Tuesday, February 14, 2017

KITA TIDAK AKAN LUPA HADI KAFIRKAN KITA

Image result for hadi+najib

PERNAHKAH Hadi Awang meminta ampun kerana kafirkan ahli Umno?

Pernahkah Hadi memohon maaf kepada ahli Umno kerana menganggap sembahyang yang diimamkan oleh ahli Umno tak perlu diikuti?

Pernahkah Hadi memohon maaf kepada ahli Umno sehinggakan anak ahli Umno menganggap bapanya kafir kerana Amanat Hadi?

Pernahkah Hadi memohon maaf kepada Umno sehinggakan ahli Pas menganggap daging korban Umno tidak boleh dimakan?

Pernahkah?

Jika tidak! Mengapa pemimpin kita terhegeh-hegeh hendak bekerjasama dengan Hadi?

Desperate sangat ke?

Tenat sangat ke Umno?

Cukup jelek kita melihat pemimpin kita memegang tangan Hadi yang cukup kotor itu. Memualkan.

Selagi Hadi tidak memohon maaf, sejarah Pas jelas kita ini Kafir.

Lupakah kita Hadi memaki hamun kita siang malam sebelum ini?

Image result for amanat hadi


 Lupakah kita kepada kata-kata ini?


Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalahsyahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

 Siapa yang tutur ayat penghinaan ini? Bukan Hadi? 

Inilah Umno pimpinan Najib Razak. Sanggup membiarkan Umno sehina ini, bersalaman dengan orang yang mengkafirkan kita.


P/S: Sudah sampai masanya Umno desak Hadi minta AMPUN pada kesemua jutaan ahli Umno secara live di TV dan muka hadapan akhbar kerana mengKAFIRkan kita.

7 comments:

  1. utk undi boleh maaaaa...

    ReplyDelete

  2. bertahun hadi tipu pengikutnya.. ulama bohong

    ReplyDelete
  3. Apa peraasaan keluarga arwah ibrahim libya dan lain2 yg mati krn amanat hj hadi di memali?
    Mati katak? Maaf ckp...tp nmpk nya mcm tu lah
    Hj hadi tanpa rasa berdsa, bersahaja, tidak rasa bersalah kehulu kehilir dgn umno
    Kalaulah arwah ibrahim libya masih hidup..mgkn kena pelempang hj hadi ni
    Org pas masih bodoh & ikut membuta tuli
    Agama senang betol dijual dibeli itulah hj hadi

    ReplyDelete
  4. Kerana serban atas kepala,kerana hadis dibibir,krana imej Islamic konon smua kesyurga.orang lain semua kafir

    ReplyDelete
  5. Saya masih ingat dan tidak akan lupa apa yang telah Haji Hadi lakukan terhadap orang Melayu ketika itu sehinggakan ramai yang telah berpecah belah.....saya bertugas diJerteh Terengganu ketika itu.Boleh dikatakan semua penduduk di Jerteh waktu itu berpecah belah kerana taksub dengan fathwa karut Haji Hadi.Berlaku pencerian,solat dua imam,nikah dua kali,kenduri tidak dihadiri oleh berlainan parti dan macam2 lagi.Pendek kata Haji Hadi ni terlalu banyak dosa beliau dengan sesama manusia lebih2 lagi dengan ALLAH....kepada saudara2 sesama islam semua apa yang saya cerita diatas ini adalah cerita yg benar dan saya cerita pun dengan kerana ALLAH dari pengalaman saya sendiri untuk memberitahu siapa Haji Hadi itu yang sebenarnya.Apakah orang seperti ini yang kita angkat untuk menjadi pemimpin kita?....

    ReplyDelete
  6. Pak Lebai mata duitan dan hobbud dunia(cinta kepada dunia)

    ReplyDelete
  7. Sebagai seorang Islam, apa yang kamu dapati salah dalam amanat itu...? Yang lain-lain tu macai-macai yang tulis ..... dan kalau kamu bukan Islam, memanglah semua itu salah ikut agama kamu....

    ReplyDelete