Tuesday, August 16, 2016
TAKUTILAH WAHAI KAKITANGAN KERAJAAN. DZULKIFLI BERJIHAD MENGHAPUSKAN RASUAH
SEKALUNG tahniah kita ucapkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dzulkifli Ahmad, dan Pengarah Siasatan SPRM Azam Baki.
Semalam 3 "jerung" ditangkap oleh Dzulkifli dan Azam.
Inilah yang dikatakan JIHAD - jihad memerangi rasuah.
Dua dari jerung ini adalah pegawai kanan kerajaan dan seorang lagi pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad.
Dzulkifli hanya perlu memegang jawatan 15 hari saja untuk memberkas 3 PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA dan NEGARA ini.
Amat jelas bahawa selama ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohammed serta beberapa pegawai kanan SPRM memerap fail ketiga-tiga mereka ini dan mungkin berpuluh lagi fail siasatan ke atas pegawai kanan kerajaan.
Masuk saja Dzulkifli ke SPRM, dalam masa 15 hari sudah diberkas mereka ini.
Timbul persoalan apa yang Abu Kassim buat di SPRM selama ini?
Maruah bangsa dan negara perlu dijaga. Indeks rasuah perlu dibetulkan. Padan lah selama ini ranking Malaysia dalam memerangi rasuah jatuh. Rupa-rupanya banyak fail terperap semasa Abu Kassim.
Marilah sama-sama kita menyokong usaha MURNI Dzulkifli ini. Inilah JIHAD yang ditunggu-tunggu oleh rakyat.
Kita yakin Dzulkifli akan memberkas ramai pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam masa terdekat ini.
Inilah pertama kali kita melihat SPRM benar-benar mahu memerangi rasuah.
Perlantikan Dzulkifli nampaknya keputusan yang paling tepat dan kita amat yakin SPRM tidak lagi dikenali sebagai agensi membela jerung dan menganiaya ikan bilis.
TAHNIAH DATO' DZUL.
Kami bangga dengan apa yang Dato' lakukan tak sampai sebulan memegang jawatan tertinggi SPRM.
Kepada kakitangan kerajaan, sokonglah usaha murni Dato' Dzul untuk membersihkan perkhidmatan awam.
Dengan kerjasama tuan-tuan, perkhidmatan awam akan menjadi perkhidmatan paling dihormati di negara ini dan marilah kita sama-sama memerangi rasuah.
TERIMA KASIH DATO' DZUL
Betul kah jihat?
ReplyDeleteJilat pok jib
Alih perhayian rakyat la tu
KERIS
teruskan perjuangan membanteras rasuah... percepatkan perbicaraan kes Lim Guan Eng..!!! jangan abaikan isu Paya Indah wetland...
ReplyDeleteIsu salah guna kuasa dalam FINAS sudah mula jadi perbualan. Harap ia bukan terhenti setakat bahan bualan kedai kopi tapi ada tindakan yg konkrit dari SPRM. Jika benar ada salah laku, heret si pesalah untuk diadili.
ReplyDeleteSembang bleh la....pasni kalo penjawat awam pertikai pemberian hadiah atas sebab MO1 pun terima pemberian hadiah dlm akaun dan bleh pula menggunakan wang yang dimasukkan kedalam akaun peribadi tanpa tahu siapa yang bankin...agak2 ape dzul nak spin?
ReplyDeletejgn dilupa jerung paling besar tu...
ReplyDeleteKata pepatah inggeris: New broom sweeps well....tunggulah beberapa jangka lagi. Jangan terlalu dipuji "menantu baru" dan jangan terlalu dikeji "menantu lama", kok menyesal tak sudah nanti. Sekadar ucapkan tahniah atas kejayaan setakat ini sudahlah dahulu. Janganlah dikondem "orang lama". Contoh didepan mata. Rakayat Malaysia mudah lupa!
ReplyDeletesyabas! ramai lagi (duit rasuah ada pun tak guna sebab takut nak belanja nanti jiran tertanya-tanya) yg buat kerja ni
ReplyDelete