Thursday, December 1, 2016

PERHIMPUNAN UMNO 2016 SATU PENGHORMATAN UNTUK TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak

KALI ini Jelapang tidak dapat ke Kuala Lumpur untuk "MENONTON" gelagat pemimpin kita di PWTC. Bukan murah sekarang ini hendak ke ibukota. Oleh itu adalah lebih baik duit yang hendak digunakan untuk ke PWTC digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah memandangkan harga minyak masak pun sudah cukup mahal. 

Jelapang dapat menonton ucapan Presiden Umno menerusi TV dan website.

Hari ini sangkaan kita rupa-rupanya BENAR.

Najib Razak TAKUT kepada Tun Dr Mahathir Mohamad umpama mimpi ngeri.

Amat jelas, siang malam wajah Tun Mahathir berlegar di kepala Najib. 

Jika tidak, mustahil hampir separuh ucapan Najib hari ini ditumpukan kepada ORANG TUA berusia 91 tahun.

Kalau Tun Mahathir tidak "relevan", mana mungkin beliau dijadikan sasaran oleh Najib.

Hari ini terbuktilah Tun Mahathir menimbulkan kebimbangan kepada Najib.

Agaknya siang malam beliau memikirkan mengenai Tun Mahathir sehinggakan ucapan beliau lebih setengah jam mengenai Tun, sehinggakan Najib terlupa untuk meminta perwakilan agar tidak perlu bimbang dengan KEJATUHAN RINGGIT MALAYSIA pada masa ini.

Seorang rakan (perwakilan) yang berada di PWTC menghantar mesej mengatakan semasa ucapan Taklimat Presiden, Najib juga bercakap mengenai Tun Mahathir.

Kata rakan ini, bukan setakat ucapan, disiarkan gambar Tun memakai baju bersih dan gambar-gambar Tun semuanya berwajah yang memberi gambaran Tun Mahathir sebagai watak jahat.

Maka tercatatlah sejarah Umno bahawa Perhimpunan Umno 2016 TEMAnya ialah - TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.

Itulah kelebihan Tun Mahathir sehinggakan satu Perhimpunan Agong Umno digunakan untuk membincangkan hal beliau.

Itulah legen dan itulah satu penghormatan. 

Dr Mahathir perlu berterima kasih kepada Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak di atas penghormatan ini.

14 comments:

  1. presiden parti umngok sdh tak ada idea..takut benar nampaknya.

    ReplyDelete
  2. PAHLAWAN BUGIS!!!

    LANUN BUGIS!!!

    RUPA2NYA BAPOK BUGIS YANG KERJANYA MENYAMUN 1MDB!!!

    Kahkahkah....

    ReplyDelete
  3. Betul tu, DS Najib sedang mengelabah, kebimbangan, kerisauan dan tidak tenteram memikirkan tentang Tun M. Beliau telah mencuba berbagai cara untuk melemahkan Tun M dari segala keistimewaan mantan PM ditarik hingga membiarkn soldadu2 nya menghentam Tun M setiap hari.
    Aura Tun M amat menakutkannya berbanding TSMY, Datuk Mukhriz & Datuk Shafei Apdal.Beliau sedar Tun M akan menentangnya hingga DS Najib berundur atau Tun M dijemput Illahi.Sikap seorg doktor yg degil dan berani namun bertoleransi adalah lahiriah Tun M. Sentiasa hayati lagu kegemaran Tun M "My Way" nyanyian Frank Sinatra dan ketahuilah, lirik2 itu ada berkait dgn sikap atau ketegasan Tun M.

    ReplyDelete
  4. Betul tu, DS Najib sedang mengelabah, kebimbangan, kerisauan dan tidak tenteram memikirkan tentang Tun M. Beliau telah mencuba berbagai cara untuk melemahkan Tun M dari segala keistimewaan mantan PM ditarik hingga membiarkn soldadu2 nya menghentam Tun M setiap hari.
    Aura Tun M amat menakutkannya berbanding TSMY, Datuk Mukhriz & Datuk Shafei Apdal.Beliau sedar Tun M akan menentangnya hingga DS Najib berundur atau Tun M dijemput Illahi.Sikap seorg doktor yg degil dan berani namun bertoleransi adalah lahiriah Tun M. Sentiasa hayati lagu kegemaran Tun M "My Way" nyanyian Frank Sinatra dan ketahuilah, lirik2 itu ada berkait dgn sikap atau ketegasan Tun M.

    ReplyDelete
  5. laa... ini blog pemakan dedak madey pandikutty ke...alias mamak mudah lupa.. pengkhianat negara dr dulu kini dan selamanya.. takkan kulupakan kezaliman pemerintahan pandikutty selama 22 thn.. jika pak lah tak mampu lwn madey..harap najib blh lawan.. yg penting asal bukan madey diktator yg pertama d tanah melayu.. madey n keturunannya tak blh dibenarkan utk mengambil pemerintahan negara lg hanya org yg pernah hidup d zaman madey saja yg tau penderitaannya.. tak caya tanya lah kwn2 yg bersama dgn dia skrg semua penah kena dipenjarakan oleh madey.. yg pastinya madey spt diramal oleh para ulama2 yg penah diseksa olehnya sedang terhina dan akan mati terhina... dr sorg PM kini jd pecacai menjilat blk semua najis yg pernah dikahaknya dulu.. jgn pula nanti kuburnya juga dikencing org..

    ReplyDelete
  6. semoga mahathir di cabut nyawanya oleh allah secepat mungkin

    ReplyDelete
  7. HIDUP NAJIB..HIDUP NAJIB..HIDUP NAJIB..JAHHANNAM PENGKHIANAT PARTI,

    ReplyDelete
  8. HIDUP NAJIB HIDUP NAJIB HIDUP NAJIB ....JAHHANNAM PENGKHIANAT PARTI DAN PETUALANG NEGARA. SAYA TAK PERGI KE PWTC..CUKUP MENONTON TV DI RUMAH...BODOH KALAU KATA RINGIT JATUH KERANA INDIVIDU..BACALAH EKONOMI..AMBIL KERTAS PEPERIKSAAN EKONOMI HOIII.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakak..elaun khas oku dah kena tarik balik oi..kalau betul pun ringgit jatuh bukan sebab najib tapi pasai apa banyak sangat peruntukan kena tarik ni...bsn ada duit lagi x tu..muahahaj

      Delete
  9. Pemerintahan zalim selama22 tahunlah yg meletakkan M'sia dimana ianya pada hari ini.
    Apakah sumbangan pemerintahan selepas itu?

    ReplyDelete
  10. Kedudukan Malaysia pada hari ini sebagai negara maju atau membangun adalah atas usaha Mahathir.
    Selepas Mahathir, "Malaysia's wasted decade".
    Jasamu tetap dikenang.

    ReplyDelete
  11. Tun Mahathir tetap dihati rakyat,akan disanjung dan dipuja untuk selama2nya.Semua rakyat Malaysia yang cerdek akan tetap menghormati YAB TUN sampai bila2.

    ReplyDelete
  12. Anon 11.25AM...mengucaplah kamu banyak2.....apakah kamu pasti yang YAB Tun akan dicabut nyawa oleh ALLAH dengan berkat doa kamu?...baigamana jika ALLAH mencabut nyawa kamu terlebih dauhulu ??....

    ReplyDelete