Friday, June 17, 2016

KUALA KANGSAR/SUNGAI BESAR: SILA LAH UNDI BN

Image result for apandi ali

Selamat MENGUNDI kepada semua pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Undi di tangan anda. Pilih lah secara bijaksana demi negara tercinta. Tuan-tuan adalah penentu samada pemimpin atasan benar-benar berjiwa besar dan sayangkan negara.

Jika BN kalah, ia tidak akan mengubah pucuk pemerintahan. BN tetap berkuasa dan menjadi pemerintah. Pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar mempunyai tanggungjawab yang besar esok iaitu memberi KESEDARAN kepada pimpinan negara.

Jelapang amat pesimis dengan sentimen rakyat. Pengundi Melayu ada dua kategori.

Kategori 1: Mereka yang mempunyai kesedaran yang tinggi. Menolak pemimpin yang melakukan penyelewangan seperti mana berlaku di dalam 1MDB. Menolak pemimpin yang tidak jujur dan tidak mengaku melakukan kesalahan walaupun Peguam Negara pernah menunjukkan bukti melalui carta SPRM bahawa kesalahan telah dilakukan. Mereka tidak percaya RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib Razak ada DERMA. Mereka mencemuh penyalahgunaan aset negara dan wang negara yang dibelanjakan sewenang-wenangnya. Malangnya kategori ini adalah minoriti di dalam masyarakat kita hari ini.Mereka ini mahukan perubahan demi bangsa dan negara.

Kategori 2: Mereka ini adalah golongan majoriti. Golongan yang tak peduli apa pun berlaku kepada negara. Walaupun mereka percaya bahawa pemimpin negara melakukan penyelewengan, percaya salahguna kuasa di dalam 1MDB, percaya akan kisah RM2.6 bilion, tetapi golongan ini tidak peduli. Bagi mereka isu-isu ini tiada kena mengena dengan kehidupan mereka. Mahal mana sekali pun harga barang kerana GST, mereka tidak peduli. Dapat BR1M yang nilainya yang begitu kecil pun tidak mengapa. Apa yang akan ditanggung oleh generasi akan datang tidak dipedulikan mereka.

Kepada mereka ini, negara tidak penting kerana mereka tidak peduli.

Kita tidak mengharapkan apa-apa dari mereka ini. Mereka boleh terus mengundi BN.  

SELAMAT MENGUNDI

1 comment:

  1. habis tu nak undi apa? kekalahan bn dalam prk kali ini tidak akan mengubah kerajaan. apa pilihan yang kami ada? nak memperjudikan kawasan parlimen kami untuk mengajar pm, begitu? bila bn kalah, apa tindak balas kerajaan ke atas kawasan parlimen kami? ini prk la bro, bukan pru. jangna main psikologilah bro, kami yang akan mengundi pagi ini semua sudah dewasa. tiada kanak2 yang boleh mengundi. biar kami yang putuskan. awak blogger, bukan pengundi di kuala atau sg besar, duduk diam2 sebab masa berkempen tamat tengah malam tadi. tunggu ajelah keputusan sebelum 9 malam nanti. assalamualaikum.

    ReplyDelete