“Saya bimbang orang curi kereta dipotong tangan, tetapi mereka yang mencuri berbilion ringgit tidak dipotong tangan,” - MUFTI PERLIS, ASRI ZAINAL ABIDIN.
Presiden Pas Hadi Awang kena jawab persoalan yang dibangkitkan oleh Mufti Perlis ini.
Betul kata Asri, yang mencuri berbilion ringgit bagaimana?
Jangan asyik nak potong tangan orang miskin sahaja. Pemimpin yang mencuri berbilion ringgit, hidup dalam kemewahan hasil duit rakyat, mengadakan majlis perkahwinan anak jutaan ringgit, anak tiri guna duit untuk berjudi di Las Vegas, bagaimana?
Kita harap Hadi dapat menjelaskan di Parlimen nanti.
Bagi kita RUU355 tidak lah relevan sangat. Ke mana Jelapang pergi, mau di kedai kopi, pasar malam atau tempat berilimiah, tak ada orang bercakap mengenai RUU355.
Orang bercakap mengenai kos sara hidup, universiti tak ada duit, duit Felda hilang, dividen Tabung Haji dan duit berbilion ringgit di dalam akaun Najib Razak.
Cerita Hudud yang dibawa oleh Pas ini dah berkurun dan berkarat.
Kalau orang Melayu betul-betul minat Hudud Hadi dan Pas ini, sudah lama BN berkubur dan Hadi hari ini adalah Perdana Menteri Malaysia.
Tapi Hadi hari ini, pejabat dah berkurun di Rusila saja. Jadi Menteri Besar Terengganu pun sekejap kerana mentadbir cara kampung.
Dulu rasuah haram bagi Hadi, hari ini lain cerita. Pertama kali dalam sejarah Pas, pemimpin Pas boleh menerima pemimpin negara mengamalkan rasuah. Suatu ideologi baru dibawa oleh Hadi dalam Pas.
Kita baca apa yang Ustaz Asri kata:
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis berkata tindakannya mempersoalkan cadangan pindaan rang undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) bukanlah usaha menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.
Sebaliknya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan sejauh mana syarat untuk melaksanakan RUU 355 itu sudah dipenuhi.
“Sebahagian orang berfikir bila kita tidak potong tangan pencuri, itu maknanya halal untuk mencuri. Tetapi sebenarnya mencuri tetap haram, ia tetap salah dan akan di hukum di sisi Tuhan.
“Apa yang kita persoalkan ialah syarat melaksanakan (RUU 355) itu cukup atau tidak, adakah kita boleh menghukum, adakah syarat cukup untuk kita menghukum. Tuhan menuntut supaya kita bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud” anjuran Angkatan Amanah Merdeka di Rumah Kelab Parsatuan Alumni Universiti Malaya di sini hari ini.
Asri berkata beliau bimbang pelaksanaan hukum hudud akan mewujudkan hukuman yang berat sebelah jika syarat pelaksanaannya tidak diperkemas.
“Saya bimbang orang curi kereta dipotong tangan, tetapi mereka yang mencuri berbilion ringgit tidak dipotong tangan,” katanya.
Asri pada masa sama tidak menolak segelintir pihak memperjuangkan isu hudud demi kepentingan politik bukannya kerana hukum agama.
“Dulu zaman 80-an orang bincang hukum hudud tidak ada sampai ada 2 imam, kafir mengkafirkan, tidak makan binatang sembelihan mereka yang menolak hudud, tetapi sekarang sebaliknya berlaku.
“Saya bukan sebut soal menentang atau menyokong tapi saya menyebut bagaimana bila agama dipolitikkan, kita lihat wacana itu tidak lagi segar untuk merangsang pemikiran yang rasional untuk hal ini dibahaskan,” katanya.
Asri pada masa sama mengambil contoh negara yang menghentikan pelaksanaan hudud seperti Sudan, Libya, Pakistan dan Nigeria, bukan kerana hukuman Allah itu tidak sesuai tetapi tabiat manusia sudah berbeza.
Beliau turut menolak anggapan segelintir pihak kononnya dengan melaksanakan hukuman potong tangan, sebat kepada penzina melalui hudud, akan menjadikan Islam itu indah.
“Apa yang salah sekarang ini kita beri gambaran pada dunia apa yang kita katakan keadilan, apabila dipotong tangan pencuri, disebat orang berzina, minum arak maka terlaksana keindahan Islam.
“Ini gambaran paling salah yang cuba diberikan sekelompok manusia termasuk IS. Tindakan itu hanya membenarkan dakwaan Presiden Amerika Donald Trump yang dunia Islam adalah dunia mengganas,” katanya.
Panel lain dalam forum itu ialah Profesor Undang-undang UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan Penyarah Sains Politik USM Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid.
Selagi mahkamah blom jatuhkan hukuman maka sesoeang blom dituduh bersalah... mufti ni tahu hukum ke tak blom tuduh dah tuduh bersalah... masalahnya mamak bila nak bawa ke mahkamah... takkan setakat hearsay saja... puiiiii
ReplyDeleteKamu bangsat penjilat najis, macam mana nak jatuh hukuman. Apandi tak dakwa sebab najis lantik dia jadi PN. Tentu mak balas budi, sama2lah mereka p nereka nanti dan termasuk kamu. Bye bye hidup gembiralah dibaham api nereka setelah kematian.
DeleteBudak blogger jelapang macai bodo mamak.... mufti mana yg ajar belum dirtuduh mencuri dan dijatuhkan hukuman di mahkamah ... selagi tiada tuduhan oleh mamak ke mahkamah selagi itu org yg dituduh belum bersalah... setakat tuduhan hearsay ke mahkamah tak laku... buang masa mahkamah saja.... tolong siar siallll...
ReplyDeleteCuri tak apa, pecah amanah pun tak apa kerana bukti bukan saksi yg bermata. Apa yg hadi tekan ialah 4 saksi yg melihat perbuatan. 4 saksi yg tidak pernah melakukan kesalahan. 4 saksi islam. 1mdb guna saksi kafir. Tak ada pulak 4 mata yg melihat. Kertas bukan boleh pakai macam video besi tak boleh guna utk pak mus.
ReplyDeletebnyak sangat autanya. bukan nak buat sampai potong tanganpun lagi. step by step la mufti perlis oiii!!! ni step satu belum apa2 dah nak kaut step 10. tak mampu buat semua janganlah tinggal semua. ni pasal bilion2 yang dikatakan dicuri. bukan kata bilion2, kalau curi seringgitpun memang la salah. mencuri tetap mencuri. tapi nak jatuhkan hukuman mencuri kena la ada keputusan perbicaraan. ada tuduhan, ada pendakwaan, ada pembelaan, ada hakim dan lain2. dalam isu bilion2 yang dikatakan dicuri itu, adakah cukup semua klausa untuk dijatuhkan hukuman? adakah seorang mufti sampai tertinggal klausa jatuh hukum? adakah semuanya sudah dilengkapkan? yang paling penting ialah perbicaraan. belum dilakukan juga. jadi bila tiada perbicaraan dan keputusan bersalah oleh hakim maka mulut2 yang mengatakan bahawa yang didakwa itu bersalah adalah mulut2 neraka, tak kiralah taraf dia mufti sekalipun.
ReplyDeletetakut dia cakap nanti..tak ada pula dalam islam dan AlQuran hukum ttg pemimpin curi duit..heeee
ReplyDelete