Monday, March 28, 2016

NAJIB & KU LI TERKENA VIRUS "TAK TAU"?



SATU dunia sedang mencari ramuan untuk melawan virus Zika, TETAPI di Malaysia kita sedang mencari ubat kepada VIRUS "TAK TAU".

Najib Razak, apabila ditanya bagaimana wang sejumlah RM2,600 JUTA (RM2.6 bilion) masuk ke akaun beliau, jawab Najib: "Tak tau"

Tiga hari lepas, Tengku Razaleigh Hamzah berkereta ke bangunan Parlimen dan mengambil lif untuk ke bilik Najib, dan menandatangani Deklarasi Kelantan menyokong Najib, bila ditanya, juga berkata dia "TAK TAU."

Kata Ku Li, menurut Zaid Md Arif (video atas), beliau ingat beliau menandatangani kertas rekod kehadiran.

Itulah "standard" Perdana Menteri kita. Perdana Menteri sekarang terkena virus "TAK TAU", BAKAL Perdana Menteri Malaysia selepas Najib, Tengku Razaleigh Hamzah, pun terkena VIRUS TAK TAU.

Sementara itu, tertanya-tanya kita adakah Ku Li lebih bernilai dari Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi sehinggakan Najib ke rumah Ku Li sebanyak 8 kali.

Berapa kalikah agaknya Najib ke rumah Zahid?

Kalau ikut Zaid Md Arip, nampaknya Ku Li lebih BERNILAI kepada Najib dari Zahid Hamidi.

3 comments:

  1. zaid... tak kemana mainan psycho ko ni... takda nilai momentum... buang masa ;-))

    ReplyDelete
  2. bila masa najib kata tak tau?

    ReplyDelete
  3. KuLi tak lari dari niat nak jadi PM tetapi Tuhan tak restu..mesti ada sebab..
    KuLi ini jangan diberi peluang jadi PM sebab pelahap tegar budu..
    tiada pendirian melainkan untuk kepentingan diri dan puaknya saja..

    ReplyDelete