"Bukan sahaja saya akan menolak (rang undang-undang), saya tidak akan berada di sana (Parlimen). Saya telah menunjukkannya pada hari ia dibentangkan. Saya tiada di dalam (dewan)." - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Apakah tujuan Nancy membuat kenyataan seperti ini? Apakah Nancy sudah HILANG HORMAT pada Najib Razak?
Najib sudah pun menjelaskan bahawa Rang Undang-Undang Persendirian yang di bawa oleh Hadi Awang BUKAN Hudud. Oleh itu apa masalahnya?
Apa tujuan Nancy yang sebenarnya? Janganlah Nancy buat macam ini kepada Najib. Pening kepala beliau. Tidak cukup susah hati dengan cerita 1MDB dan duit RM2.6 bilion yang masih belum selesai, Nancy pula buat perangai MACAM tidak hormat pada bos.
Kalau penjelasan Perdana Menteri, Nancy tidak percaya, macam mana dengan isu-isu lain terutamanya yang melibatkan Perdana Menteri?
Orang akan beranggapan bahawa Menteri Kabinet Najib pun tidak percaya kepada Najib. Tergamak Nancy melakukan sedemikian kepada Najib.
Nancy mewakili Sarawak. Bayangkan pandangan orang, satu negeri tidak terima penjelasan Najib dan lebih buruk lagi, akan ada orang berkata: "Sarawak pun tak percaya Najib".
Satu lagi persoalan, jika Sarawak dan Nancy menolak RUU ini, apakah Najib mahu meneruskannya?
Yang jelas parti-parti komponen pun menolaknya.
Sekarang Najib kena buat keputusan, layakkah Nancy kekal di dalam Kabinet beliau atau dengan kata lain BERANI kah Najib GUGURkan Nancy dalam rombakan Kabinet selepas Hari Raya nanti?
TOK NAN DAN AH JIB RAIH KEMENANGAN PISAH SARAWAK.
ReplyDeleteKemenangan NAN berasas kan kepimpinan kedaerahan sempit lagi tertutup.
Kemenangan harga nya amat mahal sekali untuk 5 keluarga semananjung.
Mereka kehilangan ahli keluarga.
Anak,Ayah,Ibu,Abang Adik Sahabat.
Yang tinggal, kehilangan selama lamanya, tempat bermanja,tumpang
berteduh,bergurau,berkasih.
Tiada lagi raikan dan meriahkan majlis sanak
saudara dan kerabat.
Harga amat mahal sekali telah bi bayar tunai olih 5 keluarga Semenanjung.
Harga tunai Cash is King.
Tok Nan AhJib Berhutang .
Nancy lupa kamu siapa dan duduk di mana.
Kami ucap takziah ke atas Tok Nan Nancy orang Sarawak di Putrajaya atas mewakili hanya 25 % orang Sarawak.
The people deserve the government they get.
Tok Nan and Nancy ,Bask in the light of the 75 %.
arjuna waspada
changkat lobak
jangan lekas terpa bro. jangan lain di mulut lain di hati. nancy shukri tentu ada alasan tertentu. tentu sahaja daripada km sarawak yang meminta mp dari sarawak menolak ruu tersebut. masa masih ada dan najib boleh buat sesuatu untuk ruu tersebut disokong oleh mp bn beragama Islam. nancy shukri perlu disedarkan bahawa kuasa bila2 boleh hilang, jangan agama pula hilang sekali.
ReplyDelete