakar diri pasal janji tidak tercapai. Janji 100000, tapi dpt hampir 95000 tak cecah 100000. Itu negara bukan Islam, kita negara Islam tunggu akhirat, kata pemimpin parti agama
ReplyDeleteAku janji je. Janji blm tentu mesti buat..rakyat kena kelentong. Tp ameno angguk je..siap sorak lg.
ReplyDeleteJom tukar pru14
Insyallah hapuslenyalnya umno bn
ReplyDeleteRanapnya dan inallilah najibrazak
Insyallah hapuslenyalnya umno bn
ReplyDeleteRanapnya dan inallilah najibrazak
ReplyDeletepelik, hairan & ajaib bawah pemerintahan najib ni
mrt harga berbilion riggit boleh siap.
rumah rakyat sebuah.. harga beribu ringgit saja tak boleh siap
tak pelik ke?