Saturday, May 28, 2016

SIRI 1: FITNAH/TUDUHAN MAHATHIR & JAWAPAN TEAM NAJIB



YA, Dato' Sri Najib. Pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah satu 'REFERENDUM". 

PRK inilah satu-satunya peluang buat rakyat untuk menghantar mesej kepada Najib dan keluarganya, "cukup lah". Segala skandal yang menyelubungi keluarga pertama ini memalukan bangsa dan negara.

PRK inilah peluang untuk rakyat Kuala Kangsar dan Sungai Besar mewakili orang Melayu memprotes segala tindak tanduk pemimpin negara ini.

Betapa besarnya skandal ini sehinggakan sebuah bank Switzerland yang di antara yang TERTUA di dunia, berusia 143 tahun, BUNGKUS gara-gara 1MDB dan pengubahan wang haram. 

Kita bersyukur kepada Annuar Musa atas kenyataan beliau tempohari bahawa UMNO perlu menjawab semua tohmahan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib bagi mengelakkan rakyat terpengaruh dengan tohmahan-tohmahan ini.

Memang benar. Sehingga hari ini Najib tidak pernah menjawab sebarang tohmahan yang dilemparkan. Hendak berjumpa orang media pun tidak berani sehinggakan ada wakil media asing dihalau keluar dari Malaysia semata-mata bertanyakan soalan yang media tempatan "takut" untuk bertanya.

Jawablah semua tuduhan yang dibuat oleh Dr Mahathir. Jika ianya fitnah pun, jawablah.

PRK inilah peluangnya untuk Najib tampil dan jawab semua fitnah-fitnah ini. Inilah PRK untuk rakyat tunjukkan samada kita suka atau tidak kepada Najib.

Macam-macam janji yang dibuat oleh Najib apabila isu 1MDB ini. Kononnya akan pastikan "no stone unturned" (tiada batu yang tidak akan teralih), alih-alih sebaliknya yang berlaku "Najib buat U-turn".

Bagi memudahkan Annuar Musa, Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan dan Azalina Othman Said mengingati semula apa tuduhan, fitnah yang dilontarkan kepada Najib, Jelapang akan senaraikan segala tuduhan ini dalam beberapa siri berserta jawapan dari TEAM NAJIB serta persepsi rakyat.

Mungkin Najib, Annuar, Salleh, Rahman dan Azalina sudah lupa akan isu-isu ini.

Jawablah segala isu-isu ini semasa PRK ini. PRK ini adalah referendum rakyat kepada Najib. Rakyat yang tidak berpuashati akan membuat keputusan, samada mahu mengundi atau duduk rumah sebagai protes.



1.      TUDUHAN DR MAHATHIR?: Kononnya dari RM2.6 billion DERMA yang dimasukkan ke akaun Najib, RM2.3 bilion sudah pulangkan kepada “penderma”. Tetapi wang (atau unit) ini telah dibekukan. Kalau dah beku, bagaimana dan bila wang ini dicairkan dan dipulangkan kepada “penderma”. Hakikatnya semua kenyataan 1MDB dan A.G. juga tidak boleh dipercayai.


JAWAPAN TEAM NAJIB: Dana AS$620 juta (RM2.03 bilion) dari jumlah derma RM2.6 bilion telah dipulangkan kembali kepada oleh Najib kepada keluarga diRaja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak digunapakai. Kata Peguam Negara Apandi Ali pada 26 Januari tahun ini.

PERSEPSI MASYARAKAT: Jika benar dikembalikan, mana resit banknya. Masuk bank mana? Yang lebih penting, kenapa duit SRC International berjumlah RM42 juta tidak dipulangkan padahal Najib begitu ikhlas sanggup memulangkan sebahagian wang derma kepada Arab Saudi dikembalikan. Di akar umbi, termasuk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, rakyat berpandangan Najib tidak bercakap benar.

Image result for perkahwinan anak najib


2. FITNAH DR MAHATHIR: Perkahwinan anak Najib Razak adalah “perkahwinan abad ini”. Mana dapat duit? Najib dan isterinya terkenal dengan gaya hidup yang mewah. Jelas sekali jutaan telah dibelanjakan untuk pertunangan dan pelbagai majlis perkahwinan di Malaysia dan Kazakhstan. Bunga untuk majlis perkahwinan pun kata orang sampai RM3 juta.


JAWAPAN TEAM NAJIB: Menantu Najib/Rosmah Daniyar Kessikbayev adalah warganegara Kazakhstan. Adat pernikahan di Malaysia sama dengan di Kazakhstan yang mana lelaki membayar mas kawin dan juga hantaran bagi majlis pernikahan serta persandingan. Di Malaysia pengantin perempuan tidak mengeluarkan duit belanja bagi majlis pernikahan. Begitulah juga dengan perkahwinan anak Najib Razak & Rosmah Mansor yang mana segala perbelanjaan disediakan oleh keluarga pengantin lelaki. Tidak ada langsung PM sekeluarga menggunakan Wang Rakyat. Malah ianya ditanggung oleh pihak lelaki.

PERSEPSI MASYARAKAT: Benarkah besan Najib, Maira Nazarbayez (gambar atas, kiri) , berduit kerana pada November tahun lepas timbul laporan bahawa Maira disaman di Manhattan, Amerika Syarikat, kerana TIDAK mampu membayar pembelian 12 beg tangan Hermes bernilai RM1.7 juta. Lebih mengejutkan Maira didakwa menggunakan nama Najib dalam insiden dengan tuanpunya kedai. Maira juga disaman oleh ahli keluarga sendiri di Kazakhstan. Malah ada yang mengatakan Maira ditangkap di Dubai.

Masyarakat keliru. Cerita-cerita Maira ini mengelirukan masyarakat. Benarkah Maira berduit dan membayar kos majlis perkahwinan di Kuala Lumpur dulu. Persepsi rakyat Najib yang menanggung semua kos perkahwinan ini.

Image result for riza aziz


3. FITNAH DR MAHATHIR: Anak tiri Najib, Riza Aziz, membelanjakan ratusan juta dolar membeli hartanah di London, New York dan California. Beliau juga membiayai pembikinan filem Hollywood, “The Wolf of Wall Street” dengan perbelanjaan melebihi USD100 juta. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana? Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

Jawapan Team Najib: Pada mulanya dikatakan kekayaan diwarisi oleh Najib hasil peninggalan Allahyarham bapanya. Tetapi selepas didesak oleh ahli-ahli keluarga yang lain, Najib membuat kenyataan menyokong kenyataan empat adik beradiknya bahawa bapa mereka, Tun Razak, adalah seorang yang amat berintegriti dan penuh dengan sifat kesederhanaan. Sepanjang perkhidmatan da­lam kerajaan, Tun Abdul Razak tidak pernah terlibat dengan apa-apa amalan rasuah dan salah guna kuasa, kata Najib. Beliau sentiasa meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi kepentingan peribadi hingga jasa­nya kepada negara menjadi memori umum bagi rakyat. Sejak mula terlibat dalam perjuangan politik sehinggalah meme­gang tampuk pemerintahan negara, Tun Abdul Razak diketahui mengamalkan gaya hidup sederhana dan berjimat cermat.

Persepsi masyarakat: Rakyat terhutang budi kepada Tun Razak dan rakyat percaya Tun Razak adalah seorang pemimpin yang sederhana dan berjiwa rakyat.

Tetapi dari mana anak tiri Najib, Riza, mendapat wang dan hidup begitu mewah masih belum terjawab. Kayanya Riza, didakwanya sehingga mampu membeli oscar Marlon Brando, aktor Amerika Syarikat, dengan harga US$600,000 untuk dihadiahkan kepada Leonardo di Caprio sempena harijadi beliau.

Jawablah isu ini. Biar rakyat faham. Kalau kena loteri, cakap kena loteri. Kita boleh faham kalau beliau menang hadiah loteri. Di Amerika Syarikat, hadiah loteri bukan kecil anak. Januari tahun ini pemenang loteri Powerball di US memenangi hadiah US$1.6 bilion.

Selagi tidak ada penjelasan dari mana datangnya kekayaan Riza sehingga itulah masyarakat berpandangan kekayaan Riza adalah duit 1MDB. Jelaskan lah.

BERSAMBUNG

5 comments:

  1. X pyhlah buang masa nak jelaskan..klu dah betul sgt saman ja WSJ..jgn jd jantan xde telur. Ada berani?

    ReplyDelete
  2. Penyamun bila masuk mahkamah pun tak mengaku menyamun

    ReplyDelete
  3. x pyh saman. yang percya lantak diaorang lah.
    dont waste time ...coz fitnah will never stop...makin dekat akhir zaman makin banyak fitnah....itu mmg dh tulis dlam AlQuran pun.
    nanti takde kerja lain asik duk saman jer.
    so najib just continue with your hard work. pedulikan pembangang2 dan protuns yg pandai pulak menipu..deklarasi rakyat konon.
    rakyat makin bijak. kami dah tau siapa yang ikhlas siapa yang pura2. kami tau siapa pemimpin yang baik..siapa yang giler pangkat.

    ReplyDelete
  4. Ok katakanlah najib tidak bersalah, tidak kah dia merasa bertanggung jawab untuk cuba menagih wang2 yang ditipu supaya dihantar pulang ke Malaysia dan mengecilkan kerugian wang rakyat dari terus hangus? Logik ker dia mengatakan tiada penyelewengan cuma kelemahan pentakbiran berlaku? Tentu saja tidak logik.... memang logik dia memberikan ulasan begini kalau dia sendiri adalah salah satu pencuri nya. Ya tak ya juga ya. Ini baru dapat diterima akal....Sifat yang wajib bagi pencuri ialah bohong. Mustahil benar. Sifat yang harus pada pencuri ialah bohong selagi bolih bohong...Penyokong2 Najib memang seronok sakan dibodohkan dan dengan sukarela memelok pegangan baru akidah yang berkiblatkan kepentingan kesenangan mereka. Hai Najib takkan tak perihatin untuk merampas kembali wang yang ditipu biawak gemuk...keutamaan PM sepatutnya ialah mencari jalan agar wang yang ditipu kembali ke Malaysia... Baru lah boleh kata rakyat diutamakan. Takkan terlajak pandai terlajak jujur pulok.

    ReplyDelete

  5. aku akan undi amanah d sg besar krn aku benci najib

    ReplyDelete