Wednesday, July 20, 2016
MUFTI & AHLI AGAMA TENTUKAN TAHAP HORMAT RAKYAT PADA INSTITUSI ULAMA
PADA usia kanak-kanaknya, Cassius Clay, beribadah di gereja King Solomon Missionary Baptist diketuai Padri Charles Elliot.
Pada 1962, Cassius Clay bertemu Malcom X dan secara rahsia, beliau memeluk Islam dan menukarkan nama beliau kepada Muhammad Ali, lagenda tinju yang menjadi kebanggaan setiap penganut agama Islam tidak kira dari buruh sampai lah ke tahap Mufti dan ulama-ulama di seluruh dunia.
Sebelum beliau memeluk Islam, sebagai tanda hormat, Muhammad Ali bertemu Padri Charles Elliot untuk memaklumkan hasrat beliau menjadi seorang Muslim.
Jawab Padri Charles: "Saya sentiasa memberitahu Muhammad Ali, jika beliau mempunyai hati yang murni dan kasih kepada sesama insan, Islam lah agama yang TERBAIK. Itulah yang dikehendaki Tuhan - hati yang murni dan kasih sesama insan. Tuhan tidak melihat kepada agama seseorang, Tuhan melihat kepada kemurniaan hati seseorang."
Itulah kata-kata yang Padri Charles Elliot apabila Muhammad Ali memeluk Islam.
Padri Charles tidak sesekali menghalang beliau memeluk Islam atau menghina agama yang dipeluk oleh Muhammad Ali.
TETAPI malangnya di Malaysia. Walaupun kita di lahirkan tinggal berjiran dengan pengusaha kedai runcit Ah Kar, pomen kereta, Ah Kow dan penjahit baju Ah San, masih ada mufti di era ini yang mengelarkan rakan-rakan tionghua kita KAFIR HARBI.
Kita tidak tahu tahap mana kah rasa hormat rakyat sekarang kepada golongan yang berpengetahuan agama jika inilah pegangan mereka hari ini.
Jika rakyat marhaen melakukan kesalahan, mereka dihina dan dikecam oleh golongan beragama.
Setiap kesalahan dihukum ke tahap cukup menghina sehingga menjejaskan masa depan mereka.
Tetapi apabila pemimpin melakukan kesalahan, diam seribu bahasa dan ada golongan agama sanggup mengadaikan maruah dengan mengeluarkan kenyataan HARAM menjatuhkan pemimpin.
Itu golongan yang berpendidikan agama. Ahli politik Pas yang belajar agama lebih teruk dari itu.
Ilmu agama yang dipelajari oleh Presiden Pas Hadi Awang digunakan untuk mengKAFIRkan ahli Umno.
Kita tidak akan lupa kepada Amanat Hadi. Ada ahli Pas dahulu yang bermandikan darah semata-mata mempertahankan Amanat Hadi.
Kita tidak akan lupa amanat Hadi ini: "kalau kita mati kerana berlawan ini (Umno), mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam."
Tetapi pemimpin Umno terutamanya Najib Razak lupa akan amanat ini kerana KUASA dan WANG.
Apakah Hadi tidak berminat untuk menghapuskan DOSA beliau kepada ahli-ahli Umno yang beliau kafirkan?
Apakah Hadi sudah hilang nilai agama di dalam diri beliau dan tidak mampu memohon MAAF kepada jutaan ahli Umno yang beragama Islam?
Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.
Kalau orang agama gagal mempertahankan nilai-nilai islam, maka ditakuti rasa hormat kepada orang agama akan terhakis.
Jika pemimpin salah, katakan lah salah. Ulama adalah institusi paling tinggi di dalam negara, tetapi samada ia kekal sebagai institusi paling dihormati terletak di tangan Mufti dan ahli-ahli agama.
Jika pemimpin rasuah, tetapi Mufti kata tidak, apa boleh kita buat. Terserahlah.
bila duit telah menjadi raja maka terdapatlah banyak pelacur-pelacur mencari makan. Tiba masa bertaubat/mati dalam kezaliman.
ReplyDeleteMajoriti rakyat di negara ni masih hormat & meletakkn kpercayaan tinggi kpd institusi mufti ini. Hanya segelintir yg tidak, trmasuklh tn admin yg menulis artikel ni...
ReplyDeleteBrcakap bab agama ni klu ikut fahaman sendiri & tafsir sendiri memg la akn trgolong dlm kumpulan yg 'segelintir' tu..sbb nk menyatakn diorg lh ahli agama yg sebenar, serta nk mghalalkn segala prlakuan mereka...