Friday, March 18, 2016

JAMAL SUNGAI BESAR: HERO NAJIB, HERO UMNO & HERO UMNO SELANGOR

jamal_rempit

TAHNIAH kepada Jamal Ikan Bakar.

Seharusnya beliau dijadikan idola oleh seluruh keluarga Umno. Kalau hendak dibandingkan dengan Ketua Perhubungan Umno Selangor Noh Omar, jauh lebih baik Jamal Yunos, Ketua Bahagian Umno Sungai Besar.

Tak takut kepada sesiapa. Tak pandang kepada JASA pemimpin lama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Inilah perwira.

Najib Razak perlu berterima kasih mempunyai hulubalang yang setia dan sedia melindungi beliau dari tohmahan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib.

Umno Selangor tidak perlu pening kepala mencari calon Menteri Besar.

Buat masa ini, Jamal yang paling layak diketengahkan sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Azmin Ali.

Hari ini, Jamal "menyerang" pejabat Dr Mahathir.

Itulah caranya jika kita SAYANG pada Presiden kita. Berani menyerang siapa saja, tidak kiralah Dr Mahathir itu bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri atau orang yang kita sayang itu berada di pihak yang salah.

Tahniah kepada Najib dan Najib perlu berterimakasih kepada Jamal.

Beruntung Umno Selangor mempunyai pejuang bernama Jamal, penjual ikan bakar.




Geng baju merah ‘serang’ pejabat Mahathir

Tarrence Tan | March 18, 2016



Himpunan diketuai Jamal Yunos itu bagi membantah Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat untuk jatuhkan Najib Razak.


PUTRAJAYA: Kira-kira 400 peserta yang diketuai Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkumpul di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, bagi menyuarakan bantahan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan itu membawa sepanduk gambar anti Mahathir dan melaungkan kata-kata seperti “Insaf Mahathir” dan “Hidup Najib”.

Menurut Jamal, bantahan ini disertai oleh beberapa NGO dari Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Selangor dan Pahang.

Jamal berkata, bantahan itu dianjurkan kerana kecewa dengan tindakan Dr Mahathir yang bersekongkol dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat.


“Kebanyakan peserta bantahan ini adalah penyokong kuat Dr Mahathir.

“Tetapi sekarang Dr Mahathir bersama pihak pembangkang terutamanya DAP. Dr Mahathir ialah seorang pengkhianat,” katanya yang merujuk kepada Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh Mahathir bersama kumpulan penentang dalam UMNO dan pembangkang.

Jamal juga menegaskan, beliau akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan Najib.

Kumpulan itu gagal menyerahkan memorandum bantahan kerana Dr Mahathir tidak berada di pejabat ketika himpunan itu.

Dr Mahathir mengetuai Deklarasi Rakyat yang turut mendapat sokongan kuat PKR, DAP, dan AMANAH serta masyarakat sivil yang terdiri daripada aktivis masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ mengandungi beberapa tuntutan sebagai tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/18/geng-baju-merah-serang-pejabat-mahathir/


5 comments:

  1. Rombongan Cik Kiah naik motor ke Putrajaya.
    Sayang Tun Det masih di Jakarata, kalau dia
    ada, tentu dia ajak masuk, minum kopi O secawan
    dua.
    Jamal ni nak jadi MB Selangor.......?????
    Ayooooo...jangan buat aku gelaklah.
    Dia ni sama macam Najib, meniaga b uluh kasap.
    Modal hilang, untung lesap.
    Bisnes ikan bakau pun lingkup, ada hati nak
    mentadbir negara!.........Puiiiii

    ReplyDelete
  2. muka si bodoh ni semua org benci. kenapa umno nak associate dgn org mcm ni. x msk akal

    ReplyDelete
  3. Akibat rasuah mereka boleh buat apa saja,sama ada pemberi/penerima.Dapat sikit jolokan maka apa-apa saja tindakan yang diminta oleh pemberi bagi buat satu-satu kerja tampa menggunakan fikiran/akal untuk memuaskan nafsu.Berlobilah cara sihat untuk menonjolkan diri,jangan guna rasuah untuk mencapainya.Berhati-hatilah jangan kita Melayu hingga hilang maruah disebabkan rasuah tampa menggunakan akal fikiran.

    ReplyDelete
  4. Dia ni memang gila.. bila umno kalah dalam pru nanti, siapa lak dia sokong. kalau dibagi dedak, mahu dia serang umno pulak kot..

    ReplyDelete
  5. hodohnya perangai

    ReplyDelete