Friday, February 12, 2016
SURAYA BAKAL TERKORBAN DI KEDAH?
BEBERAPA hari lagi, Menteri Besar Kedah yang baru, Ahmad Bashah Md Hanipah, akan mengumumkan Barisan Exco beliau.
Ramai menjangkakan untuk tahun ini, Bashah akan mengekalkan kesemua barisan ahli Exco Mukhriz Mahathir yang menyokong beliau semasa usaha menjatuhkan Mukhriz.
Dua ahli Exco yang kekal SETIA bersama Mukhriz hingga ke saat akhir ialah SURAYA YAACOB (Adun Sungai Tiang) dan Aminuddin Omar (Adun Jitra).
Aminuddin dikhabarkan menolak jawatan Exco di bawah Bashah.
Kita menanti adakah Bashah akan mengenepikan Suraya semata-mata kerana Suraya SETIA kepada Mukhriz.
Tidak ramai pemimpin yang berPRINSIP dan BERANI seperti Suraya.
Sebelum bermula sidang akhbar terakhir Mukhriz untuk mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar, Mukhriz meminta Suraya meninggalkan sidang akhbar tersebut kerana tidak mahu "MASA DEPAN POLITIK" Suraya terjejas.
Tetapi Suraya tetap SETIA kepada "boss" beliau dan duduk disebelah kanan Mukhriz semasa beliau melepaskan jawatan Menteri Besar.
Berapa ramai yang mempunyai KESETIAAN sedemikian rupa di dalam politik Umno hari ini?
Kini tiba masanya kita mengukur sejauhmana Umno dan Bashah menghargai KESETIAAN.
Adakah Suraya akan diHUKUM dan diKETEPIKAN sebagai Ahli Exco atau ini masanya membalas DENDAM terhadap Suraya?
Jawapannya akan diketahui kelak.
Setia aras kebenaran bukan setia membabi buta.
ReplyDelete
ReplyDeleteelok juga suraya tak diberi tempat. skarang era SRP.
bodoh..... tu yg kat keliling bashah sblum ni bukan jenis pemimpin SETIA Kawan ker? hangbingat Apa kedudukan dia orng kaau mukriz tak turun????? yg menyokong PM tu bukan SETIA gaks ker? apa kalau nak dapat title SETIA maknanya nak kena sokong Mukriz Dan Tun ker??????
ReplyDeletePatah tumbuh hilang berganti, dont worry be happy!.
ReplyDelete