Thursday, August 4, 2016

KETUA BAHAGIAN MAHU JHO LOW DITANGKAP & DIDAKWA?



UMNO kena TIPU?

Itulah pandangan pemimpin-pemimpin Umno, menurut seorang rakan yang sentiasa berdamping dengan Ketua-Ketua Bahagian Umno.

Saya bertanya, kena tipu dengan siapa?

JHO LOW, kata beliau.

Menurut rakan ini, ketua-ketua bahagian Umno sudah mencapai kata sepakat - TANGKAP JHO LOW.

Kata rakan ini, Ketua-Ketua Bahagian berpendapat Jho Low sudah tipu Umno, songlap duit negara. 

Mereka berpendapat Jho Low turut menipu Najib Razak.

Maka keputusan Ketua-Ketua Bahagian ialah JHO LOW mesti diTANGKAP dan diDAKWA.

Katanya, ketua-ketua bahagian sekarang ini sedang mengatur langkah mahu meminta Jho Low dihadapkan ke muka pengadilan.

Jelapang alu-alukan hasrat Ketua-Ketua Bahagian ini.

Kita berharap mereka nyatakan pendirian ini kepada Najib.

Ramai mahu Jho Low dihadapkan ke muka pengadilan. 

Kita sudah terlalu lama menanti Jho Low ditahan tetapi katanya ada pihak yang tidak mahu beliau ditangkap.

Malah di dalam laporan PAC pun nama Jho Low tidak disebutkan.

Sebelum ini bekas Pengerusi PAC Nur Jazlan Mohamed begitu ghairah untuk memanggil Jho Low mengadap ahli PAC. Belum sempat Jho Low dipanggil, Nur Jazlan tinggalkan PAC dengan rela hati untuk memegang jawatan Timbalan Menteri.

Kalau benar cerita rakan kita ini, kita sokong Jho Low ditahan dan didakwa. 


7 comments:

  1. Segerakan tindakan ke atas Jho Taik. Tunggu apa lagi. Semakin lama dibiarkan semakin rebah UMNO keseluruhanya. Satu dunia sedang gelak kat M'sia dari negara miskin Bangladesh hingga ke Iceland. Sangat memalukan melainkan muka berkulit babi.

    ReplyDelete
  2. Carta kebencian terhadap UMNO saban hari meningkat. Isu2 mega 1MDB penyangak/pencuri tidak ditahan. Terkini pembelian berjuta rm utk suplemen anti penuaan bagi kegunaan MO1 dan FLOM. Kena lagi.

    ReplyDelete
  3. Lembab sangat bust keputusan!!

    Sbb itu di katakan UMNO Hancur!!

    Lanun Bugis bermaharalela!!!

    Ada baiknya parti baru Tun disegarakan untuk mengejutkan UMNOn_k dari mimpi dan berterusan makan dedak!!

    ReplyDelete
  4. Ketua Bahagian UMNO ni berani cakap kat belakang je..dapat je sampul..semua senyap..itulah standard nya..habuk pun tarak..

    ReplyDelete
  5. Anak Bukit JelutongAugust 6, 2016 at 8:00 AM

    Sungguh-sungguh ka ni?

    Atau hanya sekadar melepas geram ?

    Lagipun JTL bukan ada di sini kut.
    Bukan senang nak cari dia.

    Dia dah kaya raya _ ikut suka dialah dia nak buat apapun.


    HIDUP MELAYU.

    ReplyDelete
  6. Mimpi di siang hari. Kalau suruh depa jilat boleh la.

    ReplyDelete
  7. SRC punya kes Jlo Low pun tipu juga? Kalau tahu duit tipu kenapa 2.4B kau terima? Kalau IPO dulu berjaya ini tipu semua tutup? Kalau tipu kenapa kau makan duit tuu sebagai dedak? Cash is king pun tipu juga? Apa punya keldai.

    ReplyDelete