Monday, February 27, 2017
REDHA LAH KALAU KITA MISKIN, YANG PENTING PEMIMPIN MESTI KAYA
HUJUNG minggu lepas berkesempatan berbual dengan seorang Ketua Cawangan Umno.
Banyak pula komplen dia - sampai naik muak dibuatnya.
1. Kata dia harga ikan temenung sampai RM20 sekilogram, tak pernah mahal sampai macam itu seumur hidup dia. Kata dia ini bukan harga di Kuala Lumpur, ini harga di kampung nelayan.
2. Susah kata dia nak kempen. Anak exco Johor kena tangkap, kereta berpuluh, ada Bentley, ada Porsche. Kita dikampung duk pakai Proton Saga second hand lagi.
3. Kata dia lagi, nak dapat BR1M sekarang kena beratur. Kena tinggal kerja sehari. Kena dengar wakil rakyat puji diri depa, lepas tu baru boleh ambil BR1M.
4. Katanya lagi, dia pernah mesej seorang pemimpin, pemimpin tersebut jawab mesejnya memberitahu dia SAKIT GIGI. Doktor gigi tengah tengok gigi dia. Ketua Cawangan ini bertanya, jumpa doktor gigi mana? Jawapan si pemimpin: di Singapore. Sampai macam tu pemimpin kita, kata dia. Gigi pun pi cabut di Singapore.
5. Kata dia, dia tengok pemimpin Umno ini kaya raya, tapi dia Ketua Cawangan, tak tau macam mana nak jadi kaya macam depa. La ni pemimpin Pas pun kaya. Boleh bagi kat bini no 2 kereta Audi Q7 kata dia. Saya jawab depa rajin berdoa, rajin zikir, sebab tu mudah kaya.
Sedih saya tengok Ketua Cawangan, kawan saya ini.
Saya nasihatkan beliau agar faham nasihat pemimpin.
Kita kena faham apa erti PERJUANGAN. Faham apa erti kemerdekaaan. Jangan kita asyik nak komplen pemimpin beli beg tangan mahal, sambut tahun baru di Australia dan terbang pula ke New York untuk sambut tahun baru kali kedua, buat gigi di Singapore lah, pakai jam mahal lah, ada duit RM2.6 bilion dalam akaun dan macam-macam lagi.
Memang negara tengah susah. Kalau orang miskin mati kerana tak cukup ubat, kita kena redha. Ini perjuangan.
Di Malaysia minyak petrol naik pun kita jangan marah. Kita kena tau bahawa inilah pengorbanan kita kepada negara. Jangan kita lupa kata-kata pemimpin kita. Depa selalu ingatkan kita: "Tanya diri kita apa pengorbanan kita kepada negara, jangan asyik duk tanya apa kerajaan boleh bagi pada kita".
Kita kena ingat parti kita Umno ini sedang diancam. Kalau Cina DAP menang, susah kita. Habis depa selongkar Felda, Risda, Mara, Tabung Haji, PNB. Kesian bangsa dan pemimpin kita kalau dibicarakan.
Apa suasana sekali pun, marah macam mana sekali pun, ingat bangsa kita, ingat perjuangan dan ingat bahawa kita perlu berkorban.
Dan jangan lupa PRU nanti, undi Umno. Orang Pas pun nak undi Umno, ini pula kita yang lahir Umno.
Kalau ikan temenung naik sampai RM25 sekilo, kita jangan makan.
Pemimpin tak pa, kalau depa mai kampung kita, mahal mana pun kita kena hidang bagi depa makan.
Sekali-sekala dapat cium tangan pemimpin kan berkat. Dapat cium sekali, hilang lah marah kita.
Jadi kau mau org2 melayu semuanya miskin mcm kau.
ReplyDeleteMiskin budi bahasa. Kaya hasad dengki.
Tu ujian Allah sbb rakyat sombong bongkak.
ReplyDeletePemimpin yg hidup kaya raya menyamun 22 tahun dibiar lepas bebas tanpa didakwa. anak2 kaya tanpa sebab jadi billionaire.
Hng nk mengata sapa bro? Kalau nk mengata kt Najib tak masuk akai sbb Najib dr zamn Arwah bapak dia mereka mcm tu saja.Anak beranak kerala ni yg kita sgt hairan.. dr rumah pondok kayu tiba2 menguasai 400 lbh syarikat.. hebat sgt ka? FORBES ada listed anak2 beranak penyamun ni hebat berniaga?
mau kalo kata bodo hang marah.. tp mmg bodo!
Ampun habis2 biar kita kurus kering tak apa. Perjuangan kita untuk kayakan pemimpin kita miskin memang dah suratan. Sial2 otak simpan kat mana??????
ReplyDelete