Tuesday, May 3, 2016

KENAPA MENTERI KABINET MEMBISU? SOKONG ZAHID KE?

Image result for azalina+rahman dahlan+annuar musa

TIBA-tiba Azalina Othman Said, Rahman Dahlan dan Annuar Musa tidak seBENGIS dulu.

Itu tajuk sembang-sembang sambil kena kopi dengan kawan-kawan yang berjawatan di dalam Umno.

Azalina, Rahman dan Annuar Musa dikatakan hulubalang kesayangan Najib Razak.

Kawan-kawan yang berjawatan di dalam Umno tiba-tiba bertanya - kenapa tiba-tiba mereka ini DIAM?

Dah tak SOKONG Najib ke? 

Yang banyak bercakap sekarang - hampir tiap-tiap hari menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak beliau, Mukhriz - ialah pegawai bawahan pejabat Najib.

Nampaknya pegawai gred rendah sudah jadi penting buat Najib. Apa dah jadi?

Dah lama tidak bertemu dengan kawan-kawan berjawatan di dalam Umno ini. Tapi disebabkan minggu lepas cuti agak panjang, mereka berkesempatan untuk menjemput berbicara hal politik.

Pilihanraya Sarawak, kata mereka, bukan isu.

Menang besar sudah PASTI, kata mereka. Mana ada dalam sejarah pilihanraya prestasi BN teruk. Dulu ada krisis, krisis PBDS dan Rahman Yaakob TETAPI BN tetap KUAT.

Kata mereka Najib sekarang RAJIN ke Sarawak sebab hendak "claim credit". Padahal tanpa Najib pun BN akan menang.

Yang popular di Sarawak Adenan Satim, bukan Najib. Itu kata kawan-kawan berjawatan di dalam Umno lah.

Balik kepada isu Azalina, Rahman Dahlan dan Annuar Musa berdiam diri.

Macam-macam spekulasi ada.

Kata salah seorang rakan, mereka ini kecut perut sebab ada cawangan di bahagian mereka 'MELANGGAR PERINTAH."

Bila dirisik, rupa-rupanya di bahagian Pengerang, kawasan Azalina, ada 4 cawangan yang membawa usul supaya Najib meletakkan jawatan.

Rupa-rupanya Azalina tidak lah sangat berpengaruh di Pengerang walaupun nampak GARANG di Kuala Lumpur. Bagaimana orang harapan Najib boleh membiarkan 4 cawangan menDESAK Najib meletakkan jawatan.

Silap haribulan, Azalina pun boleh dikerjakan semasa pemilihan parti nanti.

Logik juga pandangan seorang rakan, mereka ini berdiam sekarang kerana takut KENA LAWAN nanti.

Harap-harap pandangan ini MELESET.

Tetapi agak ganjil bila MENTERI KABINET memBISU sekarang ini.

Mereka sudah tidak menyokong Najib ke?

Mereka rasa Najib bersalah ke?

Atau mereka sokong Zahid Hamidi?

Wallahualam.


http://www.sinarharian.com.my/politik/saya-tak-ada-masalah-orang-tak-sokong-1.515221

6 comments:

  1. Aku rasa lebih waras baci info ini dari dr puak2 dedak mahadey..


    http://thekl-chronicle.blogspot.my/2016/05/mahathir-mahu-selamatkan-malaysia-kroni.html

    ReplyDelete
  2. gilalah hang ni.... bila depa bersuara hang kata buan2.. bila sentap hang kata tak sokong Najib plak. udahlah weiiiiii..

    ReplyDelete
  3. Teringat saat-saat Presiden Saddam Hussein dan negara Iraq di-ambang
    kekalahan di-tangan Amerika dan sekutu nya...ada satu nama yang sangat
    popular ketika itu ialah "Comical Ali".

    Comical Ali adalah kerabat Saddam yang di-tugaskan setiap hari untuk
    memberi khabar berita palsu kepada rakyat Iraq dan dunia bahwa mereka
    telah dapat mengalahkan musuh Iraq...

    Dalam politik walaupun nyawa di-hujung tanduk pun orang politik tidak
    akan mengaku bahwa mereka dalam kekalahan. Bukan Saddam sahaja yang
    di-hukum gantung malah Comical Ali dan semua yang sekongkol bersama
    Saddam bertahun tahun lama nya pun terima nasib yang sama.

    Saya percaya sekira nya UMNO tumbang kerajaan yang baru tidak akan
    melepaskan watak watak seperti Azalina,Rahman Dahlan ataupun Anuwar Musa.
    Ini adalah kepastian.

    ReplyDelete
  4. Sape nak sokong najib..hampas la lepas ni
    Bungkus semua

    ReplyDelete
  5. terkedu tak boleh berkata-kata buat semantara waktu disebabkan PRN serawak dan juga telah ternampak bangkai yang ditutup mulai keluar ulat2 yang jijik.belum membuat keputusan takut diri sendiri termakan ulat-ulat itu.

    ReplyDelete
  6. Hairan yea! Husni kat mane?, Husni kat mane?

    ReplyDelete