Thursday, March 3, 2016
MUHYIDDIN TIDAK KELUAR UMNO
Muhyiddin kekal bersama Umno, janji lebih lantang lawan Najib
OLEH MD IZWAN
Published: 3 March 2016 12:23 PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tidak akan meninggalkan Umno dan terus menjadi lebih lantang menentang Datuk Seri Najib Razak walaupun sudah dilucutkan jawatan sebagai orang nombor 2 parti.
Muhyiddin berkata, beliau tidak gentar dengan ugutan dipecat keahlian daripada Umno kerana bekas timbalan perdana menteri itu hanya menyatakan kebenaran demi kepentingan pari.
"Saya tidak takut dengan sebarang ugutan, malah saya akan jadi lebih lantang," katanya pada sidang media di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.
Muhyiddin turut mempertikaikan tindakan Majlis Tertinggi (MT) minggu lalu kerana individu yang sebenarnya menjadi masalah utama kepada Umno masih lagi berkuasa dan tidak dikenakan sebarang tindakan.
"Mengapa Majlis Tertinggi berdiam diri terhadap kesalahan dilakukan presiden parti. Mengapa ambil tindakan ke atas saya?
"Saya akan terus bercakap demi mendapatkan kebenaran," katanya. – 3 Mac, 2016. - MALAYSIAN INSIDER
Perang psikologi sudah bermula.
ReplyDeleteBravo Mahyidin, Shafie and Mukhriz.
Anda akan menjadi THE THREE MUSKETEES yang
memerangi musuh dari dalam untuk KEADILAN.
Kita tengok, siapa yang mampu bertahan.
Najib & companya atau the THREE MUSKETEERS.
Sue them Tan Sri.
Lepas itu mintak ROS HARAMKAN umno.
Kalau Tengku Razali boleh buat, u pun boleh!!!!!
MALAYSIA BOLEH!!!!!!!