Saturday, July 22, 2017

BONUS PENEROKA FELDA MASA PRU-13 RM15,000. TAHUN INI BROOM RM30,000?



- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

ESOK peneroka FELDA akan dapat bonus.

Pada tahun 2012, setahun sebelum PRU-13, keluarga peneroka Felda dapat RM15,000. Hanya peneroka 'HARAM JADAH" (perkataan yang digunakan oleh Najib Razak - video atas) yang tak dapat bonus tersebut.

Bonus RM15,000 ini adalah hasil penyenaraian FGV. 

Sekarang tahun 2017. FGV dah buat macam-macam. Beli hotel di London. Melabur di Kanada. Kesemua pelaburan ini BERJAYA.

FGV pun untung, walaupun kurang banyak. Janji untung.

Kalau pada 2012, ketua keluarga dapat bonus RM5,000, isteri peneroka RM5,000 dan anak-anak peneroka RM5,000 (jumlah keseluruhan RM15,000), sudah pasti, berdasarkan kejayaan Felda di bawah Najib ini, bonus yang akan diumumkan esok pasti lebih BESAR dari 2012.

Mungkin RM10,000 untuk ketua keluarga, RM10,000 untuk isteri peneroka dan RM10,000 untuk anak-anak peneroka.

Jumlah keseluruhan RM30,000 paling munasabah berdasarkan kejayaan Felda diluar negara. 

Lagi pun gaji pengarah-pengarah Felda tinggi-tinggi belaka. Gaji Isa Samad lebih RM2 juta setahun, setakat bagi RM30,000, 5 tahun sekali dekat-dekat PRU-14 ini, apa lah sangat. 

Esok, giranglah muka-muka peneroka Felda. Tambah-tambah pula esok peneroka akan turut sambut harijadi Najib.

Selamat berpesta kepada peneroka Felda yang berpusu-pusu turun ke Kuala Lumpur. 


2 comments:

  1. Menusuk kalbu..heeere

    ReplyDelete
  2. dah tahu apa yang peneroka dapat wahai jelapang? maka tinggal angan2 kau la nak tengok peneroka marah kerajaan. tak cukup kuat kau punya provokasi beb, usaha lagi.

    ReplyDelete