Wednesday, August 31, 2016

KHAZANAH: PENDAPATAN RAKYAT MENINGKAT. UMNO MENANG BESAR

Image result for penoreh getah+kelapa sawit

MERDEKA!

Tanpa kita sedari, Hari Kemerdekaan kali ini cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan petani, nelayan dan peneroka.

Tanpa kita sedari, pendapatan makcik-makcik dan pakcik-pakcik petani, nelayan dan peneroka serta semua rakyat Malaysia rupa-rupanya MENINGKAT kepada RM6,141 sebulan secara puratanya.

Ini menurut kajian yang dibuat oleh Khazanah Nasional.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/monthly-household-income-up-to-rm6000-khazanah-report-says

Alhamdullilah, kini golongan bawahan sudah dapat merasa impak ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Najib Razak.

Kita pasti, di hari kemerdekaan ini, peneroka, pekebun kecil, penjaja, nelayan, parking attenden meraikan hari kemerdekaan ini dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.

Laporan Khazanah ini satu berita baik buat Umno dan Ketua-Ketua Bahagian.

Bila rakyat gembira, pendapatan tinggi, mudah bagi Umno meraih undi dan ketua-ketua bahagian pun mudah untuk mengekalkan jawatan.

Kita yakin petani dan nelayan di Kedah akan menyokong kuat Umno di dalam PRU-14 nanti dan kita juga yakin Kelantan akan dirampas semula dari rakan kita, Pas.

Tidak perlu kita bimbang akan peneroka-peneroka Felda. Merekalah yang paling gembira.

3 comments:

  1. Lawak sempena merdeka .....Klau pendapatan meningkat tp kos sara hidup rendah takpa la. Ni kos sara hidup pun naik, tgk harga rumah, brgan keperluan lg truk klau harga minyak naik, hrga minyak rendah pun harga brg masih sama. Yg tinggal dibandar gaji byk tu pun x cukup.

    ReplyDelete
  2. Yap!beda bedu kita semua rasa gumbira dengan pengguman khazanah itu,boleh tukar kereta baru "BEEZZA".Mardeka!.....

    ReplyDelete
  3. Mimpi umno di siang hari
    Kih kih kih
    KERIS

    ReplyDelete